• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lapangan Terbang Baharu Haji Muhammad Sidik Kini Dibuka Di Kalimantan Tengah

Oleh
Ismail NA
1 April 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Lapangan terbang tersebut bakal dibina di bahagian Utara Barito, Kalimantan Tengah.

Lapangan Terbang Baharu Haji Muhammad Sidik Kini Dibuka Di Kalimantan Tengah. Tidak lama lagi, ibu negara Indonesia akan berpindah dari Jakarta ke Kalimantan. Selaras dengan perpindahan tersebut, kawasan yang berada di Kepulauan Borneo itu pastinya akan mendapat manfaat pembangunan sama ada dari segi perdagangan mahupun pelancongan.

Isi Isi Penting
  • Lapangan terbang tersebut bakal dibina di bahagian Utara Barito, Kalimantan Tengah.
  • Bernilai 26 juta USD, mampu tampung ketibaan seramai 55,000 penumpang setahun
  • Lapangan terbang terpencil yang keempat dilancarkan dalam bulan Mac 2021
  • Ganti Lapangan Terbang Beringin yang dihimpit pembangunan
  • Baca juga artikel menarik berkaitan Kalimantan di sini :

Kerajaan Indonesia telah merasmikan pembukaan lapangan terbang Haji Muhammad Sidik di Utara Barito, Kalimantan Tengah untuk menyokong perdagangan rantau dan pelancongan selain merancakkan lagi program estet makanan kebangsaan.

Bernilai 26 juta USD, mampu tampung ketibaan seramai 55,000 penumpang setahun

Lapangan terbang tersebut telah dilancarkan oleh Timbalan Presiden, Ma’ruf Amin pada Selasa lalu. Untuk pengetahuan anda, lapangan terbang baharu tersebut dibina dengan peruntukan sebanyak 380 bilion Rupiah (26 juta USD). Ia mampu menampung ketibaan seramai 55,000 penumpang setahun dan berada 15 kilometer dari ibu kota wilayah tersebut iaitu Muara Teweh.

Lapangan Terbang Baharu Haji Muhammad Sidik Kini Dibuka Di Kalimantan Tengah
Lapangan Terbang Haji Muhammad Sidik, Utara Barito, Kalimantan Tengah, Indonesia.
Sumber : Kementerian Pengangkutan Indonesia

Menurut Ma’ruf, lapangan terbang tersebut bakal menyokong pengangkutan barang mentah seperti arang batu, emas dan minyak sawit. Bahkan, ia juga mampu meningkatkan aktiviti pelancongan dan memperbaiki perhubungan domestik, terutamanya perhubungan program estet makanan yang merupakan sebahagian daripada senarai Projek Strategik Nasional 2020-2024.

Timbalan presiden Indonesia itu juga berharap agar dapat kerjasama dengan pihak syarikat penerbangan dan servis kargo boleh dibentuk dengan sebaiknya supaya produk berkualiti dari Utara Barito dapat diedarkan secara meluas dan seragam ke kawasan lain di Indonesia.

Lapangan terbang terpencil yang keempat dilancarkan dalam bulan Mac 2021

Lapangan terbang baharu Haji Muhammad Sidik ini merupakan lapangan terbang luar bandar yang keempat dirasmikan sejak pertengahan bulan Mac selepas Lapangan Terbang Kuabang di Utara Maluku, Lapangan Terbang Toraja di Selatan Sulawesi dan Lapangan Terbang Pantar di Timur Nusa Tenggara. Kerajaan juga masih memantau perkembangan pelan infrastruktur selepas banyak projek tergendala akibat pandemik COVID-19 tahun lalu.

Lapangan Terbang Baharu Haji Muhammad Sidik Kini Dibuka Di Kalimantan Tengah
Lapangan Terbang Baharu Haji Muhammad Sidik Kini Dibuka Di Kalimantan Tengah
Sumber : Wikipedia

Kawasan Kalimantan Tengah dan Utara Sumatera merupakan lokasi utama untuk pentadbiran program estet makanan Jokowi yang bakal menjamin keselamatan makanan di Indonesia.

Kerajaan Indonesia berhasrat untuk membangunkan kawasan tanah seluas 164,600 hektar di Kalimantan Tengah untuk tanaman seperti padi yang merupakan makanan ruji masyarakat di Asia, spesifiknya di Indonesia. Estet makanan di wilayah Kalimantan Tengah ini dijangka akan menghasilkan sebanyak 7 tan beras untuk setiap hektar.

Setakat ini, pesawat yang beroperasi dari lapangan ini adalah Wings Air (ke destinasi Palangkaraya, Banjarmasin, Balikpapan), NAM Air (destinasi Banjarmasin, Palangkaraya), TransNusa (ke destinasi Palangkaraya, Banjarmasin), Susi Air (Palangkaraya), dan Airfast Indonesia (ke destinasi Balikpapan dan Banjarmasin).

Ganti Lapangan Terbang Beringin yang dihimpit pembangunan

Menteri Pengangkutan, Budi Karya Sumadi memberitahu bahawa lapangan terbang baharu ini juga akan menggantikan Lapangan Terbang Beringin yang ditutup pada September 2020 kerana dihimpit oleh pembangunan dan berada di pertengahan wilayah ibu kota yang mengehadkan sebarang pelan pertambahan struktur lapangan terbang.

Pembinaan Lapangan Terbang Haji Muhammad Sidik ini tentunya dapat menghubungkan penduduk Utara Barito dengan dunia luar yang lebih luas, begitu juga dengan orang luar untuk mengenali wilayah tersebut. Pembangunan lapangan terbang ini juga dijangka akan membuka ekonomi dan membawa pembangunan ke kawasan yang kurang membangun, pedalaman dan terpencil, jelas Budi secara lebih lanjut.

Baca juga artikel menarik berkaitan Kalimantan di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article SOP bazaar La Promenade La Promenade Mall Samarahan Bakal Buka Bazaar Ramadhan Mengikut SOP
Next Article Dilarang Buat Hubungan Intim, Lelaki Ini Nekad Bakar Kereta Abang Pasangannya Dilarang Buat Hubungan Intim, Lelaki Ini Nekad Bakar Kereta Abang Pasangannya

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?