I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

‘Mul Naengmyeon Sarawak’, Chelum Chocolate Cafe Hidang ‘Cold Noodles’ Inspirasi Daripada Korea

Oleh Aina Musa
27 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Inspirasi daripada negara ‘winter sonata’.

‘Mul Naengmyeon Sarawak’, Chelum Chocolate Cafe Hidang ‘Cold Noodles’ Inspirasi Daripada Korea. Peminat makanan Korea Selatan mesti familiar mengenai hidangan mi yang dihidangkan secara sejuk ini kan?

Dalam bahasa Korea, Mul Naengmyeon bermaksud mi sejuk dan ia dipanggil Mul Naengmyeon kerana mi itu sememangnya dihidangkan secara sejuk dengan kuah yang sejuk.

Jadi, baru-baru ini sebuah kafe yang terletak di Kompleks Kubah Ria, Kuching telah melancarkan satu menu baharu mereka iaitu ‘Chelum Cold Noodles’.

'Mul Naengmyeon Sarawak', Chelum Chocolate Cafe Hidang 'Cold Noodles' Inspirasi Daripada Korea
‘Mul Naengmyeon Sarawak’, Chelum Chocolate Cafe Hidang ‘Cold Noodles’ Inspirasi Daripada Korea. Kredit Foto: FB Amanda Adriana Ahmad

Difahamkan, menu ‘cold noodle’ yang ditawarkan oleh pihak Chelum Chocolate Cafe ini adalah diinspirasikan oleh negara ‘winter sonata’ atau negara Korea Selatan.

Menerusi laman Facebook mereka juga, difahamkan sajian ini mendapat respons yang positif daripada pelanggan mereka walaupun hidangan ini boleh dianggap sebagai hidangan yang ‘unik’.

Mi diperbuat daripada coklat

Memandangkan kafe tersebut sinonim dengan hidangan coklat, pemilik kafe itu telah tampil kreatif dengan menggunakan mi campuran koko organik menjadikan hidangan tersebut lain daripada yang lain.

‘Cold noodles’ ini juga dihidang bersama sayuran seperti lobak merah, timun, tomato dan kubis serta disiram dengan sos istimewa yang dicipta khas oleh mereka.

'Mul Naengmyeon Sarawak', Chelum Chocolate Cafe Hidang 'Cold Noodles' Inspirasi Daripada Korea
‘Cold noodles’ ataupun mi sejuk. Kredit Foto: FB Amanda Adriana Ahmad

Difahamkan juga, proses pembuatan menu ‘cold noodles’ ini dimasak tanpa menggunakan sebarang minyak.

Jadi, menu ni pun sesuai untuk korang yang tengah diet tu!

Namun, apa yang lebih menarik hidangan ini digelar sebagai ‘cold noodles’ kerana sajian ini dihidangkan bersama ketulan ‘ais batu’ yang menjadikan mi ini bersuhu sejuk. Menarik bukan?

Turut menghidangkan pelbagai menu unik

Selain menghidangkan mi bersuhu sejuk ini, pihak Chelum Chocolate Cafe ini juga turut menawarkan pelbagai jenis menu unik yang lain.

Antaranya ialah hidangan tumpik bersama sos gula apong atau sos coklat, bandung rebus bersama sos gula apong dan sebagainya.

'Mul Naengmyeon Sarawak', Chelum Chocolate Cafe Hidang 'Cold Noodles' Inspirasi Daripada Korea
Kredit Foto: FB Chelum Chocolate Cafe

Jadi sekiranya anda ingin merasai keunikan sajian mi sejuk atau tumpik yang dicicah bersama sos coklat bolehlah singgah ke Chelum Chocolate Cafe yang terletak di Kompleks Kubah Ria.

Anda peminat makanan Korea? Boleh cuba makanan Korea di sini:

SUMBER :FB Chelum Chocolate Cafe
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Insiden Kanak-Kanak Jatuh Bangunan Meningkat, Ini Langkah Pencegahan Perlu Dilakukan
Next Article Lagi Kes Scammer, Kali Ini Bermotif Ugutan Sebar Tangkapan Skrin Video Lucah Pula

Advertorial

Mengenal Lun Bawang Ba’kelalan, Komuniti Yang Menemui Revolusi Hidup Menerusi Agama
Cerita Borneo
5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam ‘Checklist’
Aktiviti Menarik
TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?