• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Lebih 2 Tahun Tak Jumpa Isteri, Lelaki Ini Nekad Dayung Bot Getah Dari Thailand Ke India

Oleh
Ismail NA
25 Mac 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Ini barulah boleh dikatakan ‘demi cinta, lautan pun sanggup ku redah,”

Lebih 2 Tahun Tak Jumpa Isteri, Lelaki Ini Nekad Dayung Bot Getah Dari Thailand Ke India. Selama ini mungkin kita mengganggap bahawa frasa ‘demi cinta, lautan dalam pun sanggup ku redah’ adalah sebuah ayat hiperbola atau melebih-lebih. Mana mungkin ada yang sanggup melakukan perkara gila seperti itu kan? Apatah lagi dengan cara yang sangat tidak masuk akal seperti mendayung sampan di lautan dalam dengan jarak beribu-ribu kilometer.

Isi Isi Penting
  • Ini barulah boleh dikatakan ‘demi cinta, lautan pun sanggup ku redah,”
  • Penerbangan ke Mumbai dihalang kerana ketiadaan visa
  • Pelayaran ke India berkemungkinan ambil masa 625 hari!
  • Kalau dari Borneo nak Semenanjung Malaysia dulu, boleh naik feri ni tapi sekarang dah tak ada:

Namun, lelaki ini membuktikan cinta sejatinya dalam cara ‘gila’ ini. Media tempatan Thailand melaporkan bahawa lelaki yang berasal dari Ho Chi Minh, Vietnam itu nekad untuk bertemu dengan isterinya yang bekerja di Mumbai, India dengan mendayung bot getah.

Difahamkan, beliau sudah 2 tahun tidak bertemu dengan isterinya akibat pandemik COVID-19.

Lebih 2 Tahun Tak Jumpa Isteri, Lelaki Ini Nekad Dayung Bot Getah Dari Thailand Ke India
Lebih 2 Tahun Tak Jumpa Isteri, Lelaki Ini Nekad Dayung Bot Getah Dari Thailand Ke India. Sumber foto: FB Third Naval Area Command of the Royal Thai Navy

Penerbangan ke Mumbai dihalang kerana ketiadaan visa

Lelaki bernama Ho Huang Hung itu pada asalnya ingin menaiki pesawat untuk ke Mumbai, India. Beliau bertolak dari Saigon ke Bangkok pada 2 Mac yang lalu menggunakan pesawat dan seterusnya merancang untuk terbang ke Mumbai.

Namun demikian, perjalanannya ke Mumbai dihalang kerana beliau memerlukan visa.

Nekad untuk bertemu dengan cinta hatinya, Ho yang berusia 37 tahun itu mencari alternatif lain dengan menggunakan bas ke Phuket dan membeli sebuah bot getah sepanjang 2.5 meter. Beliau turut membawa sebuah bagasi, satu tangki air dan sedozen mi segera dan mula belayar pada 5 Mac.

Lebih 2 Tahun Tak Jumpa Isteri, Lelaki Ini Nekad Dayung Bot Getah Dari Thailand Ke India
Sumber foto: FB Third Naval Area Command of the Royal Thai Navy

Lovesick Vietnamese man tries to row from Thailand to India to see wife https://bit.ly/3Lct6Hv ##love

Posted by Gulf Today on Thursday, March 24, 2022

Pelayaran ke India berkemungkinan ambil masa 625 hari!

Sekiranya Ho ingin ke India dari Phuket, beliau perlu melalui Laut Andaman dan melalui Teluk Bengal dengan jarak sejauh 2,000 kilometer. Pelayaran ini dijangka mengambil masa selama 625 hari untuk sampai ke Pantai India.

Lebih 2 Tahun Tak Jumpa Isteri, Lelaki Ini Nekad Dayung Bot Getah Dari Thailand Ke India
Sumber foto: FB Third Naval Area Command of the Royal Thai Navy

Walau bagaimanapun, lelaki berkenaan sudah pun belayar di lautan selama 18 hari sebelum diselamatkan oleh Pegawai Pemerintah Kawasan Tentera Laut Ketiga Tentera Laut Diraja Thai dan pegawai Taman Negara Kepulauan Similan. Pada ketika beliau diselamatkan, beliau sudah pun berada pada jarak 80 kilometer dari pantai Phuket. Keberadaan Ho dimaklumkan oleh nelayan tempatan yang terserempak dengan bot getah di tengah lautan dalam itu kepada pihak berkuasa.

Lebih 2 Tahun Tak Jumpa Isteri, Lelaki Ini Nekad Dayung Bot Getah Dari Thailand Ke India
Lokasi Ho semasa diselamatkan oleh pasukan tentera marin Thailand. Sumber foto: FB Third Naval Area Command of the Royal Thai Navy

Menerusi siaran foto di laman Facebook Pegawai Pemerintah Kawasan Tentera Laut Ketiga Tentera Laut Diraja Thai, kapsyen nya berbunyi seperti ini berikut;

“Seluas mana pun lautan, tidak dapat menghalang cinta sejati lelaki ini,”
Facebook Pegawai Pemerintah Kawasan Tentera Laut Ketiga Tentera Laut Diraja Thai

Sumber foto: FB Third Naval Area Command of the Royal Thai Navy
Sumber foto: FB Third Naval Area Command of the Royal Thai Navy

Cinta mati betul ni. Kalau anda, sanggup ke tidak buat macam ni?

Kalau dari Borneo nak Semenanjung Malaysia dulu, boleh naik feri ni tapi sekarang dah tak ada:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Adakah Anda Penggemar Anime? Jom Ke ANICON 2022 Yang Sedang Berlangsung Di Vivacity Megamall! Adakah Anda Penggemar Anime? Jom Ke ANICON 2022 Yang Sedang Berlangsung Di Vivacity Megamall!
Next Article Tidak Perlu Guna Tiket Dah! Vivacity Turut Guna Sistem Pengesanan Nombor Plat Kenderaan Mulai 1 Mei Tidak Perlu Guna Tiket Dah! Vivacity Turut Guna Sistem Pengesanan Nombor Plat Kenderaan Mulai 1 Mei

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?