I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Reading: Kupon Parking di Kuching Ada 3 Warna? Ini Cara Penggunaan yang Betul
Font ResizerAa
I Love Borneo I Love Borneo
Font ResizerAa
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kupon Parking di Kuching Ada 3 Warna? Ini Cara Penggunaan yang Betul

Oleh Nur Afifah 11 Julai 2022
Kongsi
5 Min Bacaan
Kupon Parking di Kuching Ada 3 Warna? Ini Cara Display yang Betul

Setiap warna ada had masanya.

Kupon Parking di Kuching Ada 3 Warna? Ini Cara Penggunaan yang Betul. Jika anda baru pertama kali ke Kuching, pasti sistem parking di Kuching agak mengelirukan bagi anda. Tentu ada yang sudah mempamerkan kupon parking tetapi tetap disaman kerana overpark atau meletak kenderaan melebihi had masa yang ditetapkan.

Isi Isi Penting
Setiap warna ada had masanya. Kupon Parking Kuching ada 3 Warna : HIJAU, MERAH dan BIRU1. Kupon Hijau 20 Sen2. Kupon Merah 50 Sen3. Kupon Biru 80 SenKupon Hijau dan Merah Hanya Boleh Dipamerkan Sekali SahajaKupon 3 warna beri ruang parkir yang adil dan saksamaTahukah anda bahawa anda boleh mengelak daripada disaman jika meletak kenderaan di parkir berkupon Kuching?Lelaki ini ada tipsnya:

Epp, jangan manas (marah) dulu. Cuba anda ingat balik bagaimana cara anda meletakkan kupon parking anda? Adakah anda meletakkan kupon parking berwarna hijau sahaja? Atau anda susun beberapa kupon parking berwarna hijau di depan kenderaan anda? Kalau macam tu, anda sebenarnya silap. Mari kita kenali 3 jenis kupon parking di Kuching mengikut warnanya.

Kupon Parking di Kuching Ada 3 Warna? Ini Cara Penggunaan yang Betul
Kupon Parking di Kuching Ada 3 Warna? Ini Cara Penggunaan yang Betul. Kredit : Berita Harian

Kupon Parking Kuching ada 3 Warna : HIJAU, MERAH dan BIRU

Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) bersama pihak operator Kuching City Parking Systems Sdn. Bhd. telah menetapkan 3 jenis warna kupon iaitu hijau, merah dan biru. Setiap warna kupon ini digunakan mengikut had masa yang telah ditetapkan.

Artikel Lain

Ini 5 Masalah Hanya Orang Kidal Sahaja Faham
Disangka Makanan Malaysia, Rupa-Rupanya Karipap Juga Ada Di Trinidad
Disangka Makanan Malaysia, Rupa-Rupanya Karipap Juga Ada Di Trinidad
Nidji Bakal Gegarkan Miri Pada Februari 2024, Tiket Sudah Boleh Dibeli

1. Kupon Hijau 20 Sen

Kupon Parking di Kuching Ada 3 Warna? Ini Cara Penggunaan yang Betul
Kupon Hijau 20 Sen. Kredit : Twitter @zmnn_

Sehelai kupon hijau 20 sen ini hanya sah digunakan untuk 30 minit pertama untuk anda meletak kenderaan di parking bernombor di sekitar Kuching. Kalau anda pernah susun kupon hijau banyak-banyak kat cermin depan kenderaan sebab nak parking lama-lama, anda sebenarnya telah membazirkan kupon anda selama ini.

2. Kupon Merah 50 Sen

Sehelai kupon merah 50 sen pula adalah untuk 30 minit kedua anda meletakkan kenderaan. Sebagai contoh, jika anda ingin meletakkan kenderaan di kawasan tersebut selama satu jam (30 minit pertama + 30 minit kedua), anda perlu meletakkan sehelai kupon berwarna hijau dan sehelai kupon berwarna merah.

