• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lakukan Amang Seksual Terhadap Anak Kandung Bawah Umur, Bapa Dipenjara 10 Tahun Di Kuching

Oleh
Husna Hazmi
8 Julai 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Mangsa hanya berusia 9 tahun😞

Lakukan Amang Seksual Terhadap Anak Kandung Bawah Umur, Bapa Dipenjara 10 Tahun Di Kuching. Dilaporkan seorang bapa telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan atas kesalahan melakukan amang seksual terhadap anak perempuannya yang berusia sembilan tahun.

Tertuduh yang berusia 36 tahun itu telah dijatuhkan hukuman di Mahkamah Sesyen Kuching hari ini selepas mengaku melakukan perbuatan jijik tersebut pada awal Julai ini.

Lakukan Amang Seksual Terhadap Anak Kandung Bawah Umur, Bapa Dipenjara 10 Tahun Di Kuching
Lakukan Amang Seksual Terhadap Anak Kandung Bawah Umur, Bapa Dipenjara 10 Tahun Di Kuching

Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dibaca bersama Seksyen 16(1) Akta yang sama.

Tertuduh juga telah diperintahkan menjalani kaunseling pemulihan dalam tempoh tahanan dan dua tahun selepas selesai menjalani hukuman.

Tertuduh yang merupakan seorang juruteknik didakwa melakukan perbuatan keji dengan memasukkan jari telunjuknya ke dalam kemaluan mangsa ketika memandikannya di waktu pagi pada Julai 2022, di rumah mereka di kawasan Petra Jaya.

Menurut fakta kes, mangsa telah mengadu sakit di bahagian kemaluannya kepada si ibu sekitar jam 3 petang pada 4 Julai lalu.

Si ibu seterusnya bertindak pantas dengan membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan dan tertuduh pula ditangkap pada jam 9 malam di hari yang sama.

Lakukan Amang Seksual Terhadap Anak Kandung Bawah Umur, Bapa Dipenjara 10 Tahun Di Kuching

Memohon agar tertuduh dijatuhi hukuman berat

Sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Danial Mohamad Ali memohon agar tertuduh dijatuhi hukuman berat dengan mengambil kira kepentingan awam, kekerapan kes, jarak usia mangsa dan tertuduh serta keseriusan kesalahan itu sendiri yang melibatkan mangsa kanak-kanak dan merupakan anak perempuan tertuduh.

Menurut DPP Danial juga, tertuduh adalah seorang bapa yang sepatutnya menjaga, melindungi anak perempuannya dan tidak melakukan perbuatan tersebut.

Oleh demikian, hakim Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad seterusnya bersetuju dengan penghujahan pihak pendakwaan dan berpendapat kesalahan tersebut harus dijatuhkan dengan hukuman tempoh penjara yang panjang.

Beliau seterusnya menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun terhadap tertuduh mengikut Seksyen 14(a) dan penalti tambahan dua tahun di bawah Seksyen 16(1) Akta sama berserta tiga sebatan, menjadikan jumlah hukuman penjara sebanyak sepuluh tahun.

Tertuduh bagaimanapun tidak diwakili mana-mana peguam.

Tahun ini, kes amang seksual terhadap kanak-kanak bawah umur semakin berleluasa:

SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Terpilih Daripada 58K Permohonan Seluruh Dunia, Anak Gedong Ini Berjaya Peroleh Biasiswa Berprestij UK
Next Article Masukkan Dalam Wishlist Anda! Ketahui GM Klang, Syurga Untuk Kaki Borong Dan Peniaga Kecil Masukkan Dalam Wishlist Anda! Ketahui GM Klang, Syurga Untuk Kaki Borong Dan Peniaga Kecil

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?