• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lagi Sekali Berlaku, Lelaki Ini Selamba Cop Parkir Di The Spring Kuching

Oleh
Husna Hazmi
20 Januari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Cop parkir kenderaan adalah satu kesalahan.

Lagi Sekali Berlaku, Lelaki Ini Selamba Cop Parkir Di The Spring Kuching. Tahukah anda perbuatan cop parkir ini bukan saha tidak beretika dan tidak bertimbang rasa, malah ia juga adalah salah di sisi undang-undang.

Dalam perkongsian daripada Facebook Sarawak Roads Update pada hari ini, seorang lelaki dilihat selamba sahaja menanda tempat letak kenderaan di sebuah pusat membeli belah di The Spring Kuching.

Kenderaan yang lalu di tempat berkenaan sempat mengambil gambar lelaki yang sedang selamba berdiri di tempat letak kereta tersebut.

Lagi Sekali Berlaku, Lelaki Ini Selamba Cop Parkir Di The Spring Kuching
Lagi Sekali Berlaku, Lelaki Ini Selamba Cop Parkir Di The Spring Kuching. Sumber foto: FB Sarawak Roads Update

Lelaki berkenaan enggan memberinya tempat parkir

Dalam perkongsian Sarawak Roads Update itu lagi, pengadu yang mengambil gambar lelaki berkenaan turut berkata ketika dia hendak meletakkan kenderaannya di tempat parkir kosong itu, lelaki berkenaan enggan memberinya.

Oleh kerana sambutan Tahun Baru Cina akan menjelang tak lama lagi, pusat membeli belah di hampir semua tempat bakal menerima banyak pelanggan jadi tempat letak kenderaan pasti akan penuh.

Lagi Sekali Berlaku, Lelaki Ini Selamba Cop Parkir Di The Spring Kuching
Sumber foto: FB Sarawak Roads Update

Cop parkir adalah satu kesalahan

Di The Spring Shopping Mall, memang kebiasaanya akan penuh tempat letak kenderaan terutama pada jika menjelang musim perayaan. Perlu ditegaskan, cop parkir adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Individu yang sengaja ‘cop’ parking ini boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan; dan sekiranya kesalahan berulang kali kedua atau lebih, individu itu boleh dikenakan denda maksimum RM4,000 atau penjara tidak lebih dua belas bulan, atau kedua-duanya; seperti yang diperuntukan dalam Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Lagi cerita menarik buat anda di sini:

Lagi Sekali Poster BDA Jadi Bahan Jenaka Netizen, Ramai Tawar Diri Jadi Pereka Grafik
Terpaksa Beroperasi Dalam Kegelapan, CompuWay Berang Bekalan Elektrik Diputus Pihak Pengurusan
SUMBER :FB Sarawak Roads Update
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Terpaksa Beroperasi Dalam Kegelapan, CompuWay Berang Bekalan Elektrik Diputus Pihak Pengurusan Terpaksa Beroperasi Dalam Kegelapan, CompuWay Berang Bekalan Elektrik Diputus Pihak Pengurusan
Next Article Ketahui Jenis Kurniaan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Negeri Di Sarawak Ketahui Jenis Kurniaan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Negeri Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?