3. Kupon Biru 80 Sen

Untuk 30 minit yang ketiga dan seterusnya, kupon biru 80 sen haruslah dipamerkan di hadapan kenderaan. Tapi bukan display kupon biru sahaja ya. Contohnya, jika anda ingin meletakkan kenderaan selama 2 jam (30 minit pertama + 30 minit kedua + 30 minit ketiga dan keempat), anda perlu meletakkan satu kupon hijau, satu kupon merah dan dua kupon biru. Done!

Kupon Hijau dan Merah Hanya Boleh Dipamerkan Sekali Sahaja

Kupon Parking di Kuching Ada 3 Warna? Ini Cara Display yang Betul
Contoh susunan kupon yang betul. Kredit : Blog Alin

Untuk pengetahuan anda, kupon hijau 20 sen dan kupon merah 50 sen hanya boleh dipamerkan sekali pada cermin depan kenderaan anda. Untuk kupon biru 80 sen pula, anda boleh meletakkan beberapa helai mengikut keperluan anda. Pastikan anda menggores kelima-lima ruangan yang disediakan sebelum mempamerkan kupon tersebut. Kebiasaannya, tempat letak kereta ini mempunyai nombor dan terdapat satu papan tanda di sekitar nya yang menyatakan bahawa kawasan parking tersebut memerlukan kupon.

Kupon Parking di Kuching Ada 3 Warna? Ini Cara Papar yang Betul
Kredit : Nay, Honey

Untuk lebih selamat, anda perlu membeli ketiga-tiga jenis kupon ini supaya tidak menyusahkan anda di kemudian hari. Okay?

Kupon 3 warna beri ruang parkir yang adil dan saksama

Mungkin ada yang bertanya “Kenapa kena ada banyak kupon parking?”

Sebab utamanya adalah untuk mengelakkan kesesakan kenderaan di kawasan Kuching memandangkan jumlah pengguna kenderaan adalah banyak. Selain itu, ia juga dapat mengelakkan pengguna daripada meletakkan kenderaan terlalu lama dan memberi peluang yang adil dan saksama untuk pengguna yang lain meletakkan kenderaan.

Namun demikian, sistem ini hanya beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat, bermula jam 8 pagi hingga 5 petang. Manakala pada hari Sabtu dan Ahad, anda boleh meletakkan kenderaan anda di kawasan parking tersebut tanpa perlu risau mempamerkan kupon.

Kupon Parking di Kuching Ada 3 Warna? Ini Cara Papar yang Betul
Pondok kupon. Kredit : Cilisos

Kupon-kupon ini boleh dibeli di pondok kupon yang diletakkan di sekitar kawasan parking berbayar di Kuching. Di mana ada pondok hijau, di situlah tempatnya.

Sekarang anda dah tahu cara untuk mempamerkan kupon parking di kereta anda. Lepas ini, janganlah pula anda melatah apabila disaman sebab overpark. Mungkin anda perlu memeriksa semula cara anda meletakkan kupon parking anda.

Atau mungkinkah sudah tiba masanya untuk Bandaraya Kuching mengadaptasikan sistem parking yang lebih smart dan berasaskan digital? Sama-sama kita tunggu.

Tahukah anda bahawa anda boleh mengelak daripada disaman jika meletak kenderaan di parkir berkupon Kuching?Lelaki ini ada tipsnya:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lagenda Solungkoi, Kisah Disebalik Jambatan Tamparuli Kisah Lagenda Solungkoi, Cerita Disebalik Jambatan Tamparuli
Next Article Jalan Hanya Siap Setengah, Penduduk Asajaya Bimbang Kemalangan Kerap Berlaku Jalan Hanya Siap Setengah, Penduduk Asajaya Bimbang Kemalangan Kerap Berlaku

Advertorial

TEGAS Fundraising Accelerator 2023 Ajar Startup Kumpul Dana Dengan Berkesan
#innovatesarawak
McDonald Malaysia Beri Peluang Anak Yatim Rasai Sambutan Meriah Hari Jadi Sepanjang Oktober
Berita Malaysia
Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?