La Promenade Mall akan mengambil langkah-langkah yang lebih ketat
La Promenade Mall Samarahan Bakal Buka Bazar Ramadhan Mengikut SOP. Dilaporkan bahawa La Promenade Mall Samarahan bakal mengadakan bazaar Ramadhan mengikuti standard kebersihan dan keselamatan yang tinggi. La Promenade Mall akan mengambil langkah-langkah yang lebih ketat untuk memastikan bahawa ianya menjadi satu platform perniagaan yang paling selamat untuk semua orang.
Setiap peniaga dan pekerja diwajibkan menjalani pemeriksaan PCR dan mencatatkan saringan negatif tiga hari sebelum bazaar dibuka pada 13 April. Pas khas untuk setiap pekerja dalam premis akan diberikan dan diperiksa di pintu masuk untuk memastikan pas tersebut tidak akan disalahgunakan.
Pengawal keselamatan juga hendaklah memastikan peniaga dan pengunjung gerai mematuhi SOP
Jumlah peniaga dan pekerja yang dibenarkan di setiap gerai hanyalah terhad kepada tiga orang sahaja. Gerai juga hendaklah dijarakkan dengan dua meter dan ditanda seperti yang telah ditetapkan oleh garis panduan pemerintah. Pengawal keselamatan juga hendaklah memastikan peniaga dan pengunjung gerai mematuhi SOP di pusat membeli-belah.
“Kita akan melaksanakan dasar toleransi sifar. Selain itu, pusat beli-belah ini menggalakkan Majlis Perbandaran Kota Samarahan membuat pemeriksaan mengejut yang akan mempertingkatkan lagi langkah-langkah berjaga-jaga yang diambil oleh semua orang,” kata Pengurus Penyewaan Kanan, Trish Lui.
Dalam pada masa yang sama, bazaar akan dibuka di lokasi yang lebih besar dari satu ekar, dan makan di tapak premis tidak dibenarkan. Peniaga juga wajib menggunakan pelitup separuh muka, perisai muka, sarung tangan dan apron.
“Sesungguhnya, kita mahu peniaga dan pelanggan menjalankan perniaga-an dengan fikiran yang tenang. Kita tidak mahu sesiapa rasa tidak selamat. Jabatan Keselamatan dan Kebersihan Pekerjaan HSL sendiri akan bekerja rapat dengan pasukan keselamatan kami,” tambah beliau.
Bazaar akan dibahagikan kepada beberapa kawasan, di mana keutamaan diberikan kepada kemudahan pembersihan dan disanitasi premis-premis setiap hari.
“Peniaga harus mendaftar awal sekarang untuk menjalankan perniagaan Ramadan di La Promenade Mall. Lebuh Raya Kuching-Samarahan yang sibuk, kebersihan kita dan kemudahan meletak kereta harus diterjemahkan kepada peluang perniagaan yang baik,”
La promenade Mall yang telah dibuka pada awal tahun ini, merupakan dasar sokongan perniagaan tempatan yang kuat bagi penyewa termasuk Taka Patisserie, Choice Supermarket, NOMS, Hock King Authentic, Chicken Rice serta Black Bean Coffee & Tea. Menjelang pertengahan tahun ini, pusat membeli belah ini akan menjadi tempat baru bagi enam badan kebajikan termasuk Hope Place, Sarawak Women for Women Society, Bodhi Counselling dan Helping Hands Penan.
Pusat beli-belah juga dalam proses memohon permit untuk Bazar Petani Hujung Minggu.