• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Projek Mega Lapangan Terbang Dan Pelabuhan Baharu Di Kuching, Tingkatkan Ekonomi Jangka Panjang Sarawak

Oleh
Husna Hazmi
8 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Projek ini akan dilengkapi dengan teknologi canggih serta kemudahan bertaraf antarabangsa

Projek Mega Lapangan Terbang Dan Pelabuhan Baharu Di Kuching, Tingkatkan Ekonomi Jangka Panjang Sarawak. Dilaporkan, perancangan Sarawak untuk membina sebuah lagi lapangan terbang antarabangsa serta pelabuhan baharu di bandar ini merupakan dua projek mega negeri yang bakal merancakkan ekonominya dalam jangka masa panjang.

Menurut Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kedua-dua projek berkenaan akan dilengkapi dengan teknologi canggih serta kemudahan bertaraf antarabangsa, sekali gus menjadikan Kuching lokasi strategik bagi sektor perkapalan dan penerbangan di rantau ini.

Projek Mega Lapangan Terbang Dan Pelabuhan Baharu Di Kuching, Tingkatkan Ekonomi Jangka Panjang Sarawak
Projek Mega Lapangan Terbang Dan Pelabuhan Baharu Di Kuching, Tingkatkan Ekonomi Jangka Panjang Sarawak. Sumber foto: Malay Mail

Pemangkin bagi merancakkan lagi perkembangan ekonomi

Perkara ini akan menjadi satu pemangkin untuk merancakkan lagi perkembangan ekonomi khususnya dari sudut ketersambungan, pelancongan dan institusi yang boleh mengembangkan ekonomi kita secara menyeluruh, melangkaui 2030.

Beliau berkata kedua-dua projek mega ini adalah rancangan strategik bagi menjadikan Sarawak sebagai hab kerana negeri ini adalah di bahagian barat Borneo dan di antara (yang menyumbang kepada) trafik ekonomi perkapalan dan juga penerbangan dari barat ke timur Borneo.

Projek Mega Lapangan Terbang Dan Pelabuhan Baharu Di Kuching, Tingkatkan Ekonomi Jangka Panjang Sarawak
Sumber foto: Focus Malaysia

Lapangan Terbang Antarabangsa Doha dijadikan sebagai model

Beliau menjelaskan perkara ini ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Innocement Sdn Bhd dan PMW Industries Sdn Bhd di sini, pada Jumaat.

Tambah Abang Johari lagi, Lapangan Terbang Antarabangsa Doha, Qatar akan dijadikan sebagai model bagi pembangunan lapangan terbang itu kelak.

Kita sekarang (dalam proses) melantik pakar yang mungkin akan terbabit dalam perancangan (lapangan terbang baharu) itu. Saya fikir anggarannya untuk siap dalam tempoh tiga tahun jadi kita dalam peringkat perancangan,” katanya.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Sarawak Perkenal Bantuan Kesihatan RM500 Untuk Warga Emas Kategori B40 dan M40
Kerajaan Sabah Nafi Langgar Hak Asasi Komuniti Bajau Laut, PDRM Dakwa Ada Yang Bakar Rumah Sendiri

SUMBER :Bernama
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Perkenal Bantuan Kesihatan RM500 Untuk Warga Emas Kategori B40 dan M40 Sarawak Perkenal Bantuan Kesihatan RM500 Untuk Warga Emas Kategori B40 dan M40
Next Article Abang Jo Berhasrat Bina Lapangan Terbang Kuching Setaraf Airport Doha Abang Jo Berhasrat Bina Lapangan Terbang Kuching Setaraf Airport Doha

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?