• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lagi Haiwan Terlindung Diselamatkan, Kali Ini Sejumlah 79 Binatang Di Bau

Oleh
Ismail NA
5 Februari 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Kesemua Binatang Tersebut Dianggarkan Berjumlah RM 97K

Lagi Haiwan Terlindung Diselamatkan, Kali Ini Sejumlah 79 Binatang Di Bau. Baru beberapa bulan yang lalu kita digemparkan dengan insiden beruang madu dikurung di kediaman peribadi, kali ini muncul pula berita tentang sejumlah binatang terlindung berjaya diselamatkan.

Lagi Haiwan Terlindung Diselamatkan, Kali Ini Sejumlah 79 Binatang Di Bau
Lagi Haiwan Terlindung Diselamatkan, Kali Ini Sejumlah 79 Binatang Di Bau. Senarai hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di Sarawak
Senarai hidupan liar yang dilindungi di Sarawak

Dalam operasi ini, sebanyak 79 binatang berjaya diselamatkan termasuk 50 jenis burung yang berbeza di kediaman seorang wanita berusia 37 tahun. Penahanan tersebut dibuat di rumah wanita tersebut yang beralamat di Jalan Krokong, Bau.

Menurut Komander Pasukan Gerakan Am, SAC Dato Khaw Kok Chin, operasi tersebut dilakukan pada jam 10.45 pagi setelah beberapa risikan serta pemantauan dibuat oleh pihak berkuasa. Daripada 79 jumlah binatang yang diselamatkan, sebanyak 50 spesis burung, 11 jenis ayam eksotik, 16 kura-kura dan 2 itik eksotik telah dikenal pasti. Kesemua haiwan terlindung ini dianggarkan bernilai RM 97,000.00.

Tambahnya lagi, pemilik haiwan tersebut juga gagal mengemukakan dokumen yang sah di bawah Ordinan Hidupan Liar Sarawak 1998.

Antara haiwan eksotik yang dimiliki oleh wanita terbabit termasuklah burung cockateil (burung kakak tua terkecil yang berasal dari Australia), burung merak (green peacock) dan kakak tua jambul kuning (sulphur-crested cuckatoo).

Lagi Haiwan Terlindung Diselamatkan, Kali Ini Sejumlah 79 Binatang Di Bau
Burung cockateil.
Burung kakak tua jambul kuning (Sulphur-crested cuckatoo).

Kesemua haiwan terbabit diserahkan kepada Sarawak Forestry Corporation (SFC) untuk tindakan selanjutnya.

Kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 29(1) Ordinan Hidupan Liar Sarawak 1998.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Judi Online Guna Facebook Gaming, Taktik Terbaru Sindiket Judi Haram Judi Online Guna Facebook Gaming, Taktik Terbaru Sindiket Judi Haram
Next Article Straw Bakal Dilarang Di Kuching? Ini Adalah 7 Straw Alternatif Yang Anda Boleh Guna

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?