• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lebih 1.1KG Ganja Dirampas, 3 Suspek Ditahan Dalam Kes Pengedaran Dadah Di Miri

Oleh
Farisha
7 Oktober 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Wanita antara tiga yang ditahan dalam kes pengedaran dadah Miri, lebih 1.1kg ganja dirampas

Lebih 1.1KG Ganja Dirampas, 3 Suspek Ditahan Dalam Kes Pengedaran Dadah Di Miri. Tiga individu tempatan, termasuk seorang wanita, ditahan oleh pihak polis pada hari Sabtu (5 Oktober) disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu, memaklumkan bahawa penahanan tersebut dibuat oleh pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri dalam satu serbuan pada jam 3.20 petang di sebuah rumah di Miri.

Lebih 1.1KG Ganja Dirampas, 3 Suspek Ditahan Dalam Kes Pengedaran Dadah Di Miri
Sumber: Dayak Daily. Lebih 1.1KG Ganja Dirampas, 3 Suspek Ditahan Dalam Kes Pengedaran Dadah Di Miri

Kotak berlabel ‘fragile’ ditemui

Semasa operasi dijalankan, pihak pegawai menemui dan merampas sebuah kotak berlabel ‘fragile’ yang mengandungi 1,100 gram bahan disyaki ganja. Selain itu, satu bekas tin merah yang mengandungi 0.4 gram lagi ganja turut dirampas. Nilai anggaran dadah tersebut adalah RM3,440.

Ketiga-tiga suspek akan dibawa ke Mahkamah Miri untuk permohonan reman. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika disabit bersalah di bawah Seksyen 39B, suspek boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sekurang-kurangnya 12 sebatan.

Polis turut menyeru orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan berkaitan dadah supaya membuat laporan di balai polis terdekat, sambil menegaskan kepentingan kerjasama masyarakat dalam membanteras ancaman dadah.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Bukan Sekadar Lolipop, Penjualan Dadah Secara Terbuka Di TikTok Mengejutkan Netizen
Polis Sarawak Berjaya Lakukan Rampasan Dadah Terbesar Tahun Ini Bernilai RM 3 Juta
SUMBER :Dayak Daily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Laksana Projek Teater, SK Kapitangan Sabah Terpilih Dalam Program Global British Council
Next Article Takut Dimarahi Isteri, Lelaki Samarahan Ini Ditahan Gara-Gara Buat Laporan Palsu Takut Dimarahi Isteri, Lelaki Samarahan Ini Ditahan Gara-Gara Buat Laporan Palsu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?