I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Terpilih Daripada 58K Permohonan Seluruh Dunia, Anak Gedong Ini Berjaya Peroleh Biasiswa Berprestij UK
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Terpilih Daripada 58K Permohonan Seluruh Dunia, Anak Gedong Ini Berjaya Peroleh Biasiswa Berprestij UK

Nazihah Ahmad Napis 8 Julai 2022
Kongsi
6 Min Bacaan
Kongsi

Terpilih Daripada 58K Permohonan Seluruh Dunia, Anak Gedong Ini Berjaya Peroleh Biasiswa Berprestij UK. Peluang mendapatkan biasiswa adalah sebuah peluang yang besar, apatah lagi ianya adalah sebuah biasiswa yang dibiayai sepenuhnya.

Seorang anak Sarawak yang berasal dari Gedong, Simunjan telah terpilih sebagai penerima biasiswa penuh berprestij daripada kerajaan United Kingdom iaitu Chevening Scholarship. Makluman tersebut telah dimuat naik menerusi perkongsian gadis tersebut di laman Facebook peribadinya.

Terpilih Daripada 58K Permohonan Seluruh Dunia, Anak Gedong Ini Berjaya Peroleh Biasiswa Berprestij UK
Terpilih Daripada 58K Permohonan Seluruh Dunia, Anak Gedong Ini Berjaya Peroleh Biasiswa Berprestij UK

Penerima Chevening Scholarship Malaysia Kohort 2022/2023, Nur Afifah Ismail nyata masih tidak percaya dengan keputusan yang diperolehinya memandangkan beliau perlu bersaing dengan kebanyakan pemohon yang memiliki rekod kepimpinan yang hebat.

Setakat ini, beliau merupakan satu-satunya anak Sarawak yang terpilih selain 5 lagi penerima lain yang berasal dari Sabah.

Chevening Scholarship, biasiswa biaya penuh yang berprestij kerajaan United Kingdom

Chevening Scholarship adalah biasiswa berprestij kerajaan UK yang dibiayai oleh Foreign, Commonwealth and Development Office UK serta rakan organisasi Chevening. Biasiswa ini dianugerahkan kepada pemohon yang layak dari seluruh dunia tanpa mengira had umur dan latar belakang bagi melanjutkan pengajian di peringkat sarjana (Masters) selama setahun di mana-mana universiti di negara itu.

Penerima biasiswa ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan UK sepanjang pengajian mereka.

Terpilih Daripada 58K Permohonan Seluruh Dunia, Anak Gedong Ini Berjaya Peroleh Biasiswa Berprestij UK

Terpilih daripada 58,000 pemohon dari seluruh dunia

Jelas Afifah lanjut, proses permohonan biasiswa ini adalah begitu sengit kerana beliau perlu bersaing dengan 58,000 pemohon dari seluruh dunia. Proses permohonan pula mengambil masa selama hampir satu tahun, bermula pada Ogos 2021, termasuk proses penulisan esei, senarai pendek, temuduga dan seterusnya pengumuman penerima akhir.

Bismillahirahmanirrahim. Alhamdulillah. Syukur. It still feel surreal. Dolok, kmk pernah bertanyak, adakah kmk ada…

Posted by Nur Afifah Ismail on Tuesday, July 5, 2022

Dari Gedong ke UK

Susulan kejayaannya, kami telah menebumual sendiri Afifah yang juga merupakan sebahagian daripada pasukan konten I LOVE BORNEO. Beliau menzahirkan rasa bersyukur kerana mendapat sokongan penuh daripada ibu bapa, keluarga serta rakan sekeliling. Apatah lagi, peluang seumpama ini tidak mudah untuk digapai. Beliau berasal daripada latar belakang pengajian peringkat rendah dan menengah sepenuhnya di sekolah di kampung halamannya iaitu SK Abang Kadir Gedong dan SMK Gedong.

Untuk pengetahuan anda, beliau pernah menabur bakti semula di sekolah halamannya sebagai guru sandaran dan menjadi hos sambilan di RTM Sarawak.

Kini, Afifah bekerja sebagai penerbit eksekutif kandungan digital di Borneo Digital, syarikat alumni program Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) Digital Village.

Terpilih Daripada 58K Permohonan Seluruh Dunia, Anak Gedong Ini Berjaya Peroleh Biasiswa Berprestij UK
Gambar ihsan Nur Afifah
Terpilih Daripada 58K Permohonan Seluruh Dunia, Anak Gedong Ini Berjaya Peroleh Biasiswa Berprestij UK
Gambar ihsan Nur Afifah

Digital media, bidang yang dinamik dan perlukan sentiasa dikemaskini

Bercakap mengenai perjalanan kariernya dalam bidang media digital, beliau berkata bahawa industri ini merupakan sebuah industri yang dinamik dan sentiasa bergerak dengan pantas mengikut peredaran masa.

