• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lebih Ringkas Dan Cun, Lelaki Ini Reka Semula ‘User Interface’ Aplikasi Gerak Malaysia

Oleh
Ismail NA
20 Mei 2020
Kongsi
5 Min Bacaan

Rekaan Baru Ini Disiapkan Dalam Masa Sekitar 2 Jam Sahaja.

Lebih Ringkas Dan Cun, Lelaki Ini Reka Semula ‘User Interface’ Aplikasi Gerak Malaysia. Pernahkah anda cuba memuat turun sesebuah aplikasi telefon bimbit hanya kerana ‘user interface’ yang cantik? Kekuatan utama bagi sesebuah aplikasi bukan sahaja bergantung kepada fungsinya tetapi juga ‘user interface’ atau UI yang menarik dan selesa untuk pengguna.

Isi Isi Penting
  • Di laman Twitter, seorang pengguna yang bernama Omar Mokhtar telah memuat naik bebenang ciapan di mana beliau telah mereka semula ‘user interface’ sebuah aplikasi penting di kala musim PKPB ini iaitu Gerak Malaysia. Sehingga artikel ini ditulis, bebenang ciapan ini telah mendapat sebanyak 234 ulang kicau dan 420 tanda suka.
  • Perbezaan Aplikasi Gerak Malaysia : SEBELUM
  • Perbezaan Aplikasi Gerak Malaysia : SELEPAS
  • Tambahnya lagi, logo-logo serta maklumat bertulis yang panjang lebih diutamakan berbanding butang tersebut.
  • SEBELUM :
  • SELEPAS :
  • Bagi mereka yang masih tertanya-tanya tentang aplikasi mana yang patut anda muat turun semasa musim PKP/PKPB ini, klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut :
  • Selain daripada aplikasi Gerak Malaysia yang digunakan di seluruh negara, kerajaan Sarawak juga membina sebuah aplikasi pengesanan kontak rapat di Sarawak :
  • Ini pula senarai e-wallet yang boleh anda gunakan di Sarawak. Baca artikel di sini :

Bagi anda yang tidak begitu memahami istilah UI, ia disebut sebagai antara muka pengguna yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan peranti elektronik seperti smartphone dan komputer. UI semestinya mempunyai ikon atau imej visual sebagai penunjuk atau panduan kepada pengguna.

Di laman Twitter, seorang pengguna yang bernama Omar Mokhtar telah memuat naik bebenang ciapan di mana beliau telah mereka semula ‘user interface’ sebuah aplikasi penting di kala musim PKPB ini iaitu Gerak Malaysia. Sehingga artikel ini ditulis, bebenang ciapan ini telah mendapat sebanyak 234 ulang kicau dan 420 tanda suka.

Aplikasi Gerak Malaysia ini merupakan sebuah aplikasi kerajaan Malaysia yang membolehkan rakyat mengisi maklumat mereka sekiranya mereka mahu melakukan sebarang perjalanan semasa musim PKP dan PKPB.

Lebih Ringkas Dan Cun, Lelaki Ini Reka Semula 'User Interface' Aplikasi Gerak Malaysia
Kredit : Twitter @omarque

Perbezaan Aplikasi Gerak Malaysia : SEBELUM

Kredit : Twitter @omarque

Perbezaan Aplikasi Gerak Malaysia : SELEPAS

Lebih Ringkas Dan Cun, Lelaki Ini Reka Semula 'User Interface' Aplikasi Gerak Malaysia
Lebih Ringkas Dan Cun, Lelaki Ini Reka Semula ‘User Interface’ Aplikasi Gerak Malaysia
Kredit : Twitter @omarque
Lebih Ringkas Dan Cun, Lelaki Ini Reka Semula 'User Interface' Aplikasi Gerak Malaysia
Kredit : Twitter @omarque

Bukan tu je, cuba tengok homepage ni. For some reason dia sesaja nak main hide and seek pulak..

Sejam aku install baru aku perasan rupanya ada lagi text kat bawah tu lol 😆 pic.twitter.com/q4lMLhQhtP

— Omar Mokhtar (@omarqe) May 19, 2020

Susun Atur Aplikasi Tidak Begitu Efisien, Kelirukan Pengguna

Menurut beliau, susun atur sedia ada aplikasi ini tidak begitu jelas dan agak mengelirukan para pengguna. Bukan itu sahaja, maklumat laman utama juga tidak terpapar dengan efisien dan memerlukan pengguna untuk sentiasa ‘scroll’ skrin.

Di bahagian ‘registration form’ pula, pengguna perlu ‘scroll’ ke bawah untuk menekan butang ‘Teruskan’. Sebuah aplikasi yang selesa dan mesra pengguna seharusnya memaparkan butang ‘Hantar’ atau ‘Teruskan’ secara terus tanpa perlu rutin ‘scroll’ ke atas atau ke bawah.

Tambahnya lagi, logo-logo serta maklumat bertulis yang panjang lebih diutamakan berbanding butang tersebut.

Lelaki ini sememangnya memberikan contoh terbaik bagaimana sesebuah UI ringkas di dalam aplikasi membantu memudahkan pengguna. Tidak perlu basa-basi, isi dengan lengkap dan terus hantar.

Kredit : Twitter @omarque

SEBELUM :

Kredit : Twitter @omarque

SELEPAS :

Lebih Ringkas Dan Cun, Lelaki Ini Reka Semula 'User Interface' Aplikasi Gerak Malaysia
Kredit : Twitter @omarque

Jelas Omar ketika dihubungi, beliau mengambil masa sekitar 2 jam sahaja untuk menghasilkan reka bentuk UI baru untuk aplikasi Gerak Malaysia ini.

“Nice UI/UX Design” – Netizen

Sementara itu, tinjauan di bahagian balas ciapan tersebut juga mendapati bahawa kebanyakan netizen bersetuju dengan reka bentuk baharu UI tersebut. Tak kurang juga yang mencadangkan untuk menggabungkan aplikasi kerajaan seperti MySejahtera, MyTrace dan Gerak Malaysia digabungkan menjadi satu aplikasi.

Malah, ada yang menanda akaun Twitter rasmi Menteri Inovasi, Sains dan Teknologi, YB Khairy Jamaluddin serta Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Kredit : Twitter @omarque
Kredit : Twitter @omarque

Walau pun sampel reka bentuk baharu ini tidak begitu lengkap dan terperinci, namun Omar sempat memberitahu bahawa tujuan utama ‘redesign’ tersebut adalah untuk menunjukkan beberapa penambahbaikan yang boleh dibuat pada aplikasi berkenaan.

Jurutera perisian ini turut berharap agar reka bentuk UI baharu ini boleh dijadikan sebagai inspirasi kepada kumpulan pembina untuk menjadikan aplikasi ini lebih efisien.

Bagi mereka yang masih tertanya-tanya tentang aplikasi mana yang patut anda muat turun semasa musim PKP/PKPB ini, klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut :

Selain daripada aplikasi Gerak Malaysia yang digunakan di seluruh negara, kerajaan Sarawak juga membina sebuah aplikasi pengesanan kontak rapat di Sarawak :

Ini pula senarai e-wallet yang boleh anda gunakan di Sarawak. Baca artikel di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 2 Minggu Tanpa Kes Baharu, Kota Samarahan Kini Kawasan Hijau
Next Article Rakyat Sarawak Yang Pulang Tidak Perlu Bayar Kos Kuarantin Hotel

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?