• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Laksana Projek Teater, SK Kapitangan Sabah Terpilih Dalam Program Global British Council

Oleh
Farisha
6 Oktober 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Projek ‘Voices Across Worlds’ merapatkan jurang budaya antara Malaysia, Palestin, Greece, dan Cameroon

Laksana Projek Teater, SK Kapitangan Sabah Terpilih Dalam Program Global British Council. Sekolah Rendah (SK) Kapitangan, yang terletak di pulau Banggi, Sabah, telah dipilih untuk menyertai salah satu program global Bahasa Inggeris British Council, Voices Across Worlds: Bridging Cultures Through Performing Personal Narratives, bersama-sama dengan empat sekolah lain dari Palestin, Greece, dan Cameroon.

Sekolah-sekolah ini dipilih berdasarkan permohonan untuk Language for Resilience Grants di mana keputusan diumumkan pada April 2024. Projek ini, yang berlangsung selama kira-kira enam bulan, memerlukan sekolah-sekolah yang terlibat untuk mempersembahkan teater melalui aplikasi Zoom sebagai usaha meraikan kepelbagaian budaya sambil meningkatkan kreativiti artistik dan kemahiran bahasa Inggeris murid-murid yang terlibat.

Laksana Projek Teater, SK Kapitangan Sabah Terpilih Dalam Program Global British Council
Laksana Projek Teater, SK Kapitangan Sabah Terpilih Dalam Program Global British Council

Dayang Kasimah Jail, seorang guru Bahasa Inggeris yang bertanggungjawab terhadap program di sekolah itu, menyatakan bahawa terdapat 15 murid berumur 10 hingga 12 tahun berbangsa Dusun Bonggi dan Ubian yang terlibat dengan projek ini. Sekolah mereka telah bekerjasama dengan sebuah sekolah di Hebron, Palestin unutk melaksanakan teater jarak jauh yang mementaskan tiga cerita: The Mother’s Gift, An Unforgettable Rescue and Lost in Jerusalem.

Sekolah tersebut telah membelanjakan geran yang diberikan oleh British Council untuk membeli peralatan yang diperlukan untuk melaksanakan teater jarak jauh seperti skrin hijau, mikrofon tanpa wayar, pembesar suara, projektor dan penguat suara, dan sekolah telah memperuntukkan sebuah bilik untuk menyimpan dan menggunakan peralatan ini.

Murid-murid dan guru-guru boleh menggunakan bilik tersebut untuk pelbagai tujuan khususnya bagi projek multimedia. Persembahan teater jarak jauh yang dilakukan oleh murid-murid ini telah dirakam, dan rakaman ini akan ditayangkan di beberapa teater di London. Guru besar sekolah tersebut, Sinyu @ Abdul Rahman bin Hj Tammayo, mengucapkan tahniah kepada pasukan yang terdiri daripada murid-murid dan guru-guru atas kejayaan ini.

Beliau juga menyatakan kegembiraan dan rasa bangganya terhadap pencapaian yang telah dicapai oleh murid-murid ini kerana kejayaan tersebut membuktikan bahawa murid-murid di pulau ini sama berkebolehan seperti rakan-rakan mereka di kawasan bandar jika mereka diberikan sokongan, kepercayaan, dan platform untuk meneroka bakat mereka dan mengasah kemahiran mereka.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Dua Wanita Sabah Berjaya Raih Biasiswa STEM, Bakal Lanjutkan Pengajian Ke UK
Guru Sabah Finalis Anugerah Inovasi Bahasa Inggeris Antarabangsa

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dalang Curi Kabel Tumpas, Polis Berjaya Selesai 15 Kes Curi Kabel Bernilai RM45K Di Sibu
Next Article Lebih 1.1KG Ganja Dirampas, 3 Suspek Ditahan Dalam Kes Pengedaran Dadah Di Miri

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?