• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jalan Hanya Siap Setengah, Penduduk Asajaya Bimbang Kemalangan Kerap Berlaku

Oleh
Nazihah AN
12 Julai 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Jalan Hanya Siap Setengah, Penduduk Asajaya Bimbang Kemalangan Kerap Berlaku

Jalan ditampal yang tidak rata ini menyebabkan kemalangan sering berlaku

Jalan Hanya Siap Setengah, Penduduk Asajaya Bimbang Kemalangan Kerap Berlaku. Isu jalan rosak di Asajaya ini telah lama dibangkitkan oleh beberapa pihak namun sehingga kini, masalah berkenaan nampaknya masih belum diselesaikan dengan baik.

Lebih membimbangkan kemalangan sering berlaku akibat jalan rosak seperti keadaan yang tidak ditampal dengan baik. Itulah yang dilalui oleh penduduk Asajaya setiap hari. Difahamkan bahawa keadaan jalan raya di tempat ini sudah lama, dan masih belum ada tindakan sewajarnya dari pihak bertanggungjawab.

Jalan Hanya Siap Setengah, Penduduk Asajaya Bimbang Kemalangan Kerap Berlaku
Tangkapan layar dari video FB Fasihah HA

Rakaman dashcam menunjukkan motorsikal hilang imbangan akibat jalan yang tidak rata

Baru-baru ini telah tular satu perkongsian video di Facebook milik Fasihah HA, berlakunya self-accident di jalan Asajaya yang difahamkan bahawa jalan tersebut merupakan jalan yang sering diguna penduduk pada setiap hari.

Perkongsian video dari dashcam kereta tersebut sempat merakam berlakunya kejadian self-accident motosikal yang kelihatan ingin memotong kenderaan di depannya, namun hilang imbangan kerana jalan yang ‘bertingkat’.

Lihat video di bawah:

Jalan Hanya Siap Setengah, Penduduk Asajaya Bimbang Kemalangan Kerap Berlaku
Jalan Hanya Siap Setengah, Penduduk Asajaya Bimbang Kemalangan Kerap Berlaku. Tangkapan layar dari video FB Fasihah HA

Meninjau ke ruangan komen, rupa-rupanya kawasan ini kerap berlakunya kemalangan akibat jalan yang tidak rata. Bukan hanya itu, jalan tersbeut turut menyebabkan kerosakan pada kenderaan terutamanya bahagian tayar dan rim kereta.

Dengan keadaan laluan yang bertingkat ini telah menyebabkan kerosakan pada kenderaan dan juga menjejaskan mana-mana pengguna jalan raya hingga menimbulkan keluhan dari mereka dan penduduk setempat.

Jalan Hanya Siap Setengah, Penduduk Asajaya Bimbang Kemalangan Kerap Berlaku.

Bahkan, orang luar negara turut ‘sound’ kerajaan supaya baiki jalan raya yang agak teruk. Tekan pautan di bawah untuk baca lebih lanjut:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kupon Parking di Kuching Ada 3 Warna? Ini Cara Display yang Betul Kupon Parking di Kuching Ada 3 Warna? Ini Cara Penggunaan yang Betul
Next Article Cabar Diri Anda! Kepada Penggemar Filem Seram, Ini 5 Filem Seram Thriller Turki Yang Wajib Anda Tonton Cabar Diri Anda! Kepada Penggemar Filem Seram, Ini 5 Filem Seram Thriller Turki Yang Wajib Anda Tonton

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?