• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Satu Dunia, Oyen Redah Banjir Di Sarawak Kini Raih Ramai Peminat Di TikTok

Oleh
Husna Hazmi
25 Mac 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Pengguna TikTok dari negara lain pun siap komen dalam video Oyen berenang tersebut.

Tular Satu Dunia, Oyen Redah Banjir Di Sarawak Kini Raih Ramai Peminat Di TikTok. Baru-baru ini, Bandaraya Kuching di Sarawak telah dilanda banjir dan ramai yang telah terkesan dari bencana berkenaan.

Walaupun kini sudah semakin beransur pulih, diharap agar orang ramai sentiasa berwaspada dan peka dengan keadaan cuaca di kawasan masing-masing.

Tular Satu Dunia, Oyen Redah Banjir Di Sarawak Kini Raih Ramai Peminat Di TikTok
Tular Satu Dunia, Oyen Redah Banjir Di Sarawak Kini Raih Ramai Peminat Di TikTok. Oyen berenang semasa banjir. Foto tangkap layar dari TikTok @zarra009
Tular Satu Dunia, Oyen Redah Banjir Di Sarawak Kini Raih Ramai Peminat Di TikTok
Oyen berenang semasa banjir. Foto tangkap layar dari TikTok @zarra009

Oyen dari Kuching jadi influencer paling famous di Malaysia

Di dalam duka meredah dugaan banjir, terdapat sebuah video tular di TikTok dengan 12.7 Juta tontonan (setakat artikel ini ditulis) baru-baru ini seekor kucing berwarna Jingga ‘Oyen’ dilihat berenang mengharungi banjir di Kuching, Sarawak.

Video berkenaan bukan sahaja tular di negara kita, malah ramai orang-orang luar dari pelbagai negara turut hadir di ruangan komen memberi pendapat mereka melihat Oyen berkenaan berenang meredah banjir sambil dimarahi oleh pemiliknya yang menyuruhnya pulang ke rumah.

Pengikut akaun TikTok berkenaan juga naik mendadak sehingga puluhan ribu kerana ramai yang ingin melihat video gelagat si Oyen berkenaan.

Oyen berenang semasa banjir.  Foto tangkap layar dari TikTok @zarra009
Keadaan Oyen selepas banjir. Foto tangkap layar dari TikTok @zarra009
Oyen berenang semasa banjir.  Foto tangkap layar dari TikTok @zarra009
Keadaan Oyen selepas banjir. Foto tangkap layar dari TikTok @zarra009

Walaupun ramai risau, Oyen kini dalam keadaan sihat walafiat sahaja

Pada mulanya, ramai yang risau melihat keadaan si Oyen berenang mengharungi banjir yang di lihat agak dalam itu. Namun demikian, pemiliknya dilihat telah menambah video baharu menunjukkan Oyen kini dalam keadaan yang sihat dan selamat sahaja.

Kucing merupakan salah satu makhluk yang amat curiga dan mempunyai tahap ingin ambil tahu yang sangat tinggi, jadi anda jangan hairan kalau lihat macam-macam gelagat kelakar serta pelik yang dilakukan oleh kucing-kucing ini.

Walaupun kucing amat curiga, anda sebagai pemiliknya juga wajib bertanggungjawab atas keselamatan haiwan peliharaan yang comel ini. Jika berlakunya bencana alam yang tidak dapat dielak seperti banjir ini, ia adalah tanggungjawab kita untuk sentiasa peka dengan keselamatan haiwan peliharaan yang kita miliki.

Lagi cerita menarik untuk anda di sini:

Kuat Berdrama, Ini 5 Keunikan Kucing Oyen Yang Membezakan Mereka Dengan Kucing Lain
‘Eboh Jadi Geng Plastik Itam’, Gelagat Barkoba ‘Klaka’ Sarawak Cuit Hati Netizen
SUMBER :TikTok @zarra009
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Baru Hari Ketiga Puasa, Netizen Kongsi Makanan Dibeli Dari Bazaar Raih Perhatian Baru Hari Ketiga Puasa, Netizen Kongsi Makanan Dibeli Dari Bazaar Raih Perhatian
Next Article Terkejut Dengar Lagu 'Rock Kapak' Di Jepun, Rupanya Kedai Ini Sering Main Lagu Malaysia Terkejut Dengar Lagu ‘Rock Kapak’ Di Jepun, Rupanya Kedai Ini Sering Main Lagu Malaysia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?