• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Berjaya Bolot 3 Pingat Emas Buat Malaysia, Kenali Ratu Pecut Paralimpik Negara Asal Sabah Felicia Mikat

Oleh
Husna Hazmi
30 Julai 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Kisah Felicia ini boleh dijadikan inspirasi buat semua!

Berjaya Bolot 3 Pingat Emas Buat Malaysia, Kenali Ratu Pecut Paralimpik Negara Asal Sabah Felicia Mikat. Walaupun ratu pecut Paralimpik negara, Felicia telah melalui banyak cabaran sejak muda lagi, perkara tersebut tidak pernah mematahkan semangatnya untuk menceburi bidang sukan yang diminatinya. Jadi, mari kita ketahui lima perkara menarik mengenai gadis ini!

Isi Isi Penting
  • Kisah Felicia ini boleh dijadikan inspirasi buat semua!
  • 1. Memenangi 3 pingat emas di sukan Para ASEAN ke 8 di Singapura
  • 2. Mula menceburi acara lari pecut ketika di sekolah rendah
  • 3. Tak mudah berputus asa
  • 4. Pernah dibuli kerana kekurangannya
  • 5. Mempunyai jiwa yang murni
Berjaya Bolot 3 Pingat Emas Buat Malaysia, Kenali Ratu Pecut Paralimpik Negara Asal Sabah Felicia Mikat
Berjaya Bolot 3 Pingat Emas Buat Malaysia, Kenali Ratu Pecut Paralimpik Negara Asal Sabah Felicia Mikat

1. Memenangi 3 pingat emas di sukan Para ASEAN ke 8 di Singapura

Pada tahun 2015 di Singapura, Felicia, yang hanya berusia 18 tahun telah menyapu bersih tiga pingat emas acara 100 meter, 200 meter dan 400 meter dalam kategori T13 (masalah penglihatan). Atlet dari Tambunan Sabah itu berkata rahsia kemenangannya adalah dia hanya memikirkan untuk melakukan yang terbaik dalam tiga acara yang disertainya selepas yakin dengan peningkatan prestasi yang ditunjukkan sewaktu latihan.

Berjaya Bolot 3 Pingat Emas Buat Malaysia, Kenali Ratu Pecut Paralimpik Negara Asal Sabah Felicia Mikat

2. Mula menceburi acara lari pecut ketika di sekolah rendah

Guru Felicia, Bryan Bonnie sedar akan bakat semulajadi daripada gadis ini dan telah mengasah bakatnya untuk menjadi atlet pelari yang berwibawa. Felicia kemudiannya mula mewakili sekolah menengah di dalam peringkat daerah, negeri dan setelah bakatnya semakin baik, dia kemudiannya mewakili negara Sukan Para ASEAN ke 8 di Singapura.

Berjaya Bolot 3 Pingat Emas Buat Malaysia, Kenali Ratu Pecut Paralimpik Negara Asal Sabah Felicia Mikat

3. Tak mudah berputus asa

Walaupun Felicia mempunyai masalah penglihatan dan bersekolah di Sekolah Pendidikan Khas, namun perkara tersebut tidak pernah mematahkan semangatnya untuk menyertai acara sukan lari pecut. Pada usia seawal 7 tahun, gadis berjiwa cekal ini sudah perlu berdikari kerana sering berjauhan daripada keluarga.

Menurut Felicia, matanya akan sakit jika dia cuba untuk terlalu fokus akan sesuatu perkara dan apabila air hujan masuk di dalam matanya. Meskipun pelbagai halangan yang dihadapi, dia tetap cekal dan berdisiplin dalam latihan lariannya.

Berjaya Bolot 3 Pingat Emas Buat Malaysia, Kenali Ratu Pecut Paralimpik Negara Asal Sabah Felicia Mikat

4. Pernah dibuli kerana kekurangannya

Di kampung halamannya Tambunan Sabah, Felicia sering diejek kerana kekurangannya tetapi setelah membawa pulang 3 pingat emas buat Malaysia, segalanya berubah. Mereka yang dulu telah mengejek dan membuli kekurangan Felicia akhirnya memberitahu yang mereka amat bangga dengan kejayaanya dan satu hari nanti mereka juga ingin berjaya seperti dirinya. Mereka juga berkata bahawa Felicia adalah idola mereka!

5. Mempunyai jiwa yang murni

Menuntut di Sekolah Pendidikan Khas yang 2 jam jauhnya daripada rumah, guru Felicia berkata bahawa gadis ini amatlah rapat dengan rakan-rakannya dan dia akan sentiasa memberi sokongan kepada mereka. Rakan-rakannya memandang tinggi akan Felicia menganggap dirinya sebagai aset kepada sekolah, negeri dan juga negara.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lee Zii Jia Berjaya Curi Perhatian Peminat K-pop Sehingga Gelar Diri Mereka Shattleheart
Next Article Ini Adalah 6 Perkara Anda Perlu Tahu Jika Anda Sudah Terima Vaksin COVID-19 Ini Adalah 6 Perkara Anda Perlu Tahu Jika Anda Sudah Terima Vaksin COVID-19

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?