• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lancar Semula Kempen Bebas Beg, Sandakan Mansuh Caj 20 Sen Beg Plastik Mulai 1 Januari

Oleh
Farisha
10 November 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Tiada lagi caj beg plastik bermula 1 Januari 2025

Lancar Semula Kempen Bebas Beg, Sandakan Mansuh Caj 20 Sen Beg Plastik Mulai 1 Januari. Majlis Perbandaran Sandakan akan melancarkan semula Kempen Bebas Beg dengan jenama baharu pada 1 Januari tahun hadapan.

Selaras dengan penjenamaan semula ini, kutipan 20 sen untuk beg plastik akan dimansuhkan bermula 1 Januari 2025.

Lancar Semula Kempen Bebas Beg, Sandakan Mansuh Caj 20 Sen Beg Plastik Mulai 1 Januari
Sumber foto: Daily express. Lancar Semula Kempen Bebas Beg, Sandakan Mansuh Caj 20 Sen Beg Plastik Mulai 1 Januari

Semua premis perniagaan juga diminta untuk memaparkan notis berkaitan kempen ini di kaunter pembayaran masing-masing.

Kempen ini sejajar dengan Rangka Kerja Kelestarian Plastik 2021-2030 oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, serta kempen “Katakan Tidak kepada Beg Plastik Pakai Buang” yang baru dilancarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Tujuan adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai

Objektif utama adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kesan negatif penggunaan plastik terhadap alam sekitar. Peniaga digalakkan untuk menyediakan beg yang boleh terurai atau kompos, atau beg yang boleh diguna semula yang diperbuat daripada bahan bukan tenunan, kertas, beg tote atau beg kanvas kepada pelanggan mengikut keperluan.

Orang ramai digalakkan untuk mengamalkan membawa beg sendiri semasa membeli-belah di mana-mana premis perniagaan di Sandakan.

Baca juga artikel yang berkaitan beg plastik di Sabah:

Kota Kinabalu Lancar Kempen ‘Tiada Beg Plastik’ Bermula 1 Ogos
Tiada Lagi Penggunaan Plastik, Rakyat Sabah Dilihat Bawa Bakul Tradisional Ke Pasar Raya

SUMBER :Daily Express
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kabong Sarawak Berpotensi Jadi Destinasi Pelancongan Dengan Inisiatif Sistem Tanpa Tunai
Next Article Fungsi Tari Dukun Dalam Suku Dayak Bernyadu Di Kecamatan Bengkayang

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?