• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Bahagian Miri-Seksyen Pujut Akan Mula Dibuka Minggu Hadapan

Oleh
ILB - AI
30 Julai 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Perasmian pembukaan pada 7 Ogos 2022.

Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Bahagian Miri-Seksyen Pujut Akan Mula Dibuka Minggu Hadapan. Pada 7 Ogos 2022 di perkarangan Permy Mall Miri akan diadakan majlis perasmian pembukaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak bahagian Miri-Seksyen Pujut WPC11.

Lebuhraya sepanjang 14.563 kilometer ini merangkumi dari persimpangan Lapangan Terbang Miri hingga ke Jalan Pujut Link dimana tujuan pembinaannya adalah untuk menambah baik perhubungan dan keselamatan sekaligus jarak perjalanan antara Lapangan Terbang Miri dan Kuala Baram dapat dipendekkan.

Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Bahagian Miri-Seksyen Pujut Akan Mula Dibuka Minggu Hadapan
Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Bahagian Miri-Seksyen Pujut Akan Mula Dibuka Minggu Hadapan. Sumber gambar: FB Borneo Network

Dirasmikan oleh Perdana Menteri danPremier Sarawak.

Menurut Residen Bahagian Miri iaitu Abdul Aziz Mohd Yusuf, majlis pada hari Ahad itu nanti akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob yang merupakan Perdana Menteri Malaysia dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.

Hal ini diumumkan oleh beliau dalam Mesyuarat Jawatankuasa Persediaan Majlis Perasmian Pembukaan Lebuhraya Pan Borneo Bahagian Miri ini. Mesyuarat ini juga diadakan adalah bertujuan untuk pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) memberi taklimat berkaitan dengan dengan agihan tugasan kepada agensi yang terlibat.

Taklimat serta perbincangan ini telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Projek Unit lebuhraya Pan Borneo, JKR Sarawak Siti Rafizah Mohd Kassim.

Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Bahagian Miri-Seksyen Pujut Akan Mula Dibuka Minggu Hadapan
Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Bahagian Miri-Seksyen Pujut Akan Mula Dibuka Minggu Hadapan. Sumber gambar: UKAS

Banyak pihak dan agensi yang terlibat.

Bahkan, dalam mesyuarat ini banyak pihak yang turut melibatkan diri seperti Pemangku Pegawai Daerah Miri Siti Rohanie Yusuf, wakil-wakil jabatan dan agensi seperti JKR Sarawak-Pan Borneo Highway Unit (UPBH), Pejabat Premier Sarawak, Majlis Bandaraya Miri dan Jabatan Kerja Raya Miri.

Bukan itu sahaja, Pejabat Tanah dan Survey Bahagian Miri, Jabatan Pertanian Miri, Jabatan Agama Islam Miri, Polis Diraja malaysia (PDRM) Miri, Pejabat Kesihatan Bahagian Miri, Pejabat Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Daerah Miri, Sarawak Energy Bhd Wilayah Miri dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) turut menghadiri mesyuarat kali ini.

Diharap dengan adanya perasmian ini maka kemajuan di Sarawak akan bertambah rancak.

Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Bahagian Miri-Seksyen Pujut Akan Mula Dibuka Minggu Hadapan
Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Bahagian Miri-Seksyen Pujut Akan Mula Dibuka Minggu Hadapan. Sumber gambar: FB Borneo Network

Berikut adalah beberapa artikel tentang isu yang berkaitan di jalanraya yang berlaku di Sarawak khususnya:

SUMBER :Borneo NetworkUKAS
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rela Berkaki Ayam, ‘Coach’ Malaysia Pinjamkan Kasut Kepada Atlet Jamaica
Next Article ‘Itu bukan Sabah, Itu Loghat Bugis’ Netizen Terhibur Lihat Aeril Zafrel Cakap Sabah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?