• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lelaki Bertopeng Pecah Masuk Kedai Runcit Di Ranau Masih Berkeliaran, Penduduk Diminta Berhati-Hati

Oleh
Farisha
13 November 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Rakaman CCTV Dedah Kejadian Pecah Masuk Kedai Runcit Di Ranau

Lelaki Bertopeng Pecah Masuk Kedai Runcit Di Ranau Masih Berkeliaran, Penduduk Diminta Berhati-Hati. Seorang lelaki disyaki terbabit dalam kes pecah masuk di sebuah kedai runcit di Ranau, Sabah. Kejadian ini dirakam melalui CCTV dan telah dimuat naik ke media sosial oleh seorang penduduk tempatan pada hari Rabu, menurut laporan media tempatan.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, suspek yang memakai topi dan penutup muka untuk menyembunyikan identiti dirinya dilihat memasuki kedai. Beliau membawa sebuah beg yang dipercayai untuk mengisi barang-barang curian.

Lelaki Bertopeng Pecah Masuk Kedai Runcit Di Ranau Masih Berkeliaran, Penduduk Diminta Berhati-Hati
Lelaki Bertopeng Pecah Masuk Kedai Runcit Di Ranau Masih Berkeliaran, Penduduk Diminta Berhati-Hati

Suspek berjaya mengakses mesin wang tunai di kaunter dalam masa yang singkat menggunakan alat besi yang dibawanya. Selepas mengambil wang dari mesin tersebut, jumlah kerugian masih belum dapat ditentukan.

Salah seorang penduduk Ranau mengingatkan peniaga-peniaga di kawasan tersebut supaya lebih berwaspada memandangkan penjenayah masih belum ditangkap.

“Saya menyeru kepada pemilik kedai di kawasan Ranau untuk meningkatkan tahap keselamatan kedai masing-masing. Sesiapa yang mengenali suspek ini diminta untuk melaporkannya,” ujar beliau.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen yang menyuarakan kebimbangan tentang kes kecurian yang semakin meningkat.

Setakat ini, pihak berkuasa masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai kejadian tersebut.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan kes kecurian di Sarawak:

Kes Curi Kabel Di Desa Wira, 3 Lelaki Ditangkap
2 Kes Kecurian Berantai Toyota Fortuner Dilaporkan Di Sarawak
SUMBER :MajoritiFacebook
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Anak Tidak Dibenarkan Masuk MRSM Jika Ibu Bapa Disenarai Hitam Anak Tidak Dibenarkan Masuk MRSM Jika Ibu Bapa Disenarai Hitam MARA
Next Article Dituduh Jalin Hubungan Sulit, Wanita Ditahan Serang Jiran Hingga Cedera Di Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?