• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kurang Fasiliti Dan Tenaga Kerja, Doktor Ini Dedah Realiti Sebenar Bertugas Di Pedalaman Sabah Sarawak

Oleh
Ismail NA
11 September 2020
Kongsi
5 Min Bacaan

Ikuti kisah sebenar hidup seorang doktor yang bertugas di pedalaman Sabah Sarawak di zaman ini.

Kurang Fasiliti Dan Tenaga Kerja, Doktor Ini Dedah Realiti Sebenar Bertugas Di Pedalaman Sabah Sarawak. Kerjaya sebagai seorang doktor sering dipandang sebagai sebuah kerjaya yang masyhur dan dipandang mulia oleh masyarakat. Mana tidaknya, untuk memasuki sekolah perubatan, anda haruslah memiliki keputusan yang cemerlang selain bersedia untuk bergelumang dengan nota, waktu belajar dan peperiksaan yang tidak sudah.

Isi Isi Penting
  • Ikuti kisah sebenar hidup seorang doktor yang bertugas di pedalaman Sabah Sarawak di zaman ini.
  • ‘District’ berbeza di Semenanjung dan Sabah Sarawak
  • Petugas kesihatan di pedalaman alami kesukaran akibat kekurangan fasiliti dan tenaga kerja
  • Petugas kesihatan pedalaman dianggap tidak cekap, kena herdik
  • Etika profesional pegawai perubatan semakin terhakis, jumlah doktor di Malaysia masih tidak mencukupi
  • Baca lagi kisah petugas kesihatan yang lain di sini :

Tidak dinafikan, pekerjaan yang mulia ini sering mengorbankan waktu untuk diri sendiri dan keluarga demi menyelamatkan nyawa, kesihatan dan kesejahteraan orang ramai.

Namun demikian, realiti sebenarnya lebih daripada itu. Perkongsian seorang doktor di laman Facebook mendedahkan bahawa tugas seorang doktor kini dibebani dengan ketidakadilan. Ditambah pula dengan bebanan tugas serta kekurangan fasiliti terutamanya di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

Kurang Fasiliti Dan Tenaga Kerja, Doktor Ini Dedah Realiti Sebenar Bertugas Di Pedalaman Sabah Sarawak
Kurang Fasiliti Dan Tenaga Kerja, Doktor Ini Dedah Realiti Sebenar Bertugas Di Pedalaman Sabah Sarawak.
Gambar hiasan. Sumber foto : FMT

‘District’ berbeza di Semenanjung dan Sabah Sarawak

Doktor yang bernama Aimir Ma’rof ini telah berkongsi cerita dukanya di laman Facebook. Jelasnya, istilah ‘district’ merujuk kepada lokasi klinik dan hospital daerah dan situasi district ini berbeza antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

DISTRICTAntara kelainan bekerja di Borneo adalah klinik dan hospital daerahnya. District, bak kata petugas kesihatan….

Posted by Aimir Ma’rof on Thursday, September 10, 2020

Kebanyakan House Officer (HO) mengelak untuk ditempatkan di kawasan pedalaman dengan alasan senang untuk memohon perpindahan ke kawasan bandar atau dekat dengan rumah pada masa akan datang.

Petugas kesihatan di pedalaman alami kesukaran akibat kekurangan fasiliti dan tenaga kerja

Hakikatnya, petugas kesihatan termasuk para doktor yang bertugas di kawasan pedalaman mengalami kesukaran untuk menyampaikan perkhidmatan di kawasan pedalaman Sabah Sarawak akibat kekurangan tenaga kerja.

Kadang kala, doktor biasa terpaksa melakukan pembedahan kecemasan tanpa doktor pakar!

Kurang Fasiliti Dan Tenaga Kerja, Doktor Ini Dedah Realiti Sebenar Bertugas Di Pedalaman Sabah Sarawak
Gambar hiasan.

