• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lagi Kes Scammer, Kali Ini Bermotif Ugutan Sebar Tangkapan Skrin Video Lucah Pula

Oleh
ILB - AI
27 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Scammer, taktik dan modus operandi bermacam, berpisah tiada.

Lagi Kes Scammer, Kali Ini Bermotif Ugutan Sebar Tangkapan Skrin Video Lucah Pula. Tak habis-habis kes scammer ini. Belum reda satu, timbul lagi satu. Sepertinya scammer ini memiliki bermacam modus operandi menjebak mangsa. Kali ini sengaja menjebak mangsa supaya dapat membuat ugutan agar kehendaknya dipenuhi. Wah! Bukan-bukan taktik scammer ini ye.

Satu perkongsian daripada saudara Syafiq di laman sosial Facebook nya, Syafiq Rayyan tentang taktik scammer ini yang telah menimpa dirinya. Manakan tidak, scammer tersebut mengugut untuk menyebarkan gambarnya yang diperolehi melalui tangkapan skrin sahaja.

Lagi Kes Scammer, Kali Ini Bermotif Ugutan Sebar Tangkapan Skrin Video Lucah Pula
Lagi Kes Scammer, Kali Ini Bermotif Ugutan Sebar Tangkapan Skrin Video Lucah Pula. Sumber gambar: FB Syafiq Rayyan

Tangkapan skrin seolah-olah video lucah!

Mungkin kedengaran seperti remeh tapi kekhuatiran turut dirasai kerana tangkapan skrin tersebut membuatkan seolah-olah Syafiq sedang membuat video lucah. Siapa yang mahu menanggung malu walaupun itu bukan tindakan daripada pemilik wajah tersebut.

Menurut Syafiq, hal ini bermula daripada kecuaian beliau sendiri apabila mengangkat panggilan daripada seseorang yang tidak dikenali. Malangnya, si scammer sempat membuat tangkapan skrin yang termampang jelas wajah Syafiq. Lagi malang nasib Syafiq apabila tangkapan skrin ini menjadi modus operandi si scammer untuk mengugut beliau.

Identiti si scammer seperti dari negara sebarang.

Apabila diteliti daripada tangkapan skrin yang dikongsi oleh Syafiq, identiti si scammer sepertinya datang dari negara seberang. Si scammer ini menggunakan loghat Indonesia dan nombor yang digunakan turut menunjukkan bahawa si scammer ini berasal daripada Indonesia.

Lagi Kes Scammer, Kali Ini Bermotif Ugutan Sebar Tangkapan Skrin Video Lucah Pula
Lagi Kes Scammer, Kali Ini Bermotif Ugutan Sebar Tangkapan Skrin Video Lucah Pula. Sumber gambar: FB Syafiq Rayyan

Si scammer melibatkan adik pula…

Antara perkongsian Syafiq yang menunjukkan ugutan si scammer adalah tentang sumpahnya untuk menyebarkan tangkapan skrin yang seolah-olah video lucah itu jika pihak Syafiq tidak membantu adik si scammer yang telah disekat oleh Syafiq.

Bahkan, si scammer akan menyebarkan jika tidak menuruti kemahuannya supaya pihak Syafiq membantu adiknya dalam tempoh masa yang diberikan. Bukan main berani si scammer ini. Tapi kalau berani betul, tidak mungkin jadi scammer kan?

Lagi Kes Scammer, Kali Ini Bermotif Ugutan Sebar Tangkapan Skrin Video Lucah Pula
Lagi Kes Scammer, Kali Ini Bermotif Ugutan Sebar Tangkapan Skrin Video Lucah Pula. Sumber gambar: FB Syafiq Rayyan

Menurut Syafiq, perkongsaian yang dibuatnya adalah bertujuan supaya sekiranya ada yang menerima video yang termampang wajah beliau, berharap orang awam mempercayai bahawa itu adalah perbuatan si scammer serta hal ini tidak terjadi dan terulang kepada orang lain. Bahkan, pihak Syafiq juga akan membuat laporan.

Lagi Kes Scammer, Kali Ini Bermotif Ugutan Sebar Tangkapan Skrin Video Lucah Pula
Lagi Kes Scammer, Kali Ini Bermotif Ugutan Sebar Tangkapan Skrin Video Lucah Pula. Sumber gambar: FB Syafiq Rayyan

Scammer punya taktik semakin maju teknologi, semakin rancak perancangan mereka. Boleh baca artikel dibawah untuk megetahui tentang taktik serta modus operandi scammer yang lain:

Scammer Pencen Sebagai ‘Penjawat Awam’, Rupa-Rupanya Tukar Bidang Dan Guna Modus Operandi Baru

Kenali Ciri-Ciri Scammer Yang Tawar Kerja Sambilan Melalui Whatsapp Dan SMS
SUMBER :FB Syafiq Rayyan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article ‘Mul Naengmyeon Sarawak’, Chelum Chocolate Cafe Hidang ‘Cold Noodles’ Inspirasi Daripada Korea
Next Article Sejarah Menarik Di Sebalik Pekan Bernama Sarawak Di Kanada

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?