• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Latih Diri Di Usia Muda, PM Anwar Mahu Murid Sekolah Belajar Bersihkan Tandas

Oleh
Husna Hazmi
3 Jun 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

PM Anwar mahu murid dididik bersihkan kemudahan tandas sekolah.

Latih Diri Di Usia Muda, PM Anwar Mahu Murid Sekolah Belajar Bersihkan Tandas. Kebersihan tandas adalah amat penting kerana tandas merupakan keperluan asas manusia yang kerap digunakan. Sebagai individu yang bertanggungjawab, kita seharusnya memastikan tandas yang kita gunakan dalam keadaan yang bersih dan juga selesa.

Dipetik daripada Astro Awani, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat teguran bahawa kebanyakan tandas di sekolah di negara ini tidak terjaga dan dibaik pulih sebaiknya.

Latih Diri Di Usia Muda, PM Anwar Mahu Murid Sekolah Belajar Bersihkan Tandas
Latih Diri Di Usia Muda, PM Anwar Mahu Murid Sekolah Belajar Bersihkan Tandas . Kredit foto: Astro Awani

Hasil pemeriksaan tandas sekolah

Anwar berkata, beliau telah mengarahkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memeriksa tandas-tandas berkenaan bagi memastikan setiap murid bertanggungjawab terhadap kebersihan dan mendapat kemudahan yang selesa.

Bila saya suruh Fadhlina (Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek) periksa tandas di sekolah-sekolah, banyak yang rosak, berpuluh tahun tiada siapa peduli.

“Bagaimana kita nak hantar anak ke sekolah kalau tandas rosak. Anak kita manusia, bukan dewa yang tak perlu ke tandas,” katanya ketika berucap pada Majlis Peramian D’Anjung Selera Madani di Bandar Tun Razak pada hari ini.

Latih Diri Di Usia Muda, PM Anwar Mahu Murid Sekolah Belajar Bersihkan Tandas

Jangan ambil mjudah isu kebersihan dan keselesaan tandas

Dalam masa yang sama, PM Anwar telah memberi peringatan agar murid-murid sekolah tidak mengambil mudah isu kebersihan serta keselesaan tandas. Oleh itu, beliau menyarankan agar anak-anak dididik untuk mencuci kemudahan tersebut.

Dahulu sewaktu saya Menteri Pendidikan, saya arahkan semua sekolah buat giliran bersihkan tandas.

“Ada ibu bapa profesional, golongan atasan hantar telegram kepada saya (membantah); menteri, saya hantar anak saya belajar di sekolah bukan untuk mencuci tandas.

“Saya kata arahan tersebut bertujuan untuk mendidik murid-murid tentang kebersihan serta menghormati orang lain termasuk pencuci tandas,” jelas beliau.

Lagi cerita menarik untuk anda di sini:

https://www.iloveborneo.my/bintang-muda-dalam-sukan-muay-thai-ini-biodata-anak-sarawak-johan-ghazali/
Dianggap ‘Tradisi Karut’, Komen Individu Terhadap Pakaian Borneo Ini Buat Netizeng Bengang
SUMBER :Astro Awani
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Boleh Akibatkan Maut, Ini 5 Ilmu 'Mistik' Yang Pernah Diamalkan Masyarakat Dayak Boleh Akibatkan Maut, Ini 5 Ilmu ‘Mistik’ Yang Pernah Diamalkan Masyarakat Dayak
Next Article Gara-Gara Lupa Bayar Bawang, Individu Kongsi Dicas 10 Kali Ganda Oleh Pasar Raya Di Samarahan Gara-Gara Lupa Bayar Bawang, Individu Kongsi Dicas 10 Kali Ganda Oleh Pasar Raya Di Samarahan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?