• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kuching Catat Rekod Tertinggi Kes Samun, Pecah Rumah Dan Curi Kenderaan

Oleh
Aina Musa
28 Februari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Kuching Catat Rekod Tertinggi Kes Samun, Pecah Rumah Dan Curi Kenderaan

Kes jenayah dilaporkan meningkat tahun ini

Kuching Catat Rekod Tertinggi Kes Samun, Pecah Rumah Dan Curi Kenderaan. Kes samun/rompak, pecah rumah dan curi kenderaan menjadi penyumbang utama kepada kes jenayah di daerah ini setakat tahun ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata kes pecah rumah meningkat dengan drastik kepada 20 kes pada tahun ini, apabila mencatat sebanyak 33 kes berbanding 13 kes pada tahun lepas.

Kuching Catat Rekod Tertinggi Kes Samun, Pecah Rumah Dan Curi Kenderaan

“Kes jenayah curi kenderaan juga meningkat sebanyak 12 kes tahun ini, iaitu daripada 33 kes pada tahun lepas kepada 45 kes,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan dan Pelancaran Pemantauan Rapat Penyelia (CMOS) IPD Kuching di IPD Kuching, hari ini.

Walaubagaimanapun, beliau berkata kes samun/rompak menurun tiga kes, apabila mencatat enam kes tahun ini berbanding sembilan kes pada tahun lepas.c

Sementara itu, Ahsmon berkata kes jenayah indeks meningkat sebanyak 98 kes dalam tempoh 1 Januari hingga 19 Februari tahun ini, apabila mencatat 186 kes berbanding 88 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Tambahan pula, katanya kes jenayah bukan indeks juga meningkat sebanyak 54 kes, daripada 102 kes pada tahun lepas kepada 156 kes pada tahun ini.

Baca lagi artikel menarik:

Gaduh Gara-Gara Selisih Bahu, 9 Pekerja Kilang Ditahan Di Kota Kinabalu
Remaja Perempuan Maut, Kepala Terputus Dua Akibat Nahas Motosikal Di Miri
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Manis Seakan-Akan Rambutan, Kenali Buah Eksotik Enseruit Yang Terdapat Di Pulau Borneo
Next Article Restoran Sud Yod Ka Ta, Steamboat Dan BBQ Ala Thailand Di Kuching Restoran Sud Yod Ka Ta, Steamboat Dan BBQ Ala Thailand Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?