• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Turun Padang, Ajak ‘Simpan Baik-Baik’

Oleh
Ismail NA
6 Januari 2026
Kongsi
4 Min Bacaan

Kempen Simpan Baik-Baik KWSP telah diadakan dari September hingga Disember 2025

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Turun Padang, Ajak ‘Simpan Baik-Baik’.

Usaha KWSP dalam meningkatkan tahap literasi kewangan rakyat Malaysia terus diperkasakan menerusi aktiviti turun padang sempena kempen Simpan Baik-Baik, yang telah berlangsung dari September hingga Disember 2025.

Kempen ini bertujuan untuk menekankan kepentingan merancang kewangan dan menabung sejak awal.

Program Literasi Kewangan Simpan Baik-Baik (PLKSBB) x Genta Hikayat

Menerusi kempen Simpan Baik-Baik, pelbagai aktiviti turun padang dijalankan di bawah Program Literasi Kewangan Simpan Baik-Baik (PLKSBB). Antara penganjuran terbaharu adalah PLKSBB x Genta Hikayat yang telah berlangsung di Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Program selama tiga hari ini berjaya menghidupkan suasana hujung minggu dengan gabungan elemen tradisional dan pendekatan literasi kewangan yang disampaikan secara santai dan mudah difahami. Ia bukan sahaja menjadi ruang riadah untuk para pengunjung, malah berfungsi sebagai medium penting untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menabung dan merancang kewangan sejak awal.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Turun Padang, Ajak 'Simpan Baik-Baik'
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Turun Padang, Ajak ‘Simpan Baik-Baik’. Foto: KWSP
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Turun Padang, Ajak 'Simpan Baik-Baik'
Foto: KWSP

Bagi anda yang terlepas atau ingin tahu apa yang hype tentang PLKSBB x Genta Hikayat ini, mari kita imbas sorotan menarik sepanjang program berlangsung.

1.Booth KWSP Bertema Klasik

Antara tarikan utama semasa program berlangsung semestinya booth KWSP yang bertemakan klasik. Setiap stesen aktiviti literasi kewangan diilhamkan daripada permainan tradisional, menambahkan elemen tradisi dan budaya. Selain pelbagai aktiviti interaktif, pengunjung juga berpeluang mengenali KWSP dengan lebih dekat, termasuk jenis-jenis akaun serta maklumat asas yang penting dalam perancangan kewangan dan persaraan.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Turun Padang, Ajak 'Simpan Baik-Baik'
Foto: KWSP
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Turun Padang, Ajak 'Simpan Baik-Baik'
Foto: KWSP

2.Menggamit Memori di Ruang Kenangan

Di sinilah kenangan lama kembali hidup. Di samping menyampaikan mesej literasi kewangan, KWSP turut menghidupkan elemen tradisi dan budaya menerusi Ruang Kenangan, yang membawa pengunjung mengimbau kembali keseronokan permainan tradisional yang pernah mewarnai zaman kanak-kanak. Pengunjung berpeluang mencuba sendiri permainan seperti congkak, batu seremban, dan tating lawi – yang suatu ketika dahulu menjadi kegemaran ramai, namun kini semakin jarang ditemui.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Turun Padang, Ajak 'Simpan Baik-Baik'
Permainan congkak yang dimainkan bersama pengunjung semasa PLKSBB x Genta Hikayat di Pasar Seni, Kuala Lumpur. Foto: KWSP
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Turun Padang, Ajak 'Simpan Baik-Baik'
Permainan tating lawi yang juga dikenali sebagai sepak bulu ayam, sepak yem atau chapteh. Foto: KWSP
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Turun Padang, Ajak 'Simpan Baik-Baik'
Pempengaruh terkenal, Firdaus dan Fahimi Rahmat, turut mencuba permainan batu seremban. Foto: KWSP
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Turun Padang, Ajak 'Simpan Baik-Baik'
Pengunjung tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenang-kenangan, sesuai untuk dikongsi di Instagram atau TikTok. Foto: KWSP

3.Penampilan Pempengaruh Terkemuka dan Cenderamata Eksklusif

Program ini diserikan dengan persembahan dan sesi bersama pempengaruh terkenal, Firdaus dan Fahimi Rahmat, diikuti persembahan oleh Kucaimars dan Emeer Bakri. Kehadiran mereka bukan sahaja menarik perhatian pengunjung, malah turut membantu menyebarluaskan mesej Simpan Baik-Baik.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Turun Padang, Ajak 'Simpan Baik-Baik'
Firdaus dan Fahimi Rahmat. Foto: KWSP

Secara keseluruhannya, penglibatan KWSP dalam program ini boleh disifatkan sebagai satu usaha yang mencerminkan komitmen berterusan mereka dalam menyemai kesedaran literasi kewangan kepada semua.

Untuk info lanjut, anda boleh mengikuti platform media sosial rasmi KWSP di Instagram, X, TikTok, Facebook, LinkedIn, dan Youtube, atau layari laman web rasmi mereka.

Ingat, seronok berbelanja itu sementara, tapi Simpan Baik-Baik buat kita lebih bersedia untuk masa hadapan!

Baca juga artikel berkaitan tabungan KWSP yang pernah kami terbitkan sebelum ini:

Wanita Hampir Berjaya Kumpul RM2 Juta Dalam KWSP Pada Usia 35 Tahun, Ini Rahsianya
Ini Cara Pengeluaran Atau Pemindahan Simpanan Ke Akaun Fleksibel Secara Online
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kempen Visit Malaysia 2026 Bermula Secara Rasmi, Sasar 43 Juta Pelancong
Next Article Abalone Dalam Yee Sang dan Itik Beijing Premium, Intai Menu Mewah CNY Pullman Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?