Wanita Ditahan Polis Selepas Menyerang Jiran Kerana Tuduhan Tidak Berasas
Dituduh Jalin Hubungan Sulit, Wanita Ditahan Serang Jiran Hingga Cedera Di Sabah. Polis menangkap seorang wanita selepas menceroboh dan menyerang jiran perempuannya secara cedera akibat tuduhan menjalinkan hubungan sulit di Batu 4, Jalan Apas, Sabah.
Menurut laporan media tempatan, Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata, siasatan awal mendapati serangan itu berlaku kerana suspek yang sudah berkahwin menyangka mangsa menuduhnya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Hal ini menyebabkan suspek bertindak secara agresif dengan merosakkan pagar zink sebuah rumah dan memukul mangsa sehingga mengalami kecederaan di kedua-dua lengannya.
Susulan insiden itu, satu pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau telah menangkap seorang suspek perempuan di sebuah pondok di Batu 4, Jalan Apas.