Menurut Aimir, untuk mengetahui maksud sebenar district, para doktor perlu bertugas di bahagian pedalaman Sabah dan Sarawak untuk merasai kehidupan serta susah senang masyarakat ini untuk mendapatkan perawatan kesihatan yang baik.

“Majoriti bertugas tanpa doktor pakar. Buat pembedahan tanpa doktor pakar. Do you know how scary that is? Fasiliti yang serba daif. Tiada mesin perubatan canggih. Jangan kata CT scan, X-ray pun kadang-kadang tak ada. Jangan kata ABG atau Amylase, LFT dan Creatinine pun kadang-kadang tak ada!”

Doktor Aimir

Kesukaran ini bertambah buruk apabila hospital atau klinik di kawasan ini tidak mempunyai peralatan atau fasiliti asas yang lengkap untuk mendiagnos pesakit. Hal ini tentunya melambatkan lagi proses rawatan.

Petugas kesihatan pedalaman dianggap tidak cekap, kena herdik

Namun demikian, perkara yang lebih mendukacitakan ialah bantuan doktor-doktor dari pedalaman ini seolah-olah dinafikan oleh doktor yang bertugas di hospital besar walau pun untuk mendapatkan rujukan.

Malah, ada kalanya dimarahi kerana dianggap tidak cekap melakukan tugas tatkala pelbagai kekangan dihadapi terutamanya dari segi bekalan perubatan, peralatan mahu pun pengangkutan untuk ke hospital besar.

Kurang Fasiliti Dan Tenaga Kerja, Doktor Ini Dedah Realiti Sebenar Bertugas Di Pedalaman Sabah Sarawak
Gambar hiasan kakitangan Klinik Bot Bergerak 1Malaysia, dalam perjalanan ke kampung, di sepanjang Sungai Kinabatangan.
Sumber foto : NSTP via Poliana Ronnie Sidom.

Etika profesional pegawai perubatan semakin terhakis, jumlah doktor di Malaysia masih tidak mencukupi

Jelas Aimir lagi, etika profesional dalam kalangan doktor semakin terhakis kerana perbezaan lokasi bertugas antara pedalaman dan bandar. Malah, jumlah doktor sebenar di Malaysia masih jauh daripada dakwaan sebenar yang mengatakan bahawa bilangan doktor di Malaysia adalah mencukupi.

Tidak banyak doktor yang sanggup dihantar jauh ke pedalaman untuk membantu masyarakat pedalaman kerana kebanyakannya mahu bekerja di hospital yang selesa dan dekat dengan ibu bapa. Ada pun yang berpangkat besar dan berpindah dengan bantuan orang dalam, mereka seolah-olah tidak peduli akan nasib petugas kesihatan di kawasan pedalaman.

Tangkap layar perkongsian doktor Aimir di laman Facebook.

Aimir dalam perkongsian tersebut sempat memberi pesanan kepada rakan-rakan doktor untuk mengenepikan sifat ego dan menghulurkan bantuan sekiranya dirujuk rakan petugas kesihatan.

Pada akhir perkongsian tersebut, keluhan doktor tersebut disudahi dengan kenyataan bahawa isu kekurangan doktor, peralatan, fasiliti, tekanan kerja, serta jawatan kontrak adalah sesuatu yang benar-benar berlaku dalam sistem perjawatan perubatan Malaysia.

Semoga para doktor tetap tabah bertugas walau pun menghadapi cabaran dan dugaan. Doakan yang terbaik buat hero negara!

Apa pandangan anda tentang perkara ini? Kongsikan di ruangan komen.

Baca lagi kisah petugas kesihatan yang lain di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berkenalan Di Aplikasi TikTok, Lelaki Berusia 51 Tahun Ini Dipenjara Kerana Mencabul Kanak-Kanak Berkenalan Di Aplikasi TikTok, Lelaki Berusia 51 Tahun Ini Dipenjara Kerana Mencabul Kanak-Kanak
Next Article Hampir Cecah 200 Kes Positif Hari Ini, Kluster Benteng Di Sabah Jadi Penyumbang Terbesar

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?