• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lapangan Terbang Mukah Siap Sepenuhnya, Penerbangan Komersial Pertama Akan Dimulakan Esok

Oleh
Ismail NA
16 Jun 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Penerbangan komersial pertama di Lapangan Terbang baharu ini adalah pada jam 8 pagi esok!

Lapangan Terbang Mukah Siap Sepenuhnya, Penerbangan Komersial Pertama Akan Dimulakan Esok. Dilaporkan bahawa Lapangan Terbang Mukah yang dijangka siap pada tahun ini akan beroperasi mulai esok. Perkara ini disambut baik oleh penduduk di Bahagian Mukah kerana Lapangan Terbang Baharu ini merupakan sesuatu yang amat dinanti-nantikan pada tahun ini.

Dijangka akan mula menerima penerbangan komersial pertama

Lapangan terbang Mukah yang baharru ini memakan kos sebanyak RM360 juta itu dijangka akan mula menerima penerbangan komersial pertamanya pada jam 8 pagi, esok hari bersamaan dengan Khamis 17 Jun 2021.

Sebagai permulaan, penerbangan komersial pertama itu akan dikendalikan oleh syarikat penerbangan Malaysia Airlines MH 3553 yang berlepas dari Lapangan Terbang Miri pada jam 8 pagi dan akan mendarat di Lapangan Terbang Mukah pada pukul 9.10 minit pagi.

Kemudian, penerbangan kedua pula akan berlepas dari Mukah pada jam 9.30 pagi menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang mendarat pada pukul 10.15 pagi.

Lapangan Terbang Mukah Siap Sepenuhnya, Penerbangan Komersial Pertama Akan Dimulakan Esok

Dapat mendaratkan pesawat jenis ATR

Lapangan Terbang baharu ini juga akan dapat mendaratkan pesawat jenis ATR (pesawat turboprop enjin berkembar, jarak pendek) berbanding hanya Twin Otter sebelum ini.

Untuk pengetahuan semua, lapangan terbang baharu di Mukah ini akan mempunyai landasan sepanjang 1,500 meter dan lebar 30 meter, bangunan terminal dengan keluasan sekitar 3,500 meter persegi, dilengkapi pula dengan Stesen Bomba dan Penyelamat kategori 5 di lapangan terbang, menara kawalan Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Kuarters (Kelas D, E & F) dan Stesen Meteorologi

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Coca-Cola Mengalami Kerugian Besar Akibat Tindakan Cristiano Ronaldo Coca-Cola Mengalami Kerugian Besar Akibat Tindakan Cristiano Ronaldo
Next Article Sasaran Vaksinasi 80 Peratus, Pasukan Vaksinasi Bergerak Di Sarawak Guna Helikopter Sasaran Vaksinasi 80 Peratus, Pasukan Vaksinasi Bergerak Di Sarawak Guna Helikopter

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?