• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kucing Oyen Cari Pasal, Dua Kali Tersangkut Di Lubang Sama Di Kota Kinabalu

Oleh
Farisha
20 Februari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Kucing Oyen jadi buruan APM kali kedua di lubang sama

Kucing Oyen Cari Pasal, Dua Kali Tersangkut Di Lubang Sama Di Kota Kinabalu. Pada Sabtu lepas, pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Kota Kinabalu, Sabah, telah menerima panggilan untuk menjalankan operasi menyelamat yang agak luar biasa.

Mereka dipanggil untuk menyelamatkan seekor kucing yang tersangkut di lubang dinding rumah di Taman Sunny, Kota Kinabalu selama kira-kira dua jam.

Kucing Oyen Cari Pasal, Dua Kali Tersangkut Di Lubang Sama Di Kota Kinabalu
Kucing Oyen Cari Pasal, Dua Kali Tersangkut Di Lubang Sama Di Kota Kinabalu. Sumber: Facebook

Tersangkut selepas mengejar seekor lipas

Mengikut laporan media tempatan, kucing jingga itu yang dikenali sebagai Oyen telah tersangkut di lubang dinding setelah mengejar lipas sehingga ke kawasan tersebut.

Oleh itu, anggota APM terpaksa memecahkan dinding rumah untuk mengeluarkan kucing tersebut, menurut laporan.

Agak lucu kerana kucing yang sama pernah diselamatkan di lubang yang sama

APM Kota Kinabalu memaklumkan perkara itu agak melucukan kerana kucing itu sebenarnya merupakan kucing yang sama yang pernah diselamatkan di rumah dan lubang yang sama sebelum ini, sekitar Oktober tahun lepas.

“Kes ini berjaya ditangani oleh anggota APM Kota Kinabalu. Tidak disangka APM Kota Kinabalu sekali lagi menerima panggilan kecemasan untuk Lain-Lain Kes (LLK) iaitu menyelamatkan kucing.

“Ia merupakan kucing yang sama dengan kepala tersangkut di lubang yang sama di dinding rumah pengadu dan anggota APM Kota Kinabalu juga berjaya menyelamatkan kucing tersebut untuk kali kedua,” ujar APM Kota Kinabalu melalui hantaran di Facebook pada Isnin.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Rumah Jadi Port Tinggalkan ‘Harta’ Oyen Milik Jiran, Solusi Lelaki Ini Buat Cuit Hati Netizen
Tular Satu Dunia, Oyen Redah Banjir Di Sarawak Kini Raih Ramai Peminat Di TikTok
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Boleh Bawa Maut, Waspada Kehadiran Obor-Obor Portugese Man O’ War Di Pesisir Pantai Sarawak
Next Article Polis Rampas 37 Kotak Rokok Seludup Bernilai RM80K Di Kuching Polis Rampas 37 Kotak Rokok Seludup Bernilai RM80K Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?