• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Rela Berkaki Ayam, ‘Coach’ Malaysia Pinjamkan Kasut Kepada Atlet Jamaica

Oleh
Aina Musa
30 Julai 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Detik-detik gemilang Malaysia di mata dunia.

Rela Berkaki Ayam, ‘Coach’ Malaysia Pinjamkan Kasut Kepada Atlet Jamaica. Sejak pagi tadi, tular di media sosial sebuah video mengenai jurulatih badminton perseorangan lelaki negara, Hendrawan mempamerkan semangat kesukanan tinggi apabila memberikan kasutnya kepada pemain Jamaica, Samuel Ricketts ketika saingan Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Menerusi satu perkongsian rakaman video semasa perlawanan badminton perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong menentang pemain dari Jamaica di Sukan Komanwel Birmingham 2022, terlihat satu momen yang menyentuh hati penonton.

Rela Berkaki Ayam, 'Coach' Malaysia Pinjamkan Kasut Kepada Atlet Jamaica
Rela Berkaki Ayam, ‘Coach’ Malaysia Pinjamkan Kasut Kepada Atlet Jamaica. Tangkapan layar Tiktok @wantqt23

Kasut atlet Jamaica koyak

Menerusi video tersebut, kasut yang digunakan oleh Samuel terkoyak dan disebabkan tidak membawa sebarang kasut ganti, pihaknya terpaksa menggunting lebihan tapak kasut yang terkoyak itu sehingga perlawanan yang berlangsung di National Exhibition Centre itu dihentikan seketika.

Namun, coach Hendra yang memang berada di bahagian pemain Malaysia meluru ke arah pemain Jamaica tersebut bagi menghulurkan bantuan dengan membuka kasut yang dipakai dan memberikannya.

Tonton video di bawah:

@wanyqt23 Cuteee jaaa yong datang tanya Ricketts🥹 the sportsmanship🤝 the story of kasut terkoyak tapak with happy ending🥰 #commonwealthgames2022 #ngtzeyong #badmintonmalaysia #coachhendrawan ♬ Gemilang – Ella

Tindakan Coach Malaysia layak diberi pujian!

Momen haru berkenaan juga berjaya disorot kamera apabila terlihat jurulatih pertengahan usia itu hanya berkaki ayam di atas gelanggang sambil melihat perlawanan anak buahnya.

Perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @wanyqt23 itu telah meraih pelbagai maklum balas daripada warganet.

Rela Berkaki Ayam, 'Coach' Malaysia Pinjamkan Kasut Kepada Atlet Jamaica
Rela Berkaki Ayam, ‘Coach’ Malaysia Pinjamkan Kasut Kepada Atlet Jamaica. Kredit Foto: Tiktok Wanyqt23
Rela Berkaki Ayam, 'Coach' Malaysia Pinjamkan Kasut Kepada Atlet Jamaica
Kredit Foto: Tiktok Wanyqt23
Rela Berkaki Ayam, 'Coach' Malaysia Pinjamkan Kasut Kepada Atlet Jamaica
Kredit Foto: Tiktok Wanyqt23

Rata-rata memuji tindakan pantas coach Hendrawan yang menunjukan semangat kesukanan yang tinggi dengan pihak lawan.

Perkara itu pastinya membuatkan ramai bangga kerana bantuan yang dihulurkan memberi pengaruh yang bagus untuk kedua-dua pemain ketika perlawanan yang sedang berlangsung.

Baca lagi artikel berkaitan gelagat penyokong sukan:

SUMBER :Tiktok wanyqt23
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hungry Ghost Festivals, Ketahui Kepercayaan Dan Pantang Larang Bagi Masyarakat Cina Hungry Ghost Festivals, Ketahui Kepercayaan Dan Pantang Larang Bagi Masyarakat Cina
Next Article Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Bahagian Miri-Seksyen Pujut Akan Mula Dibuka Minggu Hadapan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?