• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Setelah Kek Lapis Famous di UK, Kini Giliran Laksa Sarawak Laris di Beijing

Oleh
Ismail NA
15 Oktober 2019
Kongsi
4 Min Bacaan
Setelah Kek Lapis Famous di UK, Kini Giliran Laksa Sarawak Laris di Beijing

Laksa Sarawak Kini Go International!

Setelah Kek Lapis Famous di UK, Kini Giliran Laksa Sarawak Laris di Beijing. Bayangkan anda kini dihidangkan dengan semangkuk mihun yang dibanjiri dengan kuah laksa pekat campuran pes laksa dan santan yang lemak berkrim. Dihiasi pula dengan beberapa ekor udang yang dimasak kemerahan, hirisan telur dadar serta ayam yang telah dicarik. Tauge, sambal belacan, dan limau nipis melengkapkan lagi hidangan semangkuk laksa kegemaran ramai iaitu Laksa Sarawak. Fuhhh, meliur!

Di Sarawak memang hampir setiap kedai ada menjual Laksa Sarawak. Tetapi tahukah anda bahawa Laksa Sarawak ini dah go international? Kini, makanan simbolik Sarawak ini boleh anda nikmati di Beijing, China. Sampe ke China nun terbang nya!

Sebelum itu, baca kisah kek lapis famous di UK : Jadi “Task” Rancangan Realiti British, Rupanya Kek Lapis Sarawak Dikenali Dunia!

Setelah Kek Lapis Famous di UK, Kini Giliran Laksa Sarawak Laris di Beijing

Restoran Laksa Sarawak Ini Guna 36 Jenis Rempah Ratus Khas dari Malaysia

Setelah Kek Lapis Famous di UK, Kini Giliran Laksa Sarawak Laris di Beijing

Setelah Kek Lapis Famous di UK, Kini Giliran Laksa Sarawak Laris di Beijing. Laksa Sarawak di Beijing, China ini boleh didapati di Restoran MULU. Restoran ini merupakan restoran pertama yang menawarkan hidangan Asia Tenggara dan terletak di kawasan Wangfujing. Pada asalnya, restoran ini hanya membuka tempahan dining secara peribadi namun dibuka untuk kunjungan orang ramai tidak lama kemudian atas kepelbagaian makanan yang mereka tawarkan. Salah satunya ialah Laksa Sarawak. Yeay!

Setelah Kek Lapis Famous di UK, Kini Giliran Laksa Sarawak Laris di Beijing

Menurut pemilik restoran MULU, Jasmine Kho, menu Laksa Sarawak yang ditawarkan di restoran tersebut adalah menu signature mereka. Ia dibuat mengikut resepi neneknya di Sarawak. Bagi mengekalkan keaslian rasa laksa tersebut, beliau sanggup membawa sebanyak 36 jenis rempah khas dari Malaysia ke China untuk menyediakannya kepada para pelanggan.

Mengikut resepi turun-temurunnya itu, air rebusan kuah diperbuat daripada tulang ayam, kulit udang dan tujuh jenis sayur-sayuran yang direneh selama 5 jam. Kemudian, air rebusan tersebut dicampurkan dengan pes laksa buatan sendiri yang diperbuat daripada 36 jenis rempah ratus yang dibawa khas dari Malaysia.

Pernah Terjual Sebanyak 300 Mangkuk Sehari

Menurut Jasmine juga, Laksa Sarawak yang dijual oleh restoran MULU ini pernah dibawa ke Festival Makanan Asia di Olympic Park, Beijing pada Mei 2019 dan laris dijual setiap hari! Pengunjung juga dikatakan sanggup beratur di gerai MULU ini seawal jam 10 pagi semata-mata untuk mendapatkan Laksa Sarawak tersebut. Lebih menarik, jualan yang paling laris pernah dicatatkan adalah sebanyak 300 mangkuk sehari.

Untuk pengetahuan anda, harga Laksa Sarawak yang dihidangkan di restoran MULU ini ialah RMB (yuen) 38 semangkuk yang bersamaan dengan RM 22 jika ditukar ke Ringgit Malaysia. Cayalah!

Digelar “Breakfast of the Gods” oleh Chef Selebriti Dunia

Setelah Kek Lapis Famous di UK, Kini Giliran Laksa Sarawak Laris di Beijing

Mendiang Anthony Bourdain, chef selebriti dunia juga pernah memuji hidangan Laksa Sarawak ini sebagai “Breakfast of the Gods” atau Sarapan Para Dewa kerana rasanya yang pekat dan kaya selain presentable. Setelah itu, Laksa Sarawak menjadi semakin popular di peringkat antarabangsa dan kini ia diteruskan oleh anak jati Sarawak sendiri di China.

Hebat na juak orang Sarawak ohh. Jangan lupa like dan share post ini!

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dengan Hanya 3 Perkataan, Wanita Hilang di Hutan Lundu Ini Berjaya Ditemui Dengan Hanya 3 Perkataan, Wanita Hilang di Hutan Lundu Ini Berjaya Ditemui
Next Article Lambakan Influencer Acah-Acah Famous? Ini Ciri-Ciri Influencer Sejati

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?