• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pasang Lampu Tinggi Haram, 148 Notis Dikeluarkan Dalam Operasi Ops Silau Di Kuching-Serian

Oleh
Nazihah AN
30 Mei 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Pasang Lampu Tinggi Haram, 148 Notis Dikeluarkan Dalam Operasi Ops Silau Di Kuching-Serian

JPJ Sarawak Jalankan Ops Silau di KM18.5, Jalan Kuching-Serian

Pasang Lampu Tinggi Haram, 148 Notis Dikeluarkan Dalam Operasi Ops Silau Di Kuching-Serian. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak telah mengadakan operasi khas yang dinamakan Ops Pengarah di KM18.5, Jalan Kuching-Serian. Operasi ini bermula pada jam 6 petang dan berakhir pada jam 12 tengah malam.

Seramai 31 pegawai dan anggota JPJ Sarawak terlibat dalam operasi ini, yang diketuai oleh Timbalan Pengarah JPJ Sarawak, Puan Noraini binti Mohd Nawi. Turut hadir ialah Ketua Bahagian Penguat Kuasa JPJ Sarawak, Puan Sapiah binti Putit dan Ketua Seksyen Operasi JPJ Sarawak, Tuan Saifullah Ali.

Pasang Lampu Tinggi Haram, 148 Notis Dikeluarkan Dalam Operasi Ops Silau Di Kuching-Serian

Fokus utama operasi ini adalah untuk mengesan pengguna jalan raya yang memasang lampu High-intensity Discharge (HID) atau lampu gas xenon tanpa filamen bersama dua unit Ballast yang dipasang secara retrofit tanpa kebenaran, seperti yang dinyatakan di bawah Kaedah 94 C&U 1959. Pemasangan lampu retrofit ini boleh mengganggu penglihatan pemandu lain, menyebabkan silau berlebihan, dan menjadi lebih berbahaya ketika hujan serta menimbulkan ketidakselesaan kepada pemandu dari arah bertentangan.

Sepanjang operasi ini, sebanyak 423 buah kenderaan telah diperiksa dan JPJ mengeluarkan 148 notis ketidakpatuhan jalan raya atas pelbagai kesalahan. Empat kenderaan yang terdiri daripada dua motosikal dan dua motokar turut disita atas kesalahan lesen kenderaan tamat tempoh lebih dari setahun. JPJ mengeluarkan notis saman JPJ(P)22 dan Notis Penahanan Kenderaan di bawah seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Tujuan utama operasi ini adalah untuk mensasarkan pelbagai kesalahan pengguna jalan raya serta meningkatkan pematuhan kepada peraturan jalan raya. Ia juga bertujuan memastikan kenderaan yang berada di atas jalan raya selamat digunakan dan tidak membahayakan pengguna jalan raya yang lain, terutamanya semasa musim perayaan Hari Gawai. Selain itu, operasi ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya tentang keselamatan dan seterusnya mengurangkan risiko kemalangan dan kematian di jalan raya.

Untuk sebarang aduan trafik, orang ramai boleh menyalurkan aduan melalui aplikasi e-Aduan @jpj atau di laman web http://jpj.spab.gov.my beserta butiran pengadu dan butiran aduan.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dipaksa Berdiri Bawah Matahari Selama 3 Jam, Murid 11 Tahun Terkena Strok Haba
Next Article Lelaki Dipenjara Enam Bulan, Curi Kenderaan Milik Warga Indonesia Di Kuching Lelaki Dipenjara Enam Bulan, Curi Kenderaan Milik Warga Indonesia Di Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?