Senjata tajam milik suspek turut dirampas
Disyaki Terlibat Kes Pecah Rumah Dan Curi Kenderaan Di Kuching, Lelaki Ini Ditahan Polis. Seorang lelaki berusia 39 tahun telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumah dan mencuri kenderaan di Taman Long Seng di sini pada 19 Mei lalu, menyebabkan kerugian berjumlah RM90,000 kepada mangsa-mangsa.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata, suspek ditahan semasa serbuan dilakukan oleh pasukan counter-aggressive (CAT) di rumahnya di Jalan Matang di sini pada 25 Mei.

Disyaki Terlibat Kes Pecah Rumah Dan Curi Kenderaan Di Kuching, Lelaki Ini Ditahan Polis
“Barang-barang yang dirampas semasa operasi itu adalah seunit senapang angin, dua bilah ‘kwantao’, dua bilah parang, dua kapak, sebuah telefon bimbit serta pelbagai peralatan yang dipercayai telah digunakan untuk pecah rumah dan mencuri kenderaan,” kata Ahsmon dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, suspek yang mempunyai 38 rekod jenayah lampau bagi kesalahan dadah dan keganasan, juga didapati positif metamfetamina.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda, serta di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan denda.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti jenayah boleh menghubungi pusat kawalan polis Kuching di talian 082-244444 atau mengunjungi balai polis berdekatan.
