Suspek dikatakan siap berparang
Tular Penyamun Helmet Kuning Ugut Dan Paksa Wanita Transfer Duit E-Wallet Di Kuching. Dua orang wanita mengalami detik cemas apabila diserang dan dirompak oleh seorang lelaki bertopeng kuning berhampiran Milan Square, Kuching pada Ahad yang lalu.
Rakaman CCTV yang menjadi tular menunjukkan pada mulanya, kedua-dua mangsa sedang menunggu pakaian mereka yang dihantar ke kedai dobi untuk dibasuh.

Tiba-tiba, seorang lelaki masuk dengan membawa pisau pemotong daging dan cuba menikam mangsa beberapa kali. Suspek kemudiannya merampas telefon bimbit kedua-dua mangsa.
Dipercayai suspek juga memaksa mangsa memindahkan wang menggunakan aplikasi e-wallet. Kejadian berlaku dengan pantas dalam masa kurang seminit.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna geram akan tindakan tidak bermoral itu.
“Hati-hati semua orang kalau pergi dobi. Jangan berseorangan. Bawa sekampung turun dobi. Sekarang ni macam-macam jadinya”
“Kalau pergi dobi letak baju semua dalam mesin, saya tunggu dalam kereta. Set masa, dah siap baru pergi ambik. Takut sangat tengok kejadian macam ni”
“Penyamun tak cerdik namanya, transfer guna e-wallet memanglah bank boleh trace”
Belum ada kenyataan pihak berkuasa berhubung insiden itu setakat ini.
