• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lelaki Ditahan Guna Identiti Palsu Berkhidmat Sebagai Guru Selama 29 Tahun Di Tenom

Oleh
Husna Hazmi
22 Februari 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Tertuduh dipenjara setelah 29 tahun berkhidmat sebagai guru guna identiti palsu

Lelaki Ditahan Guna Identiti Palsu Berkhidmat Sebagai Guru Selama 29 Tahun Di Tenom. Dilaporkan, seorang lelaki telah dikenakan hukuman penjara 10 bulan berserta denda RM 6,000 hari ini atas kesalahan menggunakan kad pengenalan palsu untuk berkhidmat sebagai guru di sebuah sekolah di Tenom, sejak 29 tahun lepas.

Majistret Nur Asyraf Zolhani telah menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap Ridal Abdul Kadir berusia 53 tahun, selepas tertuduh mengaku bersalah.

Lelaki Ditahan Guna Identiti Palsu Berkhidmat Sebagai Guru Selama 29 Tahun Di Tenom
Lelaki Ditahan Guna Identiti Palsu Berkhidmat Sebagai Guru Selama 29 Tahun Di Tenom. Kredit gambar: The Star

Diarahkan menjalani hukuman penjara

Ridal telah diarahkan untuk menjalani hukuman berkenaan dari tarikh tangkap pada 29 Januari lepas dan sekiranya gagal membayar denda akan dikenakan penjara tambahan selama enam bulan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 25 (1) (e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau dengan kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, pada 11.30 pagi, 29 Januari lepas satu pemeriksaan dokumen telah dijalankan di kawasan letak kenderaan, kuarters guru sekolah berkenaan sebelum tertuduh ditahan kerana disyaki memiliki kad pengenalan palsu bernombor 700711-12-5369 atas nama Ridal Bin Abdul Kadir.

Lelaki Ditahan Guna Identiti Palsu Berkhidmat Sebagai Guru Selama 29 Tahun Di Tenom
Gambar sekadar hiasan

Guna kad pengenalan bertaraf warganegara yang palsu

Melalui semakan lanjut yang telah dibuat oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendapati tertuduh disyaki menggunakan kad pengenalan bertaraf warganegara yang palsu dengan nombor dan nama tersebut untuk bekerja sebagai guru di sekolah berkenaan.

Semakan rekod mendapati kad pengenalan dengan nombor dan nama yang sama pernah dikeluarkan oleh JPN, bagaimanapun dengan taraf Pemastautin Sementara.

Semakan juga mendapati bahawa tertuduh memiliki Dokumen Pengenalan Sementara dengan nombor serta nama sama dan Daftar Kelahiran bertaraf bukan warganegara sebagai dokumen pengenalan dirinya.

Lelaki Ditahan Guna Identiti Palsu Berkhidmat Sebagai Guru Selama 29 Tahun Di Tenom
Gambar sekadar hiasan

Pegawai Pendakwa mohon hukuman dalam bentuk pencegahan

Sebelum ini, Pegawai Pendakwa JPN Mohd Naser Mohd Naser Mohd Nadzeri memohon agar hukuman dalam bentuk pencegahan dikenakan kepada tertuduh.

Menurut beliau, hukuman dipohon itu adalah mengambil kira kepentingan awam dan keadilan sosial, selain memiliki dokumen pengenalan diri palsu sebagai dokumen pengenalan diri adalah suatu tindakan yang salah dan tidak bertanggungjawab.

Peguam yang mewakili Ridal, Korventt Wheezar pula telah meminta hukuman ke atas tertuduh diringankan kerana sepanjang 29 tahun tertuduh mengajar di sekolah itu tertuduh tidak pernah melakukan sebarang kesalahan jenayah dan sentiasa berkelakuan baik, selain mengaku salah dalam kes berkenaan.

Lagi berita semasa untuk anda di sini:

Samseng Pecah Rumah, Ketua ‘Geng Akut’ Ditangkap Polis Di Kota Kinabalu
Tular Penyamun Helmet Kuning Ugut Dan Paksa Wanita Transfer Duit E-Wallet Di Kuching
SUMBER :BERNAMA
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Samseng Pecah Rumah, Ketua ‘Geng Akut’ Ditangkap Polis Di Kota Kinabalu
Next Article Isteri Didenda RM900 Tampar Wanita Disyaki Ada Skandal Dengan Suami Di Kuching Isteri Didenda RM900 Tampar Wanita Disyaki Ada Skandal Dengan Suami Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?