• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sempena Hari Wanita Sedunia, Ini 8 Wanita Hebat Kelahiran Borneo Buat Inspirasi Semua

Oleh
Husna Hazmi
8 Mac 2023
Kongsi
4 Min Bacaan

Selamat hari wanita sedunia!

Sempena Hari Wanita Sedunia, Ini 8 Wanita Hebat Kelahiran Borneo Buat Inspirasi Semua. Pada Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac hari ini, kami ingin berkongsi kepada anda 8 wanita hebat kelahiran Borneo yang boleh dijadikan inspirasi buat kita semua.

Isi Isi Penting
  • 1. Lily Eberwin- Patriot wanita pertama Sarawak
  • 2. Ann Osman- Atlet Tempur MMA pertama di Malaysia berasal dari Sabah
  • 3. Patricia Yapp- Juruterbang pesawat pejuang wanita pertama di Asia berasal dari Sabah
  • 4. Asung dan Baun- Jururawat pertama kaum Kenyah Sarawak
  • 5. Claudia Tan- Penulis Novel muda dari Sarawak berjaya cipta nama di pentas Antarabangsa
  • 6. Alena Murang- Penyanyi dan pemain Sape terkenal di peringkat Antarabangsa dari Sarawak
  • 7. Penny Wong- Wanita Asia berasal dari Sabah pertama pegang jawatan dalam kabinet Menteri Autralia
  • 8. Pandelela Rinong- Atlet Wanita pertama dari Sarawak memenangi pingat Olimpik buat Malaysia
Sempena Hari Wanita Sedunia, Ini 8 Wanita Hebat Kelahiran Borneo Buat Inspirasi Semua
Sempena Hari Wanita Sedunia, Ini 8 Wanita Hebat Kelahiran Borneo Buat Inspirasi Semua

1. Lily Eberwin- Patriot wanita pertama Sarawak

Lily Eberwin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Cikgu Lily merupakan anak kelahiran Kuching Sarawak. Beliau merupakan Tokoh Pendidikan dan Ahli Politik yang amat disanjung di Sarawak pada satu ketika dahulu. Pengorbanannya kepada negeri Sarawak adalah tidak ternilai. Ketika pendudukan Jepun, beliau dilantik oleh pihak Jepun sebagai ketua kaum Melayu bagi Persatuan Kaum Ibu.

Sempena Hari Wanita Sedunia, Ini 8 Wanita Hebat Kelahiran Borneo Buat Inspirasi Semua

2. Ann Osman- Atlet Tempur MMA pertama di Malaysia berasal dari Sabah

Nur Ain Osman atau lebih dikenali sebagai Ann ‘Athena’ Osman, berasal dari Sabah, merupakan wanita pertama Malaysia yang bertarung secara profesional dalam kejohanan MMA, ONE Fighting Championship (ONE FC). Beliau telah membuktikan bahawa tidak kira apa kerjaya di dunia ini, wanita semestinya boleh melakukannya.

Sempena Hari Wanita Sedunia, Ini 8 Wanita Hebat Kelahiran Borneo Buat Inspirasi Semua

3. Patricia Yapp- Juruterbang pesawat pejuang wanita pertama di Asia berasal dari Sabah

Wanita berasal dari Sandakan Sabah telah berjaya untuk membuktikan bahawa bukan lelaki sahaja boleh memegang jawatan juruterbang pesawat pesawat pejuang. Walaupun fizikal wanita lebih kecil berbanding lelaki, perkara ini bukanlah penghalang bagi Patricia untuk menceburi kerjaya penerbangan asalkan mempunyai minat, berani dan tidak putus asa.

Sempena Hari Wanita Sedunia, Ini 8 Wanita Hebat Kelahiran Borneo Buat Inspirasi Semua

4. Asung dan Baun- Jururawat pertama kaum Kenyah Sarawak

Asung dan Baun merupakan jururawat pertama kaum Kenyah di Sarawak. Mereka inilah wira negeri yang telah menyelamatkan nyawa ramai pada satu masa dahulu ketika kemudahan seperti klinik dan hospital lengkap belum ada lagi.

Sempena Hari Wanita Sedunia, Ini 8 Wanita Hebat Kelahiran Borneo Buat Inspirasi Semua

5. Claudia Tan- Penulis Novel muda dari Sarawak berjaya cipta nama di pentas Antarabangsa

Berasal dari Kuching Sarawak, Claudia Tan merupakan seorang penulis dan artis pop berbakat yang telah berjaya menempa nama di pentas antarabangsa apabila novel yang ditulisnya bakal dijadikan filem Hollywood.

Sempena Hari Wanita Sedunia, Ini 8 Wanita Hebat Kelahiran Borneo Buat Inspirasi Semua

6. Alena Murang- Penyanyi dan pemain Sape terkenal di peringkat Antarabangsa dari Sarawak

Gadis Jelita berdarah Kelabit-Italy dari Sarawak, Alena Murang merupakan penyanyi dan pemain sape yang amat berbakat dan telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia. Beliau telah berjaya membawa pulang anugerah-anugerah Antarabangsa seperti Video Terbaik Antarabangsa di Buenos Aires Music Video Festival pada tahun 2020 dan 2 lagi Anugerah Di International Music Video Awards UK pada tahun 2021.

Sempena Hari Wanita Sedunia, Ini 8 Wanita Hebat Kelahiran Borneo Buat Inspirasi Semua

7. Penny Wong- Wanita Asia berasal dari Sabah pertama pegang jawatan dalam kabinet Menteri Autralia

Penny Wong yang berkelulusan undang-undang dilahirkan di Kota Kinabalu telah berpindah ke Australia pada tahun 1976 ketika berusia 8 tahun. Bapa beliau berasal dari Sabah manakala ibunya pula berasal dari Australia. Beliau merupakan wanita Asia pertama yang memegang jawatan kabinet dan juga merupakan ahli parlimen wanita gay pertama di Australia.

Sempena Hari Wanita Sedunia, Ini 8 Wanita Hebat Kelahiran Borneo Buat Inspirasi Semua

8. Pandelela Rinong- Atlet Wanita pertama dari Sarawak memenangi pingat Olimpik buat Malaysia

Mencatat sejarah pada tahun 2012 apabila memenangi pingat olimpik pertama sebagai atlet wanita di Malaysia, gadis Bidayuh asal Sarawak, Pandalela Rinong ini telah dinobatkan sebagai Olahragawati negara. Beliau kemudiannya terus mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa sebagai atlet sukan terjun negara!

Semua wanita disenaraikan di dalam artikel ini semuanya hebat-hebat belaka, sebagai seorang wanita sendiri, penulis berharap agar kita sama-sama berjaya membangun diri, masyarakat dan negara untuk menjadi lebih baik lagi. Happy International Women’s Day kepada semua wanita di luar sana!

Lagi cerita menarik buat anda di sini:

Anak Kacukan Sabah Miliki PhD, Kenali Isteri Pelakon ‘The Flash’ Andrea Thoma
Dinobat Miss Universe Malaysia 2020, Jelitawan Sarawak Gegarkan Malaysia
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kerajaan Arah Siapkan Naik Taraf Jalan Di Pedalaman Sarawak Sebelum Krismas Tahun Ini Kerajaan Arah Siapkan Naik Taraf Jalan Di Pedalaman Sarawak Sebelum Krismas Tahun Ini
Next Article McDonald's Lancar Tiga Menu Rahmah Bermula Hari Ini McDonald’s Lancar Tiga Menu Rahmah Bermula Hari Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?