• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Menyebabkan Kematian Pemandu Lain, Warga Emas Didenda RM6K Dan Dipenjara 6 Bulan Di Sibu

Oleh
Farisha
2 Julai 2024
Kongsi
1 Min Bacaan

Memandu secara melulu, warga emas didenda dan dipenjara 6 bulan selepas kemalangan yang meragut nyawa pemandu lain

Menyebabkan Kematian Pemandu Lain, Warga Emas Didenda RM6K Dan Dipenjara 6 Bulan Di Sibu. Seorang lelaki didenda RM6,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah memandu secara melulu yang mengakibatkan kematian seorang pemandu lain.

Mahkamah juga memerintahkan lesen memandu tertuduh, Ting King Hoe, 62 tahun, untuk dicatatkan selepas beliau mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 43(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menyebabkan Kematian Pemandu Lain, Warga Emas Didenda RM6K Dan Dipenjara 6 Bulan Di Sibu
Menyebabkan Kematian Pemandu Lain, Warga Emas Didenda RM6K Dan Dipenjara 6 Bulan Di Sibu

Seksyen ini memperuntukkan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM10,000, serta hukuman penjara tidak melebihi 12 bulan, jika disabitkan kesalahan.

Ting dituduh memandu secara melulu pada 24 Jun 2023, kira-kira pukul 10.30 pagi di Jalan Sibu-Durin.

Menurut laporan, tertuduh hilang kawalan kenderaan yang dipandunya dan memasuki lorong bertentangan sebelum bertembung dengan kenderaan yang dipandu mangsa.

Siasatan mendapati kemalangan tersebut berpunca daripada tertuduh memandu kenderaan tanpa berhati-hati dan tidak memberi perhatian kepada pengguna jalan raya yang lain. Beliau telah membayar denda tersebut.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Memandu Lawan Arus Kerana Risau Pusat Kitar Semula Tutup, Seorang Warga Emas Ditahan Polis
Siap Buat Wheelie, FoodPanda Kantoi Tunggang Motosikal Secara Berbahaya Di Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Cubaan Seludup Dadah Guna Bot Gagal, Lelaki Ditahan Bersama 10KG Syabu Di Miri Cubaan Seludup Dadah Guna Bot Gagal, Lelaki Ditahan Bersama 10KG Syabu Di Miri
Next Article Jambatan Marudi Dijangka Siap Lebih Awal, Selesai Pada Hujung Tahun Ini Jambatan Marudi Dijangka Siap Lebih Awal, Selesai Pada Hujung Tahun Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?