• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Sah Hidap Skizofrenia, Lelaki Bebas Dakwaan Menghendap Wanita

Oleh
Aina Musa
18 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Sah Hidap Skizofrenia, Lelaki Bebas Dakwaan Menghendap Wanita

Mangsa trauma gara-gara dihendap suspek

Sah Hidap Skizofrenia, Lelaki Bebas Dakwaan Menghendap Wanita. Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah membebaskan seorang lelaki bekas perunding pengurusan acara sambilan bernama Mohamad Safiq Rosli, 38 tahun, daripada pertuduhan di bawah Seksyen 507A Kanun Keseksaan kerana mengganggu seorang jurugambar wanita, Acacia Mardiana Daud, 31 tahun, menggunakan Twitter.

Majistret Sasha Diana Sabtu telah membuat keputusan untuk membebaskan tertuduh selepas meneliti keterangan daripada saksi-saksi pendakwaan dan pembelaan.

Sah Hidap Skizofrenia, Lelaki Bebas Dakwaan Menghendap Wanita
Sah Hidap Skizofrenia, Lelaki Bebas Dakwaan Menghendap Wanita. Sumber: Bernama

Beliau mendapati bahawa tertuduh telah melakukan perbuatan mengganggu mangsa menggunakan Twitter, tetapi disebabkan akal tertuduh yang tidak waras, dia tidak menyedari bahawa perbuatannya adalah satu kesalahan jenayah.

Oleh itu, di bawah Seksyen 347 Kanun Tatacara Jenayah, tertuduh telah dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan. Walau bagaimanapun, di bawah Seksyen 348 Kanun Tatacara Jenayah, beliau diperintahkan untuk ditempatkan di bawah tahanan selamat di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk rawatan mental.

Kes ini juga akan dilaporkan kepada Sultan Selangor untuk perintah selanjutnya.

Sebelum hukuman dijatuhkan, peguam mangsa Jason Wee telah membacakan kenyataan impak kepada mangsa. Beliau memaklumkan bahawa anak guamnya telah diganggu oleh tertuduh sejak berusia 23 tahun.

Tertuduh telah mewujudkan lebih 30 akaun media sosial palsu untuk terus mengganggunya. Ini telah menyebabkan mangsa kehilangan rakan-rakan dan pendapatan kerana terlalu takut untuk bersosial atau memuat naik sebarang kandungan dalam talian.

Saksi pakar psikiatri, Dr Ian Lloyd Anthony dari Hospital Bahagia Ulu Kinta memberitahu mahkamah bahawa tertuduh menghidap penyakit schizophrenia dan mempunyai delusi erotomania, iaitu delusi cinta romantic terhadap mangsa.

Oleh itu, tertuduh tidak menyedari perbuatannya adalah salah dari segi undang-undang ketika melakukan kesalahan tersebut.

Baca lagi artikel menarik:

Akui Tiada Niat Persenda Wajah Kerabat Diraja, Individu Ini Tampil Mohon Maaf
Anggap Isu Khatam Al-Quran Selesai, Uskup Anglikan Nafi Pihak Sekolah Prejudis

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Mahu Bina Pusat Konvensyen Baharu, Persediaan Jadi Tuan Rumah Acara Antarabangsa Sarawak Mahu Bina Pusat Konvensyen Baharu, Persediaan Jadi Tuan Rumah Acara Antarabangsa
Next Article Amaran Kepada Warganet, Penyebaran Maklumat Palsu Atas Nama Dr Sim Kui Hian

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?