• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dibina Canggih Dan Lebih Besar, Lapangan Terbang Kedua Di Kuching Antara Usaha Atasi Isu Harga Tiket Mahal

Oleh
Husna Hazmi
18 Mei 2024
Kongsi
4 Min Bacaan

Lapangan Terbang kedua di Kuching

Dibina Canggih Dan Lebih Besar, Lapangan Terbang Kedua Di Kuching Antara Usaha Atasi Isu Harga Tiket Mahal. Dipetik dari Berita Harian, cadangan Sarawak untuk membangunkan sebuah lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching bukan sekadar bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan industri penerbangan, sebaliknya ia adalah usaha jangka panjang mengatasi isu harga tiket mahal.

Menurut Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, manfaat dan limpahan pembinaan lapangan terbang itu juga bukan hanya untuk dinikmati rakyat Sarawak, bahkan mereka dari Semenanjung.

Dibina Canggih Dan Lebih Besar, Lapangan Terbang Kedua Di Kuching Antara Usaha Atasi Isu Harga Tiket Mahal
Dibina Canggih Dan Lebih Besar, Lapangan Terbang Kedua Di Kuching Antara Usaha Atasi Isu Harga Tiket Mahal. Gambar sekadar hiasan

Sekarang harga tiket terlalu mahal

Beliau berkata memang ada agenda untuk membangunkan lapangan terbang baharu. Bila? Berdoalah saja. Sekarang harga tiket terlalu mahal, anak-anak yang nak balik (sambut) hari Gawai, harga tiket sampai RM1,000.

Saya ada cara saya, tapi belum boleh dedahlah. Apa yang utama, anak-anak kita yang balik atau dari Semenanjung yang berada di Sarawak, mereka boleh balik ke kampung.

“Kalau ikut trend komersial sekarang, Tahun Baharu Cina pada Februari, (harga tiket) baru nak turun sekejap, datang musim raya, harga naik lagi. Hari raya baru habis, hari Gawai pula datang, naik lagi. Jadi kesian anak-anak kita, orang ramai yang mahu balik kampung,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Diskusi Belanjawan Sarawak, di sini hari ini yang turut dihadiri Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Seri Ir Dr Noor Azuan Abu Osman.

Dibina Canggih Dan Lebih Besar, Lapangan Terbang Kedua Di Kuching Antara Usaha Atasi Isu Harga Tiket Mahal
Gambar sekadar hiasan

Tidak melibatkan komitmen kewangan sepenuhnya dari kerajaan Pusat

Dalam masa yang sama Abang Johari juga menjelaskan bahawa, cadangan pembinaan lapangan terbang baharu itu tidak melibatkan komitmen kewangan sepenuhnya dari kerajaan Pusat, sebaliknya hasil inisiatif antara kerajaan negeri dan swasta.

Beliau berkata, kemudahan itu juga bukan dibina sebagai sebuah entiti komersil, sebaliknya entiti infrastruktur, di mana prasarana untuk kemudahan orang ramai yang mahu berkunjung ke Sarawak.

Dana projek infrastruktur ini beliau katakan seperti membangunkan jambatan, sekarang pihak kerajaan sedang buat kajian. Kalau mahu bergantung kepada Putrajaya (peruntukan Kerajaan Persekutuan), mungkin sukar untuk dijayakan.

Dibina Canggih Dan Lebih Besar, Lapangan Terbang Kedua Di Kuching Antara Usaha Atasi Isu Harga Tiket Mahal
Gambar sekadar hiasan

Dana akan dikongsi secara komersial

Oleh itu, beliau terpaksa cari jalan win-win situation (situasi menang-menang). Mungkin dengan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), dana akan dikongsi secara komersial, yang juga bakal dikaitkan dengan cadangan ambil alih syarikat penerbangan MASwing.

Selepas itu, yang dapat manfaat adalah masyarakat dari sudut perkhidmatan dan keterhubungan. Dari sudut gambaran lebih jelas, kita lihat Dubai, bagaimana boleh membangun. Salah satunya adalah syarikat penerbangannya.

“Syarikat penerbangan mereka lebih murah berbanding penerbangan setarafnya yang lain. Jadi mereka dapat tarik orang datang Dubai,” ujar beliau.

Dalam laporan lain pula, beliau ada memberi bayangan lapangan terbang antarabangsa baharu yang mahu dibina oleh Kerajaan Sarawak ini dikatakan akan lebih canggih serta berkapasiti lebih besar.

Lapangan terbang itu juga akan mengikut konsep yang ditentukan oleh Sarawak termasuk memmpunyai operasi sistem skrin untuk memudahkan urusan keluar masuk.

Lagi berita mengenai lapangan terbang baharu di Kuching di sini:

Sarawak Bakal Bina KIA Baharu, KIA Lama Mungkin Akan Dijadikan Penerbangan Persendirian
Sarawak Rancang Bakal Buka Lapangan Terbang Antarabangsa Baharu Di Kuching

SUMBER :Berita Harian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penoreh Getah Dari Sabah Terima Durian Runtuh, Menang Cabutan Bertuah RM 1 Juta Penoreh Getah Dari Sabah Terima Durian Runtuh, Menang Cabutan Bertuah RM 1 Juta
Next Article Kanak-Kanak Jadikan Jalan Raya ‘Taman Permainan’, Polis Kota Kinabalu Bakal Buat Rondaan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?