Banyak Followers Tak Semestinya Instafamous atau Influencers.
Kehidupan seharian kita tidak akan pernah terlepas daripada sosial media seperti Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube. Bagi sesetengah orang, ketidakhadiran mereka di platform sosial media walaupun untuk beberapa minit sehari menjadikan mereka resah dan gelisah. Fear of missing out lah katakan.
Begitulah impak sosial media kepada masyarakat hari ini. Dalam kemeriahan dan keriuhan dunia online, ada juga yang mempunyai peminat, pengaruh dan fan based yang kuat berdasarkan aktiviti mereka di sosial media. Golongan ini disebut instafamous, youtubers atau dalam erti kata yang lebih luas, sosial media influencers. Namun, apakah sebenarnya yang dilakukan oleh seorang influencer sebenar?
Hasilkan Content yang Meaningful

Yess, influencer sejati menghasilkan content atau kandungan digital yang efektif, dan memberi impak kepada masyarakat. Mereka juga ialah seorang yang up-to-date. Oleh sebab itulah, mereka ini mempunyai pengaruh yang besar untuk mengubah pandangan masyarakat terhadap sesuatu perkara. Seorang influencer sebenarnya menjadikan diri mereka sebagai produk atau tapak jualan bagi sesuatu brand atau konsep pemikiran mereka supaya masyarakat terpengaruh dan mengikuti trend semasa.
Kandungan bermakna yang dihasilkan bergantung kepada kekuatan influencer tersebut. Jika mereka mempunyai kepakaran dalam isu semasa, kandungan yang dibangunkan semestinya mengulas tentang isu semasa tetapi dalam cara yang lebih mesra pengguna dan tidak terlalu bersifat akademia kerana pengguna media sosial lebih sukakan sesuatu yang santai dan tidak terlalu berat untuk dihadam minda. Contohnya, kandungan berbentuk Public Service Announcement (PSA).
Begitu juga dengan influencer fesyen, gaya hidup dan makanan. Penampilan yang menarik, gambar yang cantik, video yang power serta paling penting, pengisian yang mempunyai mesej (bukan loyar buruk semata) merupakan senjata utama influencer yang berkualiti, bukan sekadar influencer acah-acah famous, you know what I mean?
Influencer Sebenar Mempunyai Real Followers

Jika anda perhatikan instagram atau Youtube seorang influencer yang mantap, kebanyakan pengikut atau followers mereka adalah pengguna tegar platform sosial media dalam kehidupan seharian. Para pengikut mengikuti perkembangan influencers mereka berdasarkan rutin harian influencers tersebut sama ada berkaitan isu semasa, gaya hidup, cara berpakaian atau fesyen, makanan, atau panduan travel.
Terdapat juga influencer yang membeli followers atau pengikut yang menyebabkan mereka kelihatan seperti instafamous atau influencer. Cuba anda tanyakan kepada rakan-rakan anda sama ada mereka mengenali influencer tersebut. Jika tidak, sahlah mereka ini sebenarnya fake influencer yang hanya inginkan perhatian.
Kadar Interaksi (Engagements) yang Tinggi, Bukan Syok Sendiri

Kadar interaksi antara pengikut dan influencers itu sendiri memainkan peranan yang penting dalam menentukan sama ada influencers tersebut legit atau tidak. Lihat pada entri atau post yang dihasilkan, adakah terdapat reaksi seperti likes, komen atau pun share daripada pengikut mereka. Jika followers beribu-ribu orang, agak mustahil jika komen atau likes yang ditinggalkan tak sampai angka 10 atau belasan sahaja. Tak logik kan? Ada juga influencers yang syok sendiri, itu lagi parah.
Meninggalkan Komen yang Berkualiti

Komen-komen yang berkualiti kebiasaannya apabila pengikut atau followers menanyakan soalan secara terus, tag rakan-rakan mereka, atau meninggalkan ulasan berkaitan post atau entri yang dihasilkan seseorang influencer.
Ada juga yang menggelarkan diri mereka sebagai influencer tetapi mendapat komen seperti “good job”, “well done”, “wow”, “keep it up” dan sewaktu dengannya. Komen-komen seperti ini boleh dijana melalui akaun pengguna bot dan di “spam” kan apabila content baru dikeluarkan oleh influencer.
Elakkan dari dienjen oleh orang yang claim dirinya sebagai influencer atau domain expert di dalam influencing people.
Masa kini, banyak sangat orang yang nak jadi influencer. Tak kurang juga individu yang tiba tiba muncul dan mengatakan diri mereka tahu menahu tentang industri ini. Lebih sadis lagi, ada juga dalam kalangan manusia sebegini yang pergi sehingga menghantar kertas kerja kepada kerajaan dan menggunakan dana awam untuk kononnya melahirkan lebih ramai influencer. Pelik tapi benar, disesetengah tempat ianya terjadi. Apa yang berlaku seterusnya adalah ramai yang menjadi influencer claim sendiri dan akhirnya industri menjadi tercemar.
MESTI BACA : FAKE INFLUENCERS AKIBATKAN KERUGIAN SEBANYAK $1.3 BILLION
Menurut kajian, 15% daripada jumlah yang dibelanjakan pada influencer yang mempunyai fake followers dan sebagainya. Jenama jenama yang membelanjakan wang mereka pada mereka ini akhirnya mengalami kerugian terkumpul bernilai hampir RM5 billion setahun dan dijangka meningkat kepada RM6 billion setahun.
Menjadi seorang influencer bukanlah perkara yang senang. Anda perlu berusaha untuk menghasilkan content yang sentiasa relevan supaya anda kekal up-to-date dan meaningful di khalayak umum. Ianya juga satu proses yang mengambil masa bertahun untuk dijayakan dan semestinya tiada kursus khas yang boleh mengajar mana mana individu menjadi influencer. Ya, jika ada maka semestinya sudah ada Bachelor In Science Of Being Influencer di Universiti Oxford atau Harvard.
Anda berminat untuk menjadi influencer? Jika ya, mulakan perjalanan anda dengan menyebarkan kebenaran dan fakta pada mereka di luar sana. Hasilkan banyak konten yang bermanfaat, kurangkan membebel dan sebarkan positivity.