• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ketahui Jenis Kurniaan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Negeri Di Sarawak

Oleh
Nazihah AN
20 Januari 2023
Kongsi
11 Min Bacaan
Ketahui Jenis Kurniaan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Negeri Di Sarawak

Anugerah ini dikurniakan kepada  pemimpin dan rakyat Malaysia yang telah berjasa, berkorban dan berbakti kepada negara.

Ketahui Jenis Kurniaan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Negeri Di Sarawak. Darjah Kebesaran Persekutuan merupakan anugerah darjah kebesaran yang dikurniakan oleh  Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kepada pemimpin dan rakyat Malaysia yang telah berjasa, berkorban dan berbakti kepada negara serta para pembesar dan diplomat negara-negara asing.

Isi Isi Penting
  • 1. Panglima Negara Bintang Sarawak (P.N.B.S)
  • 2. Panglima Setia Bintang Sarawak (P.S.B.S)
  • 3. Johan Bintang Sarawak (J.B.S)
  • 4. Pegawai Bintang Sarawak (P.B.S)
  • 5. Ahli Bintang Sarawak (A.B.S)
  • 6. Bintang Bentara Sarawak (B.B.S)
  • 1. Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (P.G.B.K)
  • 2. Johan Bintang Kenyalang (J.B.K)
  • 3. Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K)
  • 4. Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K)

Teruskan membaca untuk ketahui Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri di Sarawak:

Ketahui Jenis Kurniaan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Negeri Di Sarawak
Ketahui Jenis Kurniaan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Negeri Di Sarawak

A. Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak

1. Panglima Negara Bintang Sarawak (P.N.B.S)

Dianugerahkan kepada mereka yang mempunyai kedudukan yang tinggi lagi ternama dan telah menyumbangkan khidmat cemerlang kepada Negeri Sarawak dalam satu tempoh yang agak lama. Pengaruh mereka hendaklah kuat serta memberi kesan dalam apa jua lapangan dan dilakukan untuk kebaikan Negeri

Penyandang lelaki di gelar “Dato Sri” dan isterinya “Datin Sri” sementara penyandang wanita digelar “Dato Sri”. Tidak ada gelaran untuk suami penerima.

Ketahui Jenis Kurniaan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Negeri Di Sarawak
Ketahui Jenis Kurniaan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Negeri Di Sarawak. Sumber: Tiktok @omarzlee

2. Panglima Setia Bintang Sarawak (P.S.B.S)

Darjah ini dianugerahkan kepada mereka yang mempunyai khidmat cemerlang dan jasa terhadap Negeri Sarawak dalam pelbagai lapangan. Untuk mendapat anugerah ini, seseorang itu mestilah mempunyai pencapaian cemerlang dari segi ekonomi, sosial, politik, teknologi dan seterusnya melakukan perubahan yang unggul untuk kemajuan Negeri Sarawak.

Penyandang lelaki di gelar “Dato Sri” dan isterinya “Datin Sri” sementara penyandang wanita digelar “Dato Sri”. Tidak ada gelaran untuk suami penerima.

Ketahui Jenis Kurniaan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Negeri Di Sarawak
Sumber: Tiktok @omarzlee

3. Johan Bintang Sarawak (J.B.S)

Dianugerahkan kepada mereka yang tinggi taraf kedudukannya dan telah membuat jasa cemerlang kepada Negeri Sarawak yang walaupun tidak sebagai mana jasa yang membolehkan mereka dipertimbangkan untuk pangkat pertama. Hendaklah mempunyai mempunyai pengaruh yang kuat dalam apa juga lapangan dan dilakukan untuk kebaikan Negeri.

Kakitangan awam hendaklah dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dalam Gred Utama “C” atau Gred Khas “C” dan ke atas (atau yang setaraf) sahaja layak dipertimbangkan.

Ketahui Jenis Kurniaan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Negeri Di Sarawak
Sumber: Tiktok @omarzlee

4. Pegawai Bintang Sarawak (P.B.S)

Dikhaskan sebagai satu anugerah kepada mereka yang tinggi taraf kedudukannya dalam perkhidmatan kepada Negeri Sarawak meskipun tidak setinggi taraf yang diperlukan untuk pangkat kedua, tetapi boleh dianggap sebagai istimewa, seperti satu tugas khas yang sukar dan dilakukan dengan jayanya atau tanggungjawab berat dan telah dilakukan dengan cemerlang selama beberapa tahun.

lanya sesuai untuk dianugerahkan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam Kategori III dan keatas, termasuk Penolong Pesuruhjaya Polis, Kolonel (Tentera Darat), Group Captain (Pasukan Udara) dan Captain (Laut).

Ketahui Jenis Kurniaan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Negeri Di Sarawak
Sumber: Tiktok @omarzlee

5. Ahli Bintang Sarawak (A.B.S)

Untuk khidmat dan jasa yang banyak dan cemerlang. Dianugerahkan untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam Kategori IV termasuk Penolong Penguasa Polis, Mejar (Tentera Darat), Ketua Skuadron (Pasukan Udara) dan Leftenen Komander (Tentera Laut).

