• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Projek Terbengkalai Laluan Alternatif Kota Samarahan Ke Kuching Bakal Ditender Semula

Oleh
Aina Musa
22 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Projek Terbengkalai Laluan Alternatif Kota Samarahan Ke Kuching Bakal Ditender Semula

Sepatutnya dijadualkan siap pada tahun ini

Projek Terbengkalai Laluan Alternatif Kota Samarahan Ke Kuching Bakal Ditender Semula. Projek pembinaan dua laluan alternatif dari Kota Samarahan ke Kuching, yang terbengkalai sebelum ini, kini ditender semula selepas kontraktor sebelumnya gagal melaksanakannya.

Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang, menyatakan bahawa dua projek tersebut adalah Jalan Datuk Mohd Musa dari Kota Samarahan ke Kota Sentosa dan jalan pesisir dari bulatan Kampung Baru ke Sejingkat.

Projek Terbengkalai Laluan Alternatif Kota Samarahan Ke Kuching Bakal Ditender Semula. Sumber: Facebook

“Seharusnya kedua-dua jalan ini selesai pada tahun ini. Namun, kontraktor mengalami isu dan masalah teknikal yang mengakibatkan mereka tidak dapat menyiapkan projek mengikut jadual yang ditetapkan.

“Oleh itu, projek ini ditender semula untuk membolehkan kontraktor baharu meneruskan kerja-kerja yang ditinggalkan oleh kontraktor sebelumnya.

“Pembinaan telah bermula, dan Insya-Allah, projek ini akan siap sepenuhnya pada tahun hadapan,” ujarnya.

Beliau memberikan kenyataan tersebut selepas menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim pada Ahad.

Rubiah, yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, menegaskan bahawa kelewatan projek tersebut bukan disebabkan oleh masalah kewangan.

Untuk catatan, Jalan Datuk Mohd Musa merupakan arteri utama yang menghubungkan Kota Samarahan dengan Kota Sentosa dan Padawan, telah dinaiktaraf dari dua lorong menjadi empat lorong dan kini mencapai enam lorong.

“Kami sedar bahawa masalah kesesakan masih berlaku antara Kota Samarahan dan Kuching. Oleh itu, kerajaan telah membina laluan alternatif.

“Kami berharap bahawa kedua-dua laluan alternatif ini dapat mengurangkan masalah tersebut dengan baik dan efektif,” jelas Rubiah.

Baca lagi artikel menarik:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki Didakwa Lakukan Serangan Seksual Terhadap Budak 6 Tahun Di Tanah Perkuburan Betong
Next Article Kalahkan Populariti King Myvi, Perodua Bezza Jadi Carian Utama Di Sabah Sarawak Kalahkan Populariti King Myvi, Perodua Bezza Jadi Carian Utama Di Sabah Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?