• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Langkah Pemuliharaan, Kalibambang Emas Diangkat Sebagai Kupu-Kupu Rasmi Negeri Sabah

Oleh
Farisha
24 Disember 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Pewartaan Kalimbambang Emas, usaha Sabah pulihara spesies kupu-kupu endemik

Langkah Pemuliharaan, Kalibambang Emas Diangkat Sebagai Kupu-Kupu Rasmi Negeri Sabah. Sabah kini mempunyai rama-rama rasmi. Kerajaan negeri telah mengisytiharkan rama-rama Kinabalu Birdwing atau lebih mesra dikenali sebagai “Kalibambang Emas” sebagai kupu-kupu negeri Sabah.

Menurut laporan media tempatan, langkah ini diambil untuk memperkukuh usaha pemuliharaan spesies ini dan fauna lain yang semakin terancam.

Langkah Pemuliharaan, Kalibambang Emas Diangkat Sebagai Kupu-Kupu Rasmi Negeri Sabah
Langkah Pemuliharaan, Kalibambang Emas Diangkat Sebagai Kupu-Kupu Rasmi Negeri Sabah. Sumber foto: BH

Kenapa Pilih “Kalibambang Emas”?

Nama ini diilhamkan daripada suku kaum Sungai, yang membawa maksud rama-rama besar berwarna kuning keemasan, terang dan indah – persis gambaran sebenar spesies ini.

Kinabalu Birdwing atau nama saintifiknya Troides Andromache hanya boleh ditemui di Sabah dan Sarawak, pada ketinggian antara 305 hingga 610 meter di atas paras laut. Keunikan ini menjadikan ia lambang kecantikan semula jadi negeri di bawah bayu.

Fakta Menarik Tentang “Kalibambang Emas”

  1. Saiz & Warna Unik
    • Sayap rama-rama ini berukuran antara 60mm hingga 70mm.
    • Saiz sayap betina adalah dua kali ganda lebih besar berbanding jantan.
  2. Habitat Eksklusif
    • Hanya boleh ditemui di kawasan Gunung Kinabalu, Banjaran Crocker, dan Sipitang berhampiran Merapok.
    • Ia sangat jarang dan sukar ditangkap!
  3. Status Terancam
    • Tersenarai sebagai spesies “Vulnerable” di IUCN Red List.
    • Dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 1997.

Usaha Pemuliharaan

Pada 1 September 2023, spesies ini dimasukkan ke dalam Sabah Biodiversity Enactment (Pindaan) 2023 sebagai Sumber Biologi Terlindung. Sabah Biodiversity Centre bersama agensi berkaitan sedang merangka pelbagai program pemuliharaan bagi memastikan kelangsungan spesies ini.

Langkah ini turut melibatkan kerjasama pakar-pakar seperti mendiang Dr. Stephen Sutton, seorang entomologi terkenal yang mengendalikan Kinabalu Birdwing Project di bawah Rotary Club Kota Kinabalu.

Simbol Kebanggaan Sabah

Keindahan dan keunikan Kinabalu Birdwing adalah lambang keindahan alam semula jadi Sabah. Pemilihan “Kalibambang Emas” sebagai rama-rama negeri bukan sahaja melindungi spesies ini, malah memperkukuh kesedaran tentang pentingnya menjaga biodiversiti kita.

Kini, setiap kali melihat rama-rama ini, ingatlah – ia bukan sekadar serangga, tetapi harta karun Sabah yang perlu dihargai.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai penemuan spesies baharu di Borneo:

Spesies Semut Baharu Ditemui Di Sabah, Dinamakan Sempena Pensyarah UMS
Penemuan 26 Spesies Katak Baharu Tahun Ini Di Bumi Kenyalang
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Guru Rogol Pelajar Di Bintulu Dikenakan Waran Tangkap, Gagal Hadir Mahkamah Guru Rogol Pelajar Di Bintulu Dikenakan Waran Tangkap, Gagal Hadir Mahkamah
Next Article Komponen Kerosakan Dalam Pesawat Baharu MAS A330neo Dikenal Pasti, Bakal Diganti Komponen Rosak Dalam Pesawat Baharu MAS A330neo Dikenal Pasti, Bakal Diganti

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?