• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Lee Zii Jia Berjaya Curi Perhatian Peminat K-pop Sehingga Gelar Diri Mereka Shattleheart

Oleh
Nazihah AN
30 Julai 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Walaupun gagal melangkah ke suku akhir, beliau masih menang menambat hati para peminat

Lee Zii Jia Berjaya Curi Perhatian Peminat K-pop Sehingga Gelar Diri Mereka Shattleheart. Semangat juang yang ditunjukkan jaguh perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia telah menambat hati ramai peminat sukan tanah air ketika menentang juara bertahan Chen Long pada aksi Sukan Olimpik Tokyo malam tadi.

Isi Isi Penting
  • Walaupun gagal melangkah ke suku akhir, beliau masih menang menambat hati para peminat
  • Usah bersedih, Lee Zii Jia.
  • Sepantas kilat fandom ini memilih nama ‘Shattleheart’ untuk peminat Lee Zii Jia
  • “Jangan keliru ya” – Shopee Malaysia
  • “Lee Zii Jia can smash his way into my heart” -Shattleheart
  • Selain Lee Zii Jia, Welson Sim juga menjadi kegilaan ramai peminat:

Sebelum ini, beliau pantas mencuri tumpuan rakyat Malaysia selepas berjaya menumpaskan pemain Denmark, Viktor Axelsen. Namun, beliau terlepas peluang untuk melangkah ke suku akhir Sukan Olimpik Tokyo 2020 setelah tewas di tangan pemain China, Chen Long dengan mata 21-8, 19-21 dan 21-5 pada perlawanan sengit malam tadi.

Lee Zii Jia Berjaya Curi Perhatian Peminat K-pop Sehingga Gelar Diri Mereka Shattleheart
Lee Zii Jia Berjaya Curi Perhatian Peminat K-pop Sehingga Gelar Diri Mereka Shattleheart

Usah bersedih, Lee Zii Jia.

Walaupun beliau gagal meraih kejohanan hingga ke suku akhir Sukan Olimpik Tokyo 2020, namun demikian beliau menjadi pemenang di hati para peminat, bahkan peminat k-pop juga tampil menyokong beliau!

Ramai penyokong Malaysia memberi kata-kata semangat, tidak menyalahkan atlet, dan percaya bahawa dia mempunyai lebih banyak peluang untuk berjaya di masa depan.

Lee Zii Jia Berjaya Curi Perhatian Peminat K-pop Sehingga Gelar Diri Mereka Shattleheart

Sepantas kilat fandom ini memilih nama ‘Shattleheart’ untuk peminat Lee Zii Jia

Dikatakan juga bahawa nama Lee Zii Jia kini masih trending di Twitter sejak malam tadi. Yang menariknya, peminat ini juga menamakan fandom mereka untuk Lee Zii Jia ialah ‘Shattleheart’. Uish bukan kaleng-kaleng peminat beliau ni! Dah macam k-pop idol pula, kan!

Nama beliau sering menjadi sebutan ramai sehinggakan ada di antara peminat beliau mengumpul duit untuk support Lee Zii Jia di Olimpik 2024 yang bakal berlangsung di Paris. Cara peminat ini mengumpul duit tersebut ialah dengan menjual pc (photo card), fankit set, bahkan ada yang mencadang untuk menjual lightstick berbentuk racket sebagai tanda sokongan kepada beliau. Kreatif betul mereka ni!

Lee Zii Jia Berjaya Curi Perhatian Peminat K-pop Sehingga Gelar Diri Mereka Shattleheart
Lee Zii Jia Berjaya Curi Perhatian Peminat K-pop Sehingga Gelar Diri Mereka Shattleheart
Lee Zii Jia Berjaya Curi Perhatian Peminat K-pop Sehingga Gelar Diri Mereka Shattleheart
Lee Zii Jia Berjaya Curi Perhatian Peminat K-pop Sehingga Gelar Diri Mereka Shattleheart
Lee Zii Jia Berjaya Curi Perhatian Peminat K-pop Sehingga Gelar Diri Mereka Shattleheart
Lee Zii Jia Berjaya Curi Perhatian Peminat K-pop Sehingga Gelar Diri Mereka Shattleheart

“Jangan keliru ya” – Shopee Malaysia

Kreativiti dan kegilaan peminat jaguh badminton kita ini juga mendapat usikan dari pihak Shopee Malaysia di akaun Twitter mereka. Meminta netizen supaya tidak keliru antara lightstick Lee Zii Jia dengan pemukul nyamuk elektrik.

Just to clarify, these ain’t Lee Zii Jia’s lightsticks ya 😅😅 pic.twitter.com/jOmG1TvVgm

— Shopee Malaysia (@ShopeeMY) July 29, 2021
Lee Zii Jia Berjaya Curi Perhatian Peminat K-pop Sehingga Gelar Diri Mereka Shattleheart
Lee Zii Jia Berjaya Curi Perhatian Peminat K-pop Sehingga Gelar Diri Mereka Shattleheart

“Lee Zii Jia can smash his way into my heart” -Shattleheart

Sedikit info menarik berkenaan dengan atlet Malaysia ini, Lee Zii Jia juga merupakan peminat k-pop idol! Ianya diketahui apabila peminat Lee Zii Jia stalking akaun Instagram milim Lee Zii Jia ini. Dilihat following beliau, beliau follow IG Park Seo Joon, G-Dragon, juga ahli girlgroup Girls Generation dan ramai lagi! Ooo patutla fashion sense beliau juga tiptop.

Menerusi trending di Twitter, ramai gelagat peminat Lee Zii Jia ini mencuit hati, siap bagi pickupline untuk beliau. Admin juga support Shattleheart tau! Hehee. Apa-apa pun, tahniah kepada Lee Zii Jia atas usaha beliau dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 ini.

Selain Lee Zii Jia, Welson Sim juga menjadi kegilaan ramai peminat:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Adalah 6 Fakta Menarik Tentang Sukan Olimpik Anda Mungkin Tak Tahu Ini Adalah 6 Fakta Menarik Tentang Sukan Olimpik Anda Mungkin Tak Tahu
Next Article Berjaya Bolot 3 Pingat Emas Buat Malaysia, Kenali Ratu Pecut Paralimpik Negara Asal Sabah Felicia Mikat

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?