• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Straw Bakal Dilarang Di Kuching? Ini Adalah 7 Straw Alternatif Yang Anda Boleh Guna

Oleh
ILB - AI
6 Februari 2020
Kongsi
4 Min Bacaan

Straw Bakal Dilarang Di Kuching? Ini Adalah 7 Straw Alternatif Yang Anda Boleh Guna. Baru-baru ini, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng telah mengumumkan larangan penggunaan straw plastik (yang hanya digunakan sekali) di Kuching mulai 1 April. Kempen percubaan akan bermula pada 1 Mac sebelum menguatkuasakan larangan itu pada 1 April. Berikut adalah 7 alternatif yang anda boleh guna untuk menggantikan straw plastik!

Straw Bakal Dilarang Di Kuching? Ini Adalah 7 Straw Alternatif Yang Anda Boleh Guna
Datuk Bandar MBKS Dato Wee Hong Seng telah mengumumkan larangan penggunaan straw plastik. Kredit: The Borneo Post

Straw Stainless Steel

Mungkin kita sudah biasa melihat straw sebegini. Sebenarnya, penggunaan straw stainless steel lebih banyak berbanding dengan straw-straw alternatif lain sebab straw ini tahan lasak dan senang dicuci! Hati-hati menggunakan straw ini dalam air yang terlalu panas atau terlalu sejuk sebab straw ini boleh menyerap haba berdasarkan suhu air tersebut.

Straw Bakal Dilarang Di Kuching? Ini Adalah 7 Straw Alternatif Yang Anda Boleh Guna
Kredit: Frangipani Bulk

Straw Diperbuat Daripada Kertas

Jangan pulak automatic fikir pasal kertas A4!

Straw jenis ini diperbuat daripada kertas yang durable tetapi hanya boleh digunakan sekali. Namun, berbanding dengan straw plastik, straw ini lebih mesra alam dan boleh dikompos.

Kebanyakkan kedai makan kini menggunakan straw yang sebegini untuk menggantikan penggunaan straw plastik.

Straw Bakal Dilarang Di Kuching? Ini Adalah 7 Straw Alternatif Yang Anda Boleh Guna
Kredit: The Hive Bulk Foods

Straw Kaca

Straw yang diperbuat daripada kaca tahan lasak, ok!

Orang yang mempunyai gigi sensitif lebih suka lagi menggunakan straw yang diperbuat daripada kaca sebab ia boleh digunakan untuk menyedut air yang panas atau sejuk tanpa merasakan nyilu-nyilu di gigi ketika minum.

Straw kaca selamat digunakan dan tidak akan retak atau cair.

Straw Bakal Dilarang Di Kuching? Ini Adalah 7 Straw Alternatif Yang Anda Boleh Guna
Kredit: Carousell

Straw Diperbuat Daripada Buluh

Sekiranya anda tidak mahu mengeluarkan bajet yang lebih untuk membeli straw besi atau straw kaca, anda boleh beli straw yang diperbuat daripada buluh. Ia murah dan diperbuat daripada tangkai buluh yang sebenar, tiada apa-apa yang diproses.

Cara cucian pun simple, gunakan sebuah balang air suam dengan sabun untuk menggoncang straw bersih atau boleh dibersih dengan pipe cleaner!

Straw Bakal Dilarang Di Kuching? Ini Adalah 7 Straw Alternatif Yang Anda Boleh Guna
Straw Bakal Dilarang Di Kuching? Ini Adalah 7 Straw Alternatif Yang Anda Boleh Guna. Kredit: Frangipani Bulk

Straw Diperbuat Daripada Jerami

Kalau dalam bahasa Inggeris memang lucu bunyinya, straws made out of straws!

Bukan, kami tidak bermaksudkan straw yang diperbuat daripada straw plastik, tapi jerami! Straw ini diperbuat daripada gandum semulajadi dan biodegradable. Ia simple dan classic, cun bagi mereka yang mahu straw yang tidak terlalu melampau dari segi design.

Straw Bakal Dilarang Di Kuching? Ini Adalah 7 Straw Alternatif Yang Anda Boleh Guna
Kredit: Remodelista

Botol Air Straw

Botol air dan cawan yang boleh digunakan semula dengan straw dan penutup adalah cara mudah untuk mengelakkan penggunaan straw plastik. Daripada anda membeli straw baru yang kebanyakannya limited design, sekurang-kurangnya anda boleh memilih botol yang datang sekali dengan straw yang berpelbagaian style!

Kredit: Alibaba

Tak Perlu Pakai Straw

Well, most of the time we don’t really need the straw, right?

Kalau di rumah sendiri kita boleh minum air tanpa straw, kita boleh juga mengamalkan praktis ini diluar ketika membeli air.

Of course, kalau anda rasa kaku tidak menggunakan straw ketika membeli air di luar, anda boleh sahaja menggunakan straw alternatif yang telah disenaraikan di atas!

Kredit: Giphy

Kesedaran Tentang Alam Sekitar

Dato Wee Hong Seng telah mengumumkan perancangan untuk melarang penggunaan straw plastik bagi mendidik dan mewujudkan kesedaran tentang impak plastik terhadap alam sekitar. Syabas kepada Dato untuk pendidikan dan usaha ini! Semoga penguatkuasaan ini membawakan Kuching yang lebih lestari dan hijau.

Kredit: Giphy

Baca Lagi Artikel Menarik Kami Mengenai Kuching

http://http://https://www.iloveborneo.mycerita-menarik-dari-borneo/berikut-adalah-sejarah-disebalik-nama-nama-jalan-di-kuching/
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lagi Haiwan Terlindung Diselamatkan, Kali Ini Sejumlah 79 Binatang Di Bau
Next Article Jeruk Ikonik Pulau Pinang, Jeruk Pak Ali Bakal Dibuka Di Kota Kinabalu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?