• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gaduh Gara-Gara Selisih Bahu, 9 Pekerja Kilang Ditahan Di Kota Kinabalu

Oleh
Aina Musa
28 Februari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Gaduh Gara-Gara Selisih Bahu, 9 Pekerja Kilang Ditahan Di Kota Kinabalu

9 lelaki akhirnya ditahan bergaduh di kilang

Gaduh Gara-Gara Selisih Bahu, 9 Pekerja Kilang Ditahan Di Kota Kinabalu. Polis menahan sembilan lelaki bagi membantu siasatan kejadian pergaduhan antara warga tempatan dan asing di sebuah kilang di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) Timur di Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata empat lelaki tempatan dan lima lelaki warga asing itu ditahan pada 3.30 semalam untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Gaduh Gara-Gara Selisih Bahu, 9 Pekerja Kilang Ditahan Di Kota Kinabalu
Gaduh Gara-Gara Selisih Bahu, 9 Pekerja Kilang Ditahan Di Kota Kinabalu. Sumber: MalaysiaKini

Mohd Zaidi berkata pihaknya menerima laporan menyatakan pada 5.30 petang pengadu ditumbuk suspek seorang lelaki warga asing yang menyebabkan pergaduhan antara mereka, dan pengadu cedera ringan di kedua-dua lutut.

Katanya, pergaduhan itu dipercayai berpunca daripada seorang pekerja warga asing yang didakwa melanggar bahu seorang pekerja warga tempatan ketika pekerja berbaris untuk mendaftar keluar menggunakan cap jari selepas tamat masa berkerja.

“Suspek warga asing melanggar bahu pekerja tempatan itu, namun ia langsung tidak diendahkan. Seorang lagi pekerja warga asing tiba-tiba menjerit dan menuding jari ke arah pekerja tempatan itu sebelum mengajaknya keluar untuk bergaduh di luar kawasan kilang sambil memegang sebatang kayu.

“Pekerja tempatan terbabit tidak mengendahkan ajakan itu, namun sebaik berada di luar kilang, mangsa tiba-tiba ditumbuk dari belakang. Kejadian menyebabkan pergelutan sebelum keadaan bertukar menjadi huru-hara apabila disertai lebih ramai individu daripada kedua-dua pihak,” katanya.

Mohd Zaidi berkata pergaduhan itu berjaya dileraikan oleh pengawal keselamatan serta pekerja kilang yang lain.

Baca lagi artikel menarik:

Remaja Perempuan Maut, Kepala Terputus Dua Akibat Nahas Motosikal Di Miri
Chef Berasal Dari Kuching Jadi Anak Sarawak Pertama Terima Bintang Michelin
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Remaja Perempuan Maut, Kepala Terputus Dua Akibat Nahas Motosikal Di Miri
Next Article Kepakaran Bangie Anak Embol Dalam Tenunan Pua Mendapat Anugerah Tokoh Kraf Negara Kepakaran Bangie Anak Embol Dalam Tenunan Pua Mendapat Anugerah Tokoh Kraf Negara

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?