Malah, jumlah pengguna di platform media digital seperti Facebook, Instagram, TikTok dan lain-lain semakin bertambah dan dikategorikan mengikut beberapa lapisan masyarakat. Ditambah pula dengan algoritma media digital yang sentiasa berubah mengikut trend dan minat pengguna, Afifah menjelaskan bahawa ilmu-ilmu seperti ini perlu dipelajari dan diperkaya dari semasa ke semasa bagi membolehkan maklumat sampai dengan berkesan kepada masyarakat.

Afifah (duduk paling kanan) bersama pasukan content creator dari seluruh Malaysia termasuk Hazeman Huzir, Khairul Jamain, Kaki Travel, Mytravellicious, Shirly & Nomi dan ramai lagi semasa Tourism Malaysia Fam Trip ke Bakelalan, Sarawak. Kredit foto: Travel with Seth
Afifah bersama keluarga Borneo Digital.

Justeru, dengan biasiswa Chevening ini, beliau berpeluang menimba ilmu dengan pakar dari luar negara, terutamanya di United Kingdom di mana platform media sosial mereka lebih bebas dan perkembangan digital yang lebih awal dan terkini.

Terlibat dalam MYHackathon 2020, hackathon nasional pertama Malaysia

Sehingga kini, beliau telah menerbitkan 1,257 buah artikel di laman I LOVE BORNEO, serta mengendalikan kandungan kreatif untuk program SUPERB TERAJU 2021, hackathon nasional pertama Malaysia, MYHackathon 2020 dan MYHackathon 2022. Beliau juga akan terus berkhidmat dengan syarikat berkenaan sepanjang tempoh pengajiannya di UK.

Terpilih Daripada 58K Permohonan Seluruh Dunia, Anak Gedong Ini Berjaya Peroleh Biasiswa Berprestij UK
Afifah semasa mengendalikan rakaman bersama Menteri MOSTI (2020), Khairy Jamaluddin untuk MYHackathon 2020. Gambar ihsan Nur Afifah
Terpilih Daripada 58K Permohonan Seluruh Dunia, Anak Gedong Ini Berjaya Peroleh Biasiswa Berprestij UK
Gambar ihsan Nur Afifah

Alumni Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang berusia 26 tahun ini bakal melanjutkan pengajian di peringkat sarjana (Masters) dalam bidang Media Digital dan Komunikasi di University of Stirling, Scotland dan dijangka berangkat ke United Kingdom September depan.

Pembakar semangat buat anak muda Sarawak

Beliau berharap agar kejayaannya memperoleh biasiswa ini dapat menjadi pembakar semangat serta inspirasi buat anak muda di Sarawak terutamanya di kampung halamannya, Gedong agar tidak takut untuk mencuba dan memasang impian yang tinggi dalam apa jua bidang yang diceburi.

Tiada apa yang mustahil sekiranya anda mempunyai minat dan usaha yang berterusan.

Permohonan Chevening Scholarship Kohort 2023/2024 akan dibuka pada 2 Ogos 2022. Layari pautan berikut untuk maklumat lanjut dan permohonan baharu: https://www.chevening.org/

Tahniah Afifah! Agi idup agi ngelaban 💪🏻

Lagi anak Sarawak yang melanjutkan pengajian ke universiti terbaik dunia:

Nazihah Ahmad Napis 8 Julai 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rekaan Grafik Selamat Ulang Tahun BDA Jadi Bahan Tawa Netizen Rekaan Grafik Selamat Ulang Tahun BDA Jadi Bahan Tawa Netizen
Next Article Lakukan Amang Seksual Terhadap Anak Kandung Bawah Umur, Bapa Dipenjara 10 Tahun Di Kuching

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Cerita Borneo

Sejarah Menarik Di Sebalik Pekan Bernama Sarawak Di Negara Kanada

9 Ogos 2022
Tak Tahan Jalan Berlopak Teruk Di Sandakan, Penduduk Tampal Sendiri Tanpa Bantuan Kerajaan
Cerita Borneo

Tak Tahan Jalan Berlopak Teruk Di Sandakan, Penduduk Tampal Sendiri Tanpa Bantuan Kerajaan

9 Ogos 2022
Kantoi Menyorok 85 Paket Minyak Masak 1KG, Sebuah Kedai Runcit Di Lubok Antu Disiasat
Cerita Borneo

Kantoi Menyorok 85 Paket Minyak Masak 1KG, Sebuah Kedai Runcit Di Lubok Antu Disiasat

9 Ogos 2022
Dituduh Rogol Anak Murid Di Bintulu, Suspek Kini Hilangkan Diri
Cerita Borneo

Dituduh Rogol Anak Murid Di Bintulu, Suspek Kini Menghilangkan Diri

9 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?