Ketahui Jenis Kurniaan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Negeri Di Sarawak
Sumber: Tiktok @omarzlee

6. Bintang Bentara Sarawak (B.B.S)

Dianugerahkan sebagai menghargai jasa cemerlang mereka yang kurang sedikit taraf kedudukannya daripada mereka yang layak menerima pang kat keempat.

Untuk Kumpulan Sokongan, Kategori V dan VI merangkumi Inspektor Kanan Polis, Kapten (Tentera Darat), Flight Lieutenant (Pasukan Udara) dan Leftenan (Tentera Laut).

Ketahui Jenis Kurniaan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Negeri Di Sarawak
Ketahui Jenis Kurniaan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Negeri Di Sarawak. Sumber: Tiktok @omarzlee

B. Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak

1. Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (P.G.B.K)

Dikhaskan kepada mereka yang telah menyumbangkan khidmat cemerlang kepada Negeri Sarawak dalam satu tempoh yang agak lama dan mempunyai pengaruh yang kuat serta tanggungjawab yang paling tinggi sesuai dengan taraf mereka.

Penyandang lelaki di gelar “DATUK” dan isterinya “DATIN” sementara penyandang wanita juga digelar “DATUK”. Tidak ada gelaran untuk suami penerima.

Ketahui Jenis Kurniaan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Negeri Di Sarawak
Ketahui Jenis Kurniaan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Negeri Di Sarawak. Sumber: Tiktok @omarzlee

2. Johan Bintang Kenyalang (J.B.K)

Mereka yang tinggi taraf kedudukannya dan membuat jasa cemerlang kepada Negeri Sarawak dalam semua pekerjaan. Untuk melayakkan diri, mereka mestilah mempunyai pengaruh yang kuat dalam lapangan kegiatan dan yang mana telah dilakukan dengan berkesan demi kebaikan.

Untuk Gred Utama “C” atau Gred Khas “C” dan ke atas dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi (atau yang setaraf).

Ketahui Jenis Kurniaan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Negeri Di Sarawak
Sumber: Tiktok @omarzlee

3. Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K)

Satu anugerah kepada mereka yang tinggi taraf kedudukannya dalam perkhidmatan kepada Negeri Sarawak yang mana meskipun tidak setinggi taraf yang diperlukan untuk pangkat kedua, tetapi boleh dianggap sebagai istimewa, seperti satu tugas khas dan dilakukan dengan jayanya atau tanggungjawab berat dan telah dilakukan dengan cemerlang selama beberapa tahun.

Untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam Kategori III dan ke atas termasuk Penolong Pesuruhjaya Polis, Kolonel (Tentera Darat), Group Captain (Pasukan Udara) dan Captain (Laut).

Ketahui Jenis Kurniaan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Negeri Di Sarawak
Sumber: Tiktok @omarzlee

4. Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K)

Untuk khidmat dan jasa yang paling tinggi sesuai dengan taraf mereka. Dianugerahkan kepada Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam Kategori IV termasuk Penolong Penguasa Polis, Mejar (Tentera Darat), Ketua Skuadron (Pasukan Udara) dan Leftenan Komander.

Ketahui Jenis Kurniaan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Negeri Di Sarawak
Sumber: Tiktok @omarzlee

C. Darjah Jasa Bakti Sarawak (D.J.B.S)

Pangkat pertama bagi Jasa Bakti Sarawak ini dianugerahkan kepada mana-mana pegawai dalam Perkhjdmatan Awam ataupun dalam perkhidmatan Badan-Badan Berkanun yang telah melakukan tugas dengan terpuji dan memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada Negeri Sarawak.

Penyandang lelaki digelar .’DATU” dan isterinya .’DATIN” sementara penyandang wanita digelar ‘.DATIN PADUKA”. Tidak ada gelaran untuk suami penerima.

Ketahui Jenis Kurniaan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Negeri Di Sarawak
Ketahui Jenis Kurniaan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Negeri Di Sarawak. Sumber: Tiktok @omarzlee

D. Satria Bintang Sarawak

Anugerah darjah kebesaran ini membawa gelaran Pehin Sri kepada penyandangnya. Dan antara penyandang anugerah ini ialah

  • Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia Ke-4
  • Tun Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak Ke-4 yang kemudiannya dilantik Yang DiPertuan Negeri Sarawak Ke-Tujuh
  • Tun Abang Haji Muhammad Salahuddin Abang Barieng, Yang DiPertuan Negeri Sarawak Ketiga dan Keenam – 2017
  • Allayarham Pehin Sri Adenan Satem, Ketua Menteri Sarawak Ke-6 – 2017 (Anumerta)
Ketahui Jenis Kurniaan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Negeri Di Sarawak
Sumber: Tiktok @omarzlee

E. Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (D.P)

Darjah Datuk Patinggi Bintang Kenyalang dianugerahkan kepada mereka yang berkedudukan tinggi dan ternama. Seorang yang telah menyumbang khidmat yang cemerlang kepada negeri Sarawak dalam satu tempoh masa yang lama.

Antara penerima anugerah D.P ialah:-

  • Datuk Patinggi Abdullah Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia (2003)
  • Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang, Timbalan Ketua Menteri Sarawak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) (2004)
  • Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar, Tunku Mahkota Johor (2009)
  • Puan Sri Datuk Amar Laila Taib, isteri Ketua Menteri Sarawak (2009)
  • Datuk Patinggi Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia (2014)
  • Allayarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Haji Satem, Ketua Menteri Sarawak kelima (2014)
  • Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Waleed Alkurdi, Isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak (2015)
  • Datuk Patinggi Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia (2016)
  • Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak keenam (2017)
  • Datuk Patinggi Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia (2022)

Ketahui Jenis Kurniaan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Negeri Di Sarawak
Ketahui Jenis Kurniaan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Negeri Di Sarawak. Sumber: Tiktok @omarzlee

F. Datuk Amar Bintang Kenyalang (D.A)

Datuk Amar Bintang Kenyalang adalah darjah kebesaran negeri pangkat keempat dari susunan Darjah kebesaran negeri Sarawak. Ia dikurniakan kepada mereka yang telah menyumbangkan jasa dan bakti yang cemerlang kepada negeri Sarawak. Penerima bergelar Datuk Amar dan isteri penerima bergelar Datin Amar.

Antara anugerah penerima D.A ialah:-

  • Tan Sri Datuk Amar Alfred Jabu anak Numpang, Timbalan Ketua Menteri Sarawak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
  • Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg
  • Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Setiausaha Negeri Sarawak – 2010
  • Allayarham Datuk Amar Adenan Haji Satem, Pengerusi Yayasan Sarawak – 2010
  • Datuk Amar Rosmah Mansor, Isteri Perdana Menteri Malaysia – 2010
  • Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak – 2011
  • Tan Sri Datuk Amar Yaw Teck Seng, Pengasas & Presiden, Samling Group – 2014“Samling Group founder sole recipient of Datuk Amar title”. Borneo Post Online. 14 September 2014.
  • Tan Sri Datuk Amar Md Raus Sharif, Presiden, Mahkamah Rayuan – 2016
  • Datuk Amar Jamilah Anu, isteri kepada Allayarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Haji Satem, Ketua Menteri Sarawak – 2016
Sumber: Tiktok @omarzlee

G. Pingat Pentadbiran Awam

Dikhaskan kepada para pegawai awam dan pekerja Badan-Badan Berkanun untuk mengiktiraf dan menghargai khidmat cemerlang, kecekapan, kebolehan dan kejayaan mereka. Ada tiga pangkat, iaitu:-

  1. Pingat Perkhidmatan Cemerlang (Emas) (J.P.C)
  2. Pingat Perkhidmatan Bakti (Perak) (P.P.C)
  3. Pingat Perkhidmatan Terpuji (Gangsa)

Dikhaskan kepada pegawai-pegawai yang berkhidmat dengan gigih dan cemerlang di dalam bidang pekerjaan mereka dan mereka pula tidak layak untuk dicalonkan menerima apa juga Darjah dan Bintang Kebesaran yang dinyatakan di atas atau kenaikan pangkat di dalam perkhidmatan atas sebab-sebab tertentu di dalam perjawatan.

Sumber: Tiktok @omarzlee

H. Pingat Keberanian

Pingat ini adalah diberikan kepada lelaki ataupun wanita, sama ada berkhidmat atau ditugaskan di dalam Pasukan-Pasukan Angkatan Bersenjata Malaysia dan Polis Di Raja Malaysia yang telah melakukan tugas-tugas yang berani dan gagah di Negeri Sarawak.

I. Pingat Jasa Keberanian

Diberikan kepada lelaki ataupun wanita selain daripada anggota-anggota Pasukan Angkatan Bersenjata Malaysia dan Pasukan Polis Di Raja Malaysia, yang telah menunjukkan keberanian. Misalnya, menyelamat nyawa, mencegah jenayah atau menangkap musuh yang mengancam keselamatan awam dalam keadaan-keadaan yang merbahaya di Negeri Sarawak.

Lagi artikel menarik untuk anda, lihat pautan di bawah:

Penderma Budiman Di Sabah, Mendiang Cospermas Gugkang Derma Kornea Kepada Insan Memerlukan
Bukan Satu Kecacatan Atau Penyakit, Ketahui Apa Itu G6PD Dan Pantang Larangnya
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lagi Sekali Berlaku, Lelaki Ini Selamba Cop Parkir Di The Spring Kuching
Next Article Berita Baik, PM Umum Bonus Penjawat Awam Di Semua Negeri Tak Perlu Dikenakan Cukai

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?