• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Beberapa Laluan Di Kuching Bakal Ditutup Sempena Sambutan Hari Air Sedunia 2024

Oleh
Nazihah AN
27 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Beberapa Laluan Di Kuching Bakal Ditutup Sempena Sambutan Hari Air Sedunia 2024

Beberapa laluan di Waterfront Kuching bakal ditutup pada 28 April

Beberapa Laluan Di Kuching Bakal Ditutup Sempena Sambutan Hari Air Sedunia 2024. Jalan Market, Jalan Power, Jalan Gambier, Jalan Old Court House, Jalan Main Bazaar, dan Jalan Tun Abang Haji Openg dijangka akan ditutup pada 28 April sempena sambutan Hari Air Sedunia 2024.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah dalam kenyataan hari ini, penutupan jalan akan bermula dari jam 5 pagi bagi memberi laluan untuk upacara pelancaran program tersebut yang akan diadakan di Persisiran Pantai Kuching sehingga program itu selesai.

Beberapa Laluan Di Kuching Bakal Ditutup Sempena Sambutan Hari Air Sedunia 2024

Beliau berkata, orang ramai boleh meletak kenderaan mereka di lokasi yang ditetapkan iaitu Taman Reservoir, Bangunan Saujana, tempat letak kereta UTC di Jalan Urat Mata, Plaza Sarawak, Pusat Sivik, Tun Jugah, Medan Pelita, dan Plaza Merdeka.

Ahsmon juga memaklumkan penutupan jalan pada hari tersebut akan dilakukan secara fleksibel bergantung kepada situasi dan penilaian aliran trafik untuk memastikan ia tidak mengganggu aktiviti harian pengguna jalan.

Beliau menasihati pengguna jalan agar mematuhi arahan dan tanda kawalan trafik daripada pegawai polis bertugas serta tidak meletak kenderaan di tepi jalan kerana boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Stesen Pertukaran ART Jalan Simpang Tiga Kini Dalam Pembikinan Stesen Pertukaran ART Jalan Simpang Tiga Kini Dalam Pembikinan
Next Article Sesuai Untuk Santai Petang, Ini 4 Port Cendol Di Kuching Anda Boleh Cuba Sesuai Untuk Santai Petang, Ini 4 Port Cendol Di Kuching Anda Boleh Cuba

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?