• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Cubaan Seludup Dadah Guna Bot Gagal, Lelaki Ditahan Bersama 10KG Syabu Di Miri

Oleh
Aina Musa
2 Julai 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Cubaan Seludup Dadah Guna Bot Gagal, Lelaki Ditahan Bersama 10KG Syabu Di Miri

Maritim Miri gagalkan cubaan seludup dadah

Cubaan Seludup Dadah Guna Bot Gagal, Lelaki Ditahan Bersama 10KG Syabu Di Miri. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri berjaya menggagalkan cubaan menyeludup dadah jenis syabu seberat 10 kilogram (kg) dengan nilai pasaran RM350,000 dalam satu operasi khas Op Permai.

Timbalan Pengarah Operasi Negeri Maritim Sarawak, Kapten Maritim Simon Templer Lo Tusa berkata, suspek dikesan oleh pasukan bot ronda Maritim Malaysia sekitar jam 5.14 pagi Ahad lepas.

Cubaan Seludup Dadah Guna Bot Gagal, Lelaki Ditahan Bersama 10KG Syabu Di Miri. Sumber: Utusan Borneo

“Rampasan ini merupakan yang terbesar direkodkan Zon Maritim Miri membabitkan dadah jenis syabu atau methamphetamine pada tahun ini,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, Op Permai dilaksanakan hasil kerjasama dan koordinasi antara Unit Risik Maritim Malaysia dan Bot Ronda Zon Maritim Miri.

Bot ronda Maritim Malaysia mengesan sebuah bot kayu berwarna merah hitam dikendalikan oleh suspek pada kedudukan 0.3 batu nautika barat pantai luak Esplanade Miri dalam keadaan mencurigakan.

“Menyedari kehadiran bot ronda maritim, bot suspek memecut laju bagi mengelak daripada ditahan pihak berkuasa,” katanya.

Bot ronda maritim cuba memberhentikan bot berkenaan dengan membunyikan siren dan pembesar suara, namun suspek terus memecut laju menuju pantai.

“Setiba di tepi pantai, suspek nekad terjun dari bot dan meloloskan diri ke kawasan daratan berhampiran. Aksi kejar-mengejar bot ini berlangsung sekitar 10 minit,” jelasnya.

Hasil pemeriksaan dan penggeledahan pasukan operasi terhadap bot suspek dengan enjin yang masih hidup mendapati ada sebuah beg pakaian berwarna kelabu dengan jalur merah mengandungi 10 bungkusan plastik berwarna kuning.

Bot bersama beg yang mengandungi 10 bungkusan plastik berwarna kuning telah dibawa masuk ke Jeti Marina Bay, Miri untuk pemeriksaan lanjut.

Siasatan awal mendapati, kesemua bungkusan itu mengandungi hablur kristal yang disyaki dadah jenis methamphetamine atau syabu dengan anggaran berat keseluruhan lebih kurang 10 kilogram yang bernilai lebih RM350,000.

Turut dirampas sebuah bot kayu bersama sebuah enjin sangkut yang digunakan suspek untuk mengangkut dadah dengan nilai anggaran RM10,000.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan nilai rampasan adalah sebanyak RM360,000. Kes disiasat di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952,” tegas Simon.

“Hasil kejayaan ini, Maritim Malaysia akan mempertingkatkan lagi penguatkuasaan undang-undang khususnya di perairan Miri serta tidak akan berkompromi ke atas mana-mana pihak yang melakukan kesalahan atau aktiviti jenayah di laut,” tambahnya.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Miri, Leftenan Komander Maritim Muhd Firdaus Saniman dan Pegawai Penyiasat Kanan Zon Maritim Miri, Leftenan Allyson Linggie Micheal Merom.

Orang ramai boleh menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Miri di talian 085 – 418204 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544 / 082-432016) untuk maklum balas segera jika mempunyai sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut.

Baca lagi artikel menarik:

Gaduh Berakhir Pembunuhan Di Pub Sabah, Dua Lelaki Asing Kini Jadi Buruan Polis
Simpanan Pencen RM216K Lesap, Pesara Dari Padawan Jadi Mangsa Sindiket Phone Scam

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Pakaian Rasmi Terbaru Kontinjen Malaysia Ke Olimpik Paris 2024 Yang Lebih Garang Ini Pakaian Rasmi Terbaru Kontinjen Malaysia Ke Olimpik Paris 2024 Yang Lebih Garang
Next Article Menyebabkan Kematian Pemandu Lain, Warga Emas Didenda RM6K Dan Dipenjara 6 Bulan Di Sibu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?