• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hampir Cecah 200 Kes Positif Hari Ini, Kluster Benteng Di Sabah Jadi Penyumbang Terbesar

Oleh
Ismail NA
11 September 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Angka kes tertinggi sejak sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Hampir Cecah 200 Kes Positif Hari Ini, Kluster Benteng Di Sabah Jadi Penyumbang Terbesar. Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengumumkan sebanyak 182 kes positif baharu yang dicatatkan di seluruh Malaysia hari ini.

Isi Isi Penting
  • Angka kes tertinggi sejak sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
  • 167 kes merupakan Kluster Benteng Sabah
  • Pertambahan kes untuk Kluster Sungai dan Kluster Telaga di Kedah
  • Artikel berkaitan :

Angka ini merupakan angka yang tertinggi dicatatkan sejak PKPP yang dilaksanakan sejak 10 Jun yang lalu.

167 kes merupakan Kluster Benteng Sabah

Daripada jumlah tersebut, sejumlah besarnya adalah daripada Kluster Benteng di Lahad Datu, Sabah yang melibatkan 76 kes positif warganegara dan 91 kes positif bukan warganegara.

Kluster Benteng di Lahad Datu berpunca daripada dua kes indeks yang memasuki sempadan Malaysia ke Sabah secara haram melalui laluan tikus.

Hampir Cecah 200 Kes Positif Hari Ini, Kluster Benteng Di Sabah Jadi Penyumbang Terbesar
Hampir Cecah 200 Kes Positif Hari Ini, Kluster Benteng Di Sabah Jadi Penyumbang Terbesar. Gambar hiasan.

Kedua-dua kes indeks tersebut telah ditahan dalam sebuah operasi yang dinamakan operasi Benteng yang membanteras kemasukan pendatang asing tanpa izin. Mereka ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu dan dipenjara di Tawau.

Menurut kenyataan DG Hisham pada 7 September yang lalu, faktor ruang lokap yang sempit dan tiada penjarakan fizikal merupakan punca utama penularan Kluster Benteng ini. Kluster ini juga telah menjalankan saringan terhadap 631 banduan, 98 orang kakitangan penjara, 157 ahli keluarga kakitangan dan banduan, 78 anggota polis, serta 440 pegawai agensi kerajaan yang lain.

Pertambahan kes untuk Kluster Sungai dan Kluster Telaga di Kedah

Sementara itu, Kedah turut mencatatkan pertambahan kes untuk dua kluster iaitu Kluster Sungai dengan 11 kes warganegara dan Kluster Telaga dengan 3 kes warganegera.

Selangor juga merekodkan 1 kes import bukan warganegara yang baru tiba dari Filipina.

Sumber : KKM

Secara keseluruhannya, Malaysia mencatatkan 9,810 kes manakala sebanyak 9,181 kes sembuh direkodkan setakat hari ini.

Orang ramai diingatkan agar sentiasa berwaspada dan sentiasa mengamalkan langkah pencegahan seperti memakai pelitup muka, mencuci tangan serta menjaga penjarakan fizikal bagi mengelakkan penularan semula pandemik.

Artikel berkaitan :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kurang Fasiliti Dan Tenaga Kerja, Doktor Ini Dedah Realiti Sebenar Bertugas Di Pedalaman Sabah Sarawak
Next Article Rumah Dan Sekolah Hampir Tenggelam, Giliran Kapit Pula Dilanda Banjir Teruk

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?