• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gara-Gara Miliki Dadah Seberat Satu Gram, Lelaki Dari Kuching Didenda RM3000

Oleh
Aina Musa
13 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Gara-Gara Miliki Dadah Seberat Satu Gram, Lelaki Dari Kuching Didenda RM3000

Suspek didenda RM3100

Gara-Gara Miliki Dadah Seberat Satu Gram, Lelaki Dari Kuching Didenda RM3000. Mahkamah Majistret Kuching hari ini menjatuhkan hukuman denda RM3,100 atau penjara tiga bulan terhadap seorang lelaki tempatan kerana memiliki dadah Methamphetamine seberat 0.01 gram.

Tiruparen Perumal, 26, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Gara-Gara Miliki Dadah Seberat Satu Gram, Lelaki Dari Kuching Didenda RM3000
Gara-Gara Miliki Dadah Seberat Satu Gram, Lelaki Dari Kuching Didenda RM3000. Sumber: The Borneo Post

Mengikut pertuduhan, dia didakwa di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta yang sama. Dia didakwa memiliki bahan terlarang itu di hadapan sebuah rumah di Kampung Kudei Setinggan, 23 Mac lepas.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun.

Menurut fakta kes, semasa kejadian, pihak polis telah menahan seorang lelaki di hadapan sebuah rumah di Kampung Kudei Setinggan kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Hasil pemeriksaan fizikal menemui satu paket plastik berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dalam genggaman tangan tertuduh yang disimpan dalam kotak rokok.

Barang kes kemudian dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia dan laporan mengesahkan barang kes merupakan dadah jenis Methamphetamine seberat 0.01 gram.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa ASP Arman Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Baca lagi artikel menarik:

Isu Peta Sabah dan Sarawak Bertukar Tempat, Ini Penjelasan Daripada Pihak Proton
Atlet Muaythai Sabah Raih 2 Pingat Emas Dalam Kejohanan Dunia IFMA Senior Di Greece

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ketahui Spesis Haiwan Terancam Di Sarawak Ketahui Spesis Haiwan Terancam Di Sarawak
Next Article Empat Atlet Para Sarawak Bakal Ke Paralimpik Paris 2024 Mewakili Malaysia Empat Atlet Para Sarawak Bakal Ke Paralimpik Paris 2024 Mewakili Malaysia

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?