• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Legend Muay Thai Sarawak Ini Ajar Cara Buat Ayam Pansuh Dalam 3 Bahasa

Oleh
Ismail NA
31 Mei 2020
Kongsi
4 Min Bacaan

Resepi Asli Ayam Pansuh Dari Sarawak, Gais!

Legend Muay Thai Sarawak Ini Ajar Cara Buat Ayam Pansuh Dalam 3 Bahasa. Siapa rindu nak makan ayam pansuh? Walau pun ayam pansuh merupakan hidangan tradisional masyarakat Iban, namun ia nya dianggap sebagai makanan umum Sarawak kerana ia dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan latar belakang.

Isi Isi Penting
  • Bagi anda yang masih tercari-cari hidangan ayam pansuh asli, seorang lagenda Muay Thai Sarawak, Bernard Radin, telah berkongsi cara membuat ayam pansuh yang dimasak di dalam buluh. Menariknya, perkongsian oleh bekas jurulatih Muay Thai kebangsaan ini disampaikan dalam 3 bahasa iaitu bahasa Iban, Melayu dan Inggeris bagi memudahkan pemahaman anda.
  • Bahan-Bahan
  • Cara Membuat
  • Baca juga fakta menarik tentang perayaan Hari Gawai yang disambut di Sarawak :
  • Ini pula upacara wajib Gawai yang dilakukan oleh masyarakat Iban :

Kebiasaannya, hidangan ayam pansuh ini menjadi hidangan wajib bagi masyarakat Iban dan Bidayuh semasa musim perayaan. Contohnya seperti perayaan Hari Gawai Dayak.

Legend Muay Thai Sarawak Ini Ajar Cara Buat Ayam Pansuh Dalam 3 Bahasa
Kredit : Maggi

Bagi anda yang masih tercari-cari hidangan ayam pansuh asli, seorang lagenda Muay Thai Sarawak, Bernard Radin, telah berkongsi cara membuat ayam pansuh yang dimasak di dalam buluh. Menariknya, perkongsian oleh bekas jurulatih Muay Thai kebangsaan ini disampaikan dalam 3 bahasa iaitu bahasa Iban, Melayu dan Inggeris bagi memudahkan pemahaman anda.

Legend Muay Thai Sarawak Ini Ajar Cara Buat Ayam Pansuh Dalam 3 Bahasa

Untuk pengetahuan anda, Bernard Radin yang menggunakan nama pentas Bernard ‘Headhunter’ Radin merupakan bekas juara kickboxing kebangsaan pada tahun 2001 dan 2003 selain merupakan pemenang pingat gangsa Sukan SEA 1999 dan 2001 bagi acara Chinese kickboxing. Beliau juga pernah menjadi jurulatih Muay Thai kebangsaan dan kini menyandang tugas sebagai ketua jurulatih Muay Thai negeri Perak.

Legend Muay Thai Sarawak Ini Ajar Cara Buat Ayam Pansuh Dalam 3 Bahasa
Legend Muay Thai Sarawak Ini Ajar Cara Buat Ayam Pansuh Dalam 3 Bahasa

Walau pun negara kini masih dalam tempoh PKPB, ia tidak menghalang anak jati Sarawak ini membuat hidangan ayam pansuh walau pun berada di benua Semenanjung.

Video perkongsian di laman Facebook Borneo Warrior ini telah mendapat sebanyak 7.8K tanda suka.

Jom kita lihat bagaimana beliau memasak ayam pansuh menggunakan buluh.

Ini merupakan ringkasan resepi ayam pansuh buatan Bernard Radin.

Resepi Ayam Pansuh (Manok Pansoh)

Bahan-Bahan

  • Bunga Kantan (bahasa Iban : Bungai Kechala)
  • Serai
  • Kunyit
  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Pucuk Ubi (bahasa Iban : Daun Empasak)
  • Garam
  • 1 ekor ayam
  • Sebatang buluh

Cara Membuat

1. Hiris serai dan bunga kantan secukupnya. Setelah, tumbuk bahan-bahan lain seperti kunyit, bawang merah, bawang putih, halia dan bunga kantan sehingga sedikit hancur.

2. Tumbuk pucuk ubi sehingga sedikit lumat.

3. Potong ayam kepada bahagian-bahagian kecil. Tambah garam.

4. Gaulkan ayam dengan bahan-bahan yang telah ditumbuk. Masukkan serai dan bunga kantan yang telah dihiris.

4. Kemudian, masukkan pucuk ubi. Gaul sebati.

5. Masukkan ayam yang telah digaul ke dalam buluh sekali dengan bahan yang telah digaul. (Tips : Ayam tidak perlu dipadatkan ke dalam buluh bagi memastikan ada ruang udara untuk ayam masak dengan sekata).

6. Tutup bahagian atas buluh dengan gumpalan daun ubi atau daun pisang supaya ayam yang dimasak tidak kering.

7. Panggang buluh seperti anda memanggang lemang. Agak-agak dalam masa 45 minit. Ayam dikira sudah masak jika air mendidih keluar melalui daun ubi atau buluh.

Siap!

Ayam yang telah masak boleh lah dihidangkan terus untuk dimakan. Yeay!

Bagi anda yang tidak mempunyai buluh, jangan risau. Anda juga boleh memasak ayam pansuh ini menggunakan periuk. Tidak ada masalah. Yang penting, rasanya nyamai!

Selamat mencuba!

Baca juga fakta menarik tentang perayaan Hari Gawai yang disambut di Sarawak :

Ini pula upacara wajib Gawai yang dilakukan oleh masyarakat Iban :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kadar Sembuh Di Sarawak Kini Melebihi 92%, Hanya Tinggal 26 Kes Masih Dirawat
Next Article Ibarat Filem The Purge, Protes Dan Keganasan Jadikan Amerika Ibarat Medan Perang

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?