• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gara-Gara Lupa Bayar Bawang, Individu Kongsi Dicas 10 Kali Ganda Oleh Pasar Raya Di Samarahan

Oleh
Aina Musa
3 Jun 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Gara-Gara Lupa Bayar Bawang, Individu Kongsi Dicas 10 Kali Ganda Oleh Pasar Raya Di Samarahan

Terpaksa bayar bawang 3 kilo untuk RM 136.20

Gara-Gara Lupa Bayar Bawang, Individu Kongsi Dicas 10 Kali Ganda Oleh Pasar Raya Di Samarahan. Pernah tak anda mengalami situasi di mana anda terlupa untuk membuat bayaran ke atas barangan pembelian anda? Mesti gelabah bukan?

Lagi-lagi ‘terkantoi’ dengan sekuriti yang menyangka anda ingin mencuri barangan tersebut padahal anda tidak berniat pun untuk melakukan kerja terkutuk itu.

Gara-Gara Lupa Bayar Bawang, Individu Kongsi Dicas 10 Kali Ganda Oleh Pasar Raya Di Samarahan. Kredit: Facebook

Itulah yang dialami oleh seorang individu menerusi perkongsiannya di Facebook. Menurutnya, beliau ke pasar raya itu untuk membeli bawang.

Selepas memilih dan menimbang bawang itu beliau terus melulu keluar dari pasar raya tersebut yang dikatakan terletak di Kota Samarahan.

‘Kecuainnya’ itu disedari oleh pihak sekuriti yang menjaga di sekitar itu.

Beliau terus disapa oleh sekuriti dan dibawa ke pondok pengawal. Menurutnya, beliau diarah oleh sekuriti untuk membayar 10 kali ganda harga bawang tersebut berbanding harga asal atau ke balai polis untuk tindakan lanjut.

Beliau akur dan atas rasa tanggungjawab beliau terus membuat pembayaran itu.

Atas desakan itu, beliau terpaksa membayar RM 136.20 untuk 3 kilo bawang besar dan beliau hanya dibenarkan membuat pembayaran secara tunai.

Pembayaran juga tidak dibenarkan dilakukan di kaunter sebaliknya di pondok pengawal.

Beliau bertambah pelik apabila resit yang diberi juga hanya resit biasa dan bukannya resit rasmi yang biasa diberikan kepada pelanggan.

Setelah disoal, jawapan pihak sekuriti hanyalah mereka hanya mengikut prosedur dari pihak pengurusan pasar raya tersebut.

Baca lagi artikel menarik:

Chef Wan Komen Masakan Di Tawau ‘Sepesen’, Gula Dan MSG Berlebihan Cetus Pelbagai Reaksi Netizen
Terkejut Nasi Putih RM8, Individu Geram Kedai Makan Cas Pelanggan Harga ‘Cekik Darah’
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Latih Diri Di Usia Muda, PM Anwar Mahu Murid Sekolah Belajar Bersihkan Tandas
Next Article Siap Bawa Samurai, Kedai Di Batu 11 Dedah CCTV Rakam Sekumpulan Individu Rembat Barangan Kedai Siap Bawa Samurai, Kedai Di Batu 11 Dedah CCTV Rakam Sekumpulan Individu Rembat Barangan Kedai